Penang Ukur Baju Di Badan Sendiri

Tatkala sesetengah pasukan Liga Super berbelanja besar, Penang FC pula memilih pendekatan berbeza. Pasukan utara tanah air itu memilih berbelanja secara berhemah terutama dari segi pemilihan pemain import. Tidak seperti sesetengah pasukan, Penang tidak memiliki kekuatan kewangan untuk mendapatkan ramai pemain import. Atas sebab itu, jurulatih Penang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mengakui pasukan itu berhati-hati […]

Hadin Azman Sertai Negeri Sembilan

Pemain sayap lincah, Hadin Azman sah bakal menyarung jersi Negeri Sembilan FC bagi saingan Liga Malaysia 2024/2025. Berita ini diumumkan melalui satu video pengenalan yang dimuatnaik oleh Negersi Sembilan Football Club di media sosial rasmi pasukan. Di dalam video berkenaan menampilkan pemain berusia 30 tahun ini mengenakan kit tuan rumah Negeri Sembilan musim lalu yang […]

Malaysia Bakal Peroleh Seorang Pertahanan Naturalisasi?

Skuad Malaysia yang dibimbing Kim Pan-gon berpotensi mendapat seorang pemain pertahanan berstatus naturalisasi. Ini selepas Pengurus Besar Penang FC, Jeffrey Chew mendedahkan pasukan itu kini menggerakkan proses naturalisasi untuk kapten dan bek tengah Brazil, Rafael Vitor. Proses pengumpulan dokumen rasmi sedang dijalankan dan Penang berharap dapat mendaftarkan Vitor sebagai pemain tempatan pada tahun depan. “(Rafael […]

Penang Berteka-Teki Dengan Kogileswaran

Bekas pemain Chungbuk Cheongju, R. Kogileswaran kini masih menanti tawaran daripada Penang sama ada kontrak beliau akan dilanjutkan atau tidak bagi musim baharu ini. Kontrak pemain berusia 25 tahun ini telah tamat pada hujung tahun lepas. Beliau akui masih mahu beraksi bersama The Panthers.  Penang setakat ini telah mengumumkan seramai 25 pemain yang sah akan […]

Penjaga Gol Malaysia Pulang Ke Utara

Penjaga gol Malaysia, Sikh Izhan Nazrel hari ini diumumkan sebagai penjaga gol baru buat pasukan Penang. Beliau yang sebelum ini telah menandatangani kontrak lanjutan bersama pasukan Selangor memilih untuk pulang ke bumi utara bagi memperkuat skuad kendalian Akmal Rizal Rakhli. Selain Sikh, Penang turut menerima kehadiran beberapa pemain baru seperti Muhaimin Izzuddin, Nabil Latpi dan […]

Muhaimin Izuddin Kini Arkitek Sandaran Penang

Pemain sayap muda berbakat, Muhaimin Izuddin Asri sah mewakili Penang FC untuk aksi Liga Super musim 2024-2025. Perpindahan pemain tengah berusia 21 tahun itu diumumkan pengurusan Harimau Kumbang menerusi satu hantaran di media sosial rasmi mereka hari ini. “Masa menyeronokkan ada di hadapan tatkala kita mengalu-alukan pemain tengah pantas kita! Memperkenalkan pemain baru kita, Muhaimin […]

“Rundingan Dengan Selangor Itu Berlaku Namun Tidak Berjaya”

Hasrat Penang FC untuk mendapatkan khidmat pertahanan tengah Selangor FC tidak kesampaian. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam berkenaan situasi semasa skuad The Phanters yang begitu rancak membawa masuk muka baharu. Beberapa watak penting difahamkan sudah pun bersetuju untuk menyertai Penang FC di bawah kendalian Akmal Rizal yang membawa idea baharu […]

Sikh Izhan Dipinjamkan Sekali Lagi

Penjaga gol skuad kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel difahamkan akan meninggalkan Selangor FC secara pinjaman sekali lagi selepas selepas melalui musim hebat bersama Negeri Sembilan FC musim lalu. Pemain berusia 21 tahun itu dilaporkan semakin hampir menyertai Penang FC bagi saingan musim baharu 2024/2025. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam […]

Tiga Pemain Import Jadi Sandaran Penang

Penang mengumumkan hanya akan mengikat pemain mengikut bajet yang termampu menjelang saingan Liga Malaysia 2024/2025. Perkara ini dijelaskan oleh ketua jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang berkata hanya tiga pemain import bakal menjadi tunjang skuad Harimau Kumbang disebabkan bajet yang terhad. Katanya lagi, beliau kini sedang dalam misi mencari dua lagi pemain import […]

Penang Intai Tonggak Dua Kelab Lembah Klang

Penang FC terus membuat persiapan rapi bagi menghadapi saingan Liga Super 2024/2025 tidak lama lagi. Terbaharu, kelab utara tanah air itu dilaporkan berminat untuk menandatangani dua pemain dari dua kelab lembah Klang. Menerusi ciapan wartawan terkenal, T. Avineshwaran, Penang amat teruja untuk mendapatkan khidmat Khuzaimi Piee dari Selangor dan Nabil Ahmad Latpi dari PDRM. “Difahamkan, […]

Akmal Rizal Terajui Cabaran Penang Untuk Musim 2024/2025

Bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli sah membimbing Penang FC bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025. Perkara ini diumumkan pengurusan Harimau Kumbang menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka semalam. Akmal sebelum ini menggalas peranan sebagai pemangku jurulatih Penang untuk tiga perlawanan terakhir Liga Super musim 2023. Beliau mencatatkan rekod […]

Penang Buru 4 Pemain Prolifik Termasuk Syafiq Ahmad

Penang kini memulakan persiapan musim 2024 liga Malaysia apabila sedang merekrut beberapa muka baharu. Perkara tersebut dikongsikan oleh Fina Nasrom, wartawan sukan Astro Arena yang menyatakan Penang kini cuba membawa kembali dua bekas pemain mereka serta merisik khidmat dua pemain terkenal Malaysia. “Casagrande dan Ousmane Fane khabarnya bakal kembali ke Penang FC musim 2024/2025. Selain […]

Nik Akif Syahiran Jadi Rebutan Dua Kelab Utara

Nik Akif Syahiran kini menjadi rebutan sebuah kelab utara manakala kelab semasa beliau, Penang turut mahu mengekalkan khidmatnya. Pemain tengah ini menjadi perancang utama Penang dibahagian tengah apabila telah melakukan 29 penampilan dalam semua pertandingan untuk musim ini. Konsistensi Nik Akif pada musim ini turut menarik minat daripada Perak menurut perkongsian wartawan sukan, T. Avineshwaran. […]

Syamer Kutty & Dua Bintang JDT Dalam Pantauan Kelab Utara Tanah Air

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Syamer Kutty dilaporkan berada dalam pemerhatian Penang untuk memperkuat barisan tengah kelab utara tanah air itu. Selain Syamer Kutty, dua bintang JDT yang turut diperhatikan Penang adalah pemain tengah, Danial Amier dan tonggak pertahanan, Adam Nor Azlin. Khabar angin ini mendapat perhatian ramai khususnya penyokong Harimau Kumbang setelah dimuatnaik […]

Penang Sambar Muhaimin Izuddin?

Selepas memilih meninggalkan pasukan Kelantan FC baru-baru ini, Muhaimin Izuddin Asri dilaporkan bakal beraksi untuk Penang FC pada musim hadapan. Menerusi satu kenyataan yang dibuat wartawan MakanBola, Faris Zukeiman, beliau telah menyatakan persetujuan secara lisan untuk menyertai skuad Harimau Kumbang. Antara sebab Muhaimin berminat menyertai Penang ialah keinginan bekerjasama dengan ketua jurulatih Akmal Rizal Ahmad […]

Penang Bakal Dapatkan Khidmat Danial Amier

Bintang muda suatu ketika dahulu, Daniel Amier kini difahamkan bakal meninggalkan pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) musim depan.  Menurut laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, beliau menyatakan bahawa bekas pemain Felda United itu bakal berhijrah ke Utara bersama pasukan Penang FC. Kini, pemain berusia 26 tahun itu dalam fasa terakhir […]