Arsenal Buat Pep Guardiola Tak Senang Duduk

Peningkatan kualiti pemain Arsenal dari tahun ke tahun membuatkan pengurus Manchester City, Pep Guardiola tidak senang duduk. Bagi merapatkan jurang dengan City, The Gunners mula berbelanja besar sejak beberapa musim lalu. Antara pemain yang dibawa ke Stadium Emirates ialah Kai Havertz, Gabriel Jesus dan Martin Odegaard. Peningkatan kualiti ini terserlah apabila The Gunners menghambat City […]

Pep Guardiola Anggap 3 Aksi Awal Hanya ‘Pemanas Badan’

Jurulatih Manchester City, Pep Guardiola menganggap tiga perlawanan awal pembukaan Liga Perdana Inggeris baru-baru ini hanya aksi pemanas badan.  Jurulatih berusia 53 tahun ini menyatakan bahwa musim baru EPL akan bermula selepas tamat minggu aksi persahabatan antarabangsa.  “Aksi Pra-musim sudah tamat, secara rasmi tamat. Musim yang sebenar akan bermula selepas tamat aksi persahabatan antarabangsa,” kata […]

Rodri: Pemain Arsenal Tak Ada Mentaliti Juara

Pemain tengah Manchester City, Rodri percaya salah satu faktor pasukan tersebut menjulang kejuaraan liga adalah kerana mentaliti juara yang tidak ada pada pemain Arsenal. Rodri menjaringkan gol ketiga City untuk mengesahkan trofi Premier League kekal di Stadium Etihad buat 4 musim berturut-turut walaupun Arsenal berjaya menewaskan Everton dalam aksi terakhir liga. Wartawan kemudian bertanya apakah […]

Arsenal Sudah Rancang Awal Perarakan Bas Julang Piala

Pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal sudah merancang perarakan bas untuk menjulang Piala musim 2023/2024.  Memetik laporan The Standard, perancangan Arsenal untuk menyambut kemenangan juara Liga Perdana Inggeris telah dijadualkan pada hari Isnin, 20 Mei akan datang.  Ketika ini, skuad kendalian Mikel Arteta berada di tangga teratas Liga dengan jumlah 83 mata berbaki 2 perlawanan […]

EPL: Manchester City Gah Baham Aston Villa

Manchester City berjaya menundukkan cabaran Aston Villa dengan kemenangan bergaya di Stadium Etihad. Anak buah Pep Guardiola tampil dominan dengan penguasaan bola seperti kebiasaan dan kali ini Phil Foden muncul watak penting pasukan. Rodri membuka tirai jaringan buat City seawal minit ke-11 perlawanan setelah menyempurnakan bola hantaran Jeremy Doku. Tersentak dengan gol tersebut, Aston Villa […]

Guardiola Tak Pelik Dengan Erling Haaland

Jurulatih Manchester City, Pep Guradiola mengakui tidak pelik dan bimbang dengan ketumpulan penyudah penyerangnya, Erling Haaland dengan menyaksikan City diikat 1-1 oleh Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi. Bagi Guardiola, Haaland telah mencuba sedaya upaya untuk mencetak jaringan dengan sembilan percubaan yang berjaya dihasilkan penyerang Norway itu. Sedar akan ketumpulan yang dihadapi […]

EPL: Erling Haaland Muncul Wira Manchester City Benam Everton

Man city

Manchester City meraih kemenangan berharga ke atas Everton untuk merampas takhta liga dari Liverpool. Anak buah Pep Guardiola gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat ke atas Everton pada babak pertama sekali gus terikat seri tanpa jaringan. Bermula babak kedua, City mengasak dengan lebih kerap ke arah gawang gol Everton namun mereka bergelut untuk menguji penjaga gol […]

EPL: Manchester City Tenang Tumbangkan Sheffield United

Manchester City mudah menewaskan Sheffield United dilaman sendiri dengan jaringan 2-0. Julian Alvarez tampil mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Erling Haaland dibahagian serangan pasukan. City membuka jaringan seawal minit ke-14 perlawanan menerusi Rodri yang mudah merembat masuk bola hantaran Phil Foden. Sheffield turut mempunyai beberapa peluang berbahaya hasil percubaan Osula namun gagal menerjah gawang. Bersambung […]

Pep Guardiola Gelakkan Manchester United

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola seolah-olah terkesima apabila diajukan soalan oleh wartawan mengenai perkembangan pasukan-pasukan besar yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL). Antara pasukan yang ditanyakan kepada Guardiola adalah Arsenal, Liverpool, Chelsea dan Manchester United. Namun begitu reaksi ketawa terlihat pada riak wajah Guardiola apabila ditanyakan mengenai musuh setempat, Manchester United. “Pasukan-pasukan besar kini […]

Penjaga Gol Ini Bakal Dijual RM120 Juta Walaupun Gagal Tembusi Skuad Guardiola

Penjaga gol Manchester City, James Trafford dijangka akan dijual kepada kelab lain dengan tanda harga yang ditetapkan adalah RM120 juta. Ianya mungkin agak aneh kerana Trafford masih belum beraksi bersama skuad utama Manchester City kendalian Pep Guardiola. Namun Trafford berjaya menutup pengkritik dengan aksi membanggakan dalam Kejohanan EURO Bawah 21 Tahun yang mana menyaksikan England […]

Keraian Gol Guardiola Rimaskan Pemain Liverpool

Pep Guardiola tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya selepas melihat gol penyamaan Julian Alvarez dalam kemenangan 4-1 Manchester City ke atas Liverpool. Tetapi apa yang menarik perhatian penyokong kedua-dua pasukan ialah keraian golnya dibuat di hadapan bek kiri Liverpool, Kostas Tsimikas. Sebelum itu, Mohamed Salah meletakkan Liverpool di hadapan pada minit ke-17 sebelum Alvarez menyamakan kedudukan 10 […]

“Saya Malu” – Pep Guardiola

Jurulatih Manchester City, Pep Guardiola telah membuat permohonan maaf kepada legenda Liverpool, Steven Gerrard susulan komen tak masuk akal yang diberikan suatu ketika dahulu. Beliau akui kejadian yang menimpa Gerrard ketika tergelincir dahulu membolehkan Manchester City merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada tahun 2014. Bekas jurulatih Barcelona ini tetap menghormati Gerrard dengan kejayaan cemerlangnya dalam […]

Pep Pernah Ugut Tinggalkan Man City

Selepas dikenakan 100 tuduhan oleh EPL semalam, Man City bertegas menafikan semua tuduhan yang dinyatakan. Tetapi jika didapati bersalah, kelab bukan saja akan berdepan hukuman tetapi kehilangan Pep Guardiola sebagai jurulatih mereka. Sebelum ini, bekas jurulatih Barcelona itu pernah mengugut mahu meninggalkan Citizens sekiranya didapati menipu tentang kedudukan kewangan mereka. Beberapa tahun sebelumnya, City disiasat […]

Sergio Aguero Tak Sanggup Jadi Jurulatih Kerana Takut Kepalanya Botak

Tatkala sesetengah bekas pemain memilih karier baru sebagai jurulatih selepas bersara, itu bukan pilihan buat legenda Manchester City, Sergio Aguero. Beliau bimbang jika beliau menjadi jurulatih, kepalanya akan jadi botak sama seperti bos lamanya di Etihad, Pep Guardiola. Aguero, 34, bermain selama lima tahun di bawah bimbingan Guardiola di Etihad dan menjaringkan 260 gol dalam […]

Pep Guardiola Tandatangani Kontrak Lanjutan Bersama Man City

Josep “Pep” Guardiola Sala (Pep Guardiola) dan Manchester City mencapai persetujuan untuk bekerjasama lagi 2 tahun dengan menandatangani kontrak lanjutan sebentar tadi. Bersama Manchester City, Guardiola telah memenangi 11 trofi utama, termasuk empat daripada lima gelaran Liga Perdana terakhir. Guardiola juga telah memenangi 271 daripada 374 perlawanan dan mencapai peratusan kemenangan yang luar biasa iaitu […]

“Saya Bagitahu Haaland Tolong Berhenti Jaringkan Gol” – Pep

Ketua jurulatih Manchester City, Pep Guardiola mengaku bahawa beliau amat cemburu dengan penyerang sensasi pasukan, Erling Haaland. Pengendali kelahiran Sepanyol itu memberi respon kepada kata-kata yang dihamburkan oleh bekas anak didik beliau, Zlatan Ibrahimovic yang pernah bersamamya ketika di Barcelona. Ibrahimovic menggambarkan Guardiola merupakan seorang jurulatih yang sangat ego dan bakal menyekat perkembangan Haaland untuk […]