Haziq Nadzli Kembali Selepas 6 Tahun

Penjaga gol Perak FC, Haziq Nadzli kembali memperkuatkan skuad kebangsaan selepas kira-kira enam tahun namanya ‘hilang’ dari senarai pemain untuk dipanggil oleh ketua jurulatih Harimau Malaya. Haziq, 26 telah menampilkan aksi terbaik beliau bersama Perak dalam saingan domestik musim ini dan berjaya mempamerkan aksi penyelamatan luar biasa demi mempertahanankan gawang Perak daripada dibolosi. Nama Haziq […]
Perak Tawar Pengangkutan Percuma Ke Stadium Sultan Ibrahim

Perak mengumumkan pengangkutan percuma buat para penyokong yang mahu menonton aksi Liga Super berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Pada Selasa, pihak Malaysian Football League (MFL) telah mengeluarkan kenyataan berhubung perlawanan tertunda melibatkan pasukan Perak vs JDT yang diubah venue ke SSI. Sebelum ini, perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan sepatutnya diadakan di Stadium […]
Aksi Tertunda Perak vs JDT Berlangsung Di Stadium Sultan Ibrahim

Aksi tertunda Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal diadakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 10 November ini. Pengumuman ini dibuat Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang disiarkan di laman sesawang rasmi badan pengendali liga itu. Sebelum ini, aksi membabitkan The Bos Gaurus dan Harimau Selatan yang sepatutnya diadakan di Stadium Perak pada […]
Perak Lanjutkan Kontrak Moses Raj

Berita gembira buat penyokong Perak apabila pasukan itu mengumumkan lanjutan kontrak buat bintang muda mereka, Moses Raj a/l Michel Dass. Berita tersebut diumumkan pengurusan The Bos Gaurus menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka. Bek tengah berusia 19 tahun itu merupakan tonggak utama skuad Perak III dalam saingan Piala Presiden 2024. Kecemerlangan Moses […]
Kebangkitan Hebat Terengganu Kagumkan Badrul Afzan

Pemangku jurulatih Terengganu FC, Badrul Afzan Razali gembira dengan aksi kebangkitan yang dipamerkan pasukan itu baru-baru ini. Terengganu berharap dapat menamatkan penantian kemenangan mereka dengan Perak FC sejak menewaskan KL City FC pada 10 Ogos lalu. Aksi liga yang berlangsung di Manjung pada 26 Oktober lalu menyaksikan Peteh ketinggalan dua kali menerusi penalti Luka Milunovic […]
“Nampak Secocok, Perak Boleh Pergi Lebih Jauh” – Zainal Abidin

Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan percaya Perak FC memiliki potensi untuk pergi lebih jauh. Pemerhatian Pengarah Teknikal Imigresen FC itu dibuat berdasarkan prestasi semasa pasukan itu dalam lima aksi terakhir liga. Selepas meraih tiga kemenangan berturut-turut ke atas Negeri Sembilan FC, KL City FC dan Sri Pahang FC, rentak kemenangan Perak tersekat […]
Yusri Che Lah Anggap Pemain Perak Lalai

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah menganggap kelalaian di hujung permainan telah meranapkan impian tiga mata ketika melayan kunjungan Terengganu FC dalam aksi Liga Super pada Sabtu. Bagi Yusri, berkemungkinan para pemainnya sudah lupa bahawa Liga Super kini mempunyai sistem Video Bantuan Pengadil (VAR). Ianya telah berlaku pada masa kecederaan separuh masa kedua apabila pertahanan […]
Liga Super: 3 Penalti Hiasi Keputusan Seri Perak & Terengganu

Terengganu terpaksa berterima kasih kepada sepakan penalti di minit akhir untuk mengikat Perak dalam aksi Liga Super pada Sabtu. Setelah tumbang di tangan Sabah minggu lalu, Perak sekali lagi turun di laman sendiri untuk melayani kunjungan jaguh Pantai Timur, Terengganu yang terus dihantui badi tiga mata. Pengendali Perak, Yusri Che Lah menurunkan Nur Azfar Fikri […]
Live: Siaran Langsung Perak vs Terengganu, Kesebelasan Utama & Siaran TV Liga Super

Aksi minggu ke-14 Liga Super menemukan antara Perak dan juga Terengganu. Skuad kendalian Yusri Che Lah mahu bangkit daripada kekecewaan selepas tunduk kepada Sabah dengan keputusan 4-2. Beliau mengakui bahawa faktor fizikal memberi kelebihan kepada pasukan pelawat sambil bakal melayan kunjungan Terengganu minggu ini. Yusri yang berjaya membina momentum baik bersama pasukan mahu kembali mendapatkan […]
Yusri Che Lah Pasang Persediaan Lebih Rapi Bertemu Terengganu

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah mengatur persediaan lebih rapi menjelang aksi Liga Super menentang Terengganu FC pada 26 Oktober ini. Persediaan ini diatur bagi memastikan Perak tidak mengalami nasib sama semasa menentang Sabah FC pada 19 Oktober lalu. Aksi tersebut menyaksikan The Bos Gaurus dilihat dapat mencuri mata daripada Sang Badak pada kedudukan 2-2. […]
Perak Enggan Jadikan Stadium Sebagai Alasan Kekalahan

Bek tengah Perak FC, Shivan Pillay enggan menjadikan pertukaran venue sebagai alasan di sebalik kekalahan mereka di tangan Sabah FC. Perak beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) untuk baki kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25. Ini disebabkan stadium keramat mereka, Stadium Perak menjalani proses penaiktarafan yang sedang berjalan. Ini termasuk penukaran rumput lembu […]
Yusri Che Lah Anggap Faktor Fizikal Paksa Perak Akur Kepada Sabah

Pengendali Perak, Yusri Che Lah melihat faktor fizikal dari aspek ketinggian memberi kelebihan buat pasukan Sabah ketika aksi Liga Super pada Sabtu. Pada aksi tersebut, Perak terpaksa akur dengan dua jaringan lewat dari Sabah memaksa The Bos Gaurus berputih mata pada perlawanan yang dijalankan di Stadium Manjung itu. Menurut Yusri, tiga jaringan yang dibolosi semalam […]
“Walaupun Menang Sabah Perlu Kekal Fokus” – Ong Kim Swee

Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee tidak mahu para pemainnya terlalu selesa disebalik kemenangan bergaya 4-2 ke atas Perak tempoh hari. Sabah meraih 3 mata hasil jaringan Ko Kwang-min, Stuart Wilkin, Joao Pedro dan juga Miguel Cifuentus ketika berkunjung ke Perak. Pengendali Sabah itu bagaimanapun mahu anak buahnya kekal fokus dalam menghadapi saingan […]
Liga Super: Sabah Curi 3 Mata Perak Saat Akhir

Perak terpaksa berputih mata setelah kecundang di tangan Sabah dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2024-2025 pada petang Sabtu di Manjung. Beraksi di Manjung kali ini, Perak melayani kehadiran Sabah bukan lagi di Ipoh memandangkan stadium tersebut sedang menjalani kerja-kerja naik taraf sehingga akhir musim Pengendali Perak, Yusri Che Lah menampilkan Haziq Nadzli selaku penjaga gol […]
Live: Info Siaran Langsung Perak vs Sabah, Kesebelasan Utama & Siaran TV

Aksi Ke-13 Liga Super bakal menyaksikan pertembungan antara Perak dan juga Sabah. Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah masih berwaspada untuk beraksi di Manjung sebagai venue utama dan memaklumkan bahawa keadaan padang di sana sedikit keras. “Kita telah mendapati keadaan padang agak keras sebenarnya tetapi mungkin dengan cuaca yang sedikit baik hari ini dan pagi […]
Perak Tagih Sorakan Penyokong Di Manjung

Pengurus Besar Perak FC, Neow Choo Seong berharap penyokong pasukan itu dapat hadir beramai-ramai untuk aksi pasukan itu menentang Sabah FC pada 19 Oktober. The Bos Gaurus menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Manjung sebagai gelanggang tuan rumah untuk baki aksi Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25. Ini disebabkan gelanggang mereka, Stadium Perak di Ipoh kini menjalani […]