Yunus Alif Buat PDRM Sukar Digugat

Selepas dua perlawanan, PDRM FC tampak sukar digugat di bawah kendalian bekas jurulatih Sri Pahang FC, Dato’ Yunus Alif. Selepas mengejutkan Selangor FC dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik Piala Malaysia, giliran Penang pula jadi mangsa The Cops. Pasukan pelawat yang dibimbing Chong Hee Fat itu tunduk 3-0 dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ […]

Sebuah Kelab Utara Tanah Air Dapatkan Khidmat Azraai Khor

Bekas ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Azraai Khor Abdullah bakal kembali mewarnai kancah bola sepak Malaysia. Pengendali berpengalaman itu difahamkan akan kembali menghangatkan kancah bola sepak tempatan apabila mengisi jawatan di sebuah kelab utara tanah air. Menerusi laporan eksklusif oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, bekas jurulatih berusia 72 tahun itu bakal dilantik […]

Penyokong Kedah Dan Penang Bergaduh Di Stesen Minyak

Perlawanan ‘Derbi Utara’ di antara Penang FC dan Kedah Darul Aman FC semalam telah berlangsung dengan suhu perlawanan yang agak panas dengan beberapa insiden dan kekasaran yang berlaku. Selain deretan kad kuning yang dilayangkan, seorang pemain Penang FC iaitu Adib Raop juga diperintahkan keluar padang selepas menerima kad kuning kedua. Perlawanan panas itu berakhir dengan […]

Liga Super: Kedah Bergelut Sebelum Kalahkan Penang

Harapan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk menebus kehampaan tersingkir dari Piala Malaysia berjaya apabila menewaskan Penang FC 2-1 dalam aksi derby utara tanah air Liga Super hari ini. Selepas kedua-dua pasukan masing-masing disingkirkan oleh Perak FC dan KL City FC dari Piala Malaysia, aksi tertunda ini diharap membantu membangkitkan kembali semangat pasukan. Babak […]

Piala Malaysia: KL City Tenang Tewaskan Penang Dengan 10 Pemain

KL City berjaya melangkah ke suku akhir Piala Malaysia apabila mudah menewaskan Penang 1-0 walaupun terpaksa bermain dengan 10 pemain ekoran layangan kad merah. Giancarlo Gallifuoco yang dilayangkan kad merah seawal minit ke-15 perlawanan menyebabkan pasukan KL City terpaksa merubah corak permainan. Penang yang kerap melakukan percubaan ke gawang gol lawan gagal untuk memanfaatkan situasi […]

Penolong Pengadil Aksi Perak & Penang Digantung

Susulan gol kontroversi yang dijaringkan Seo Seon-ung dalam perlawanan Liga Super Perak dan Penang pada 9 Ogos lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan menggantung penolong pengadil perlawanan tersebut. Perkara ini disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman dalam temubual bersama Nadi Arena hari ini. Gol Seun-ung dianggap kontroversi kerana penyerang Seladang […]

Gol Ketiga Perak FC Jadi Perdebatan Hangat

Pasukan Liga Super, Perak FC mencatatkan kemenangan penting namun gol ketiga yang dijaringkan pasukan menjadi tanda tanya. Beraksi di laman sendiri, The Bos Gaurus memanfaatkan peluang yang ada untuk meraih 3 mata penting untuk terus memperbaiki kedudukan liga. Gol ketiga pasukan bimbingan Yusri Che Lah bagaimanapun menjadi perhatian selepas jaringan Seo Seon-ung dikesan berada dalam […]

Kogileswaran Raih Pengalaman Berharga Di Korea Selatan

Penyerang Penang FC, R. Kogileswaran mengakui meraih banyak pengalaman berharga di Korea Selatan walaupun tempohnya bersama kelabnya sebelum ini, Chungbuk Cheongju tidak lama. Bekas pemain PJ City FC itu mengakui amat tertarik dengan komitmen 100% yang ditunjukkan para pemain Chungbuk semasa sesi latihan. Ini kerana kesungguhan sebegitu bukan mudah untuk dicapai lebih-lebih lagi dengan intensity […]

“Perubahan Taktikal Baru Bantu KL City” – Tchetche Kipre

Penyerang KL City FC, Tchetche Kipre mengakui perubahan taktikal pasukan yang mementingkan penguasaan bola dan lebih menyerang membantu The City Boys meraih kemenangan besar dalam dua perlawanan. Selepas membelasah Kelantan 5-1 dalam aksi Liga Super pada 29 Julai lalu, giliran Penang FC pula menjadi mangsa terbaru mereka. Skuad Harimau Kumbang tumbang 4-0 kepada KL City […]

Ledakan Berkelas Dunia Zhafri Yahya Buat Mata Yang Melihat Terpukau

Aksi Piala Malaysia 2023 yang membabitkan pertembungan antara pasukan Penang dan KL City pada semalam dihiasi dengan jaringan berkelas dunia daripada pemain sayap KL City, Zhafri Yahya. Perlawanan pertama bagi kempen Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang menjadi kenangan manis buat The City Boys apabila berjaya menewaskan pasukan tuan rumah dengan keputusan […]

Piala Malaysia: KL City ‘Bantai’ Penang

Finalis Piala FA 2023, KL City FC meneruskan rentak kemenangan di bawah pengendali sementara Miroslav Rulajkrana dengan membelasah Penang FC 4-0 dalam aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia 2023. Selepas kempunan meraih trofi Piala FA musim ini, The City Boys mengidam kembali beraksi di pentas final Piala Malaysia dan mengulangi kejayaan menjulang trofi […]

KL City Berdepan Ujian Hebat Tanpa Paulo Josue

Menjelang perlawanan Piala Malaysia 2023 menentang Penang FC malam ini, KL City FC bakal beraksi tanpa kehadiran ayam tambatan dan kapten, Paulo Josue. Ini selepas pemangku jurulatih The City Boys, Miroslav Kuljanac mendedahkan beberapa pemain terpaksa direhatkan akibat kecederaan termasuk pemain naturalisasi Malaysia itu. Dengan Josue direhatkan untuk aksi malam ini, KL City FC bakal […]

Liga Super: Sabah Cemas Sebelum Tewaskan Penang

Sabah FC terus mengejar kelompok empat teratas liga dengan mengalahkan Penang FC 2-1 di Stadium Bandaraya, Georgetown dalam aksi Liga Super hari ini. Selepas tunduk 1-0 kepada Selangor pada 23 Julai lalu, anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee mahu kembali ke landasan kemenangan. Dan pasukan pelawat tidak menunggu lama membuka tirai jaringan pada babak pertama […]

Peledak Berbisa Ireland Sertai Penang FC

Pasukan Liga Super, Penang FC menerima satu lagi suntikan semangat apabila membawa masuk penyerang baharu pada jendela perpindahan kali ini. Desas-desus mengenai ketibaan pemain baharu sudah mula diperkatakan apabila tular gambar seorang pemain sedang menjalani latihan bersama pasukan. The Phanters bergelut untuk menjaringkan gol pada musim ini selepas penyerang utama, Giovanne Gomes gagal mencetus impak […]

Penang Teliti Pilih Penyerang Import Baru

Penang FC kini dalam proses mendapatkan penyerang import baru bagi menggantikan Giovane Gomes yang meninggalkan Harimau Kumbang secara persetujuan bersama baru-baru ini. Ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkuatkan pasukan selepas Haria Penang Haria berjaya mendapatkan bekas pemain sayap Chungbuk Cheongju, R. Kogileswaran dan Al-Hafiz Harun dari Kedah. Begitupun, penolong jurulatih Penang FC, Manzoor Azwira Abdul […]

Penang Sambar Khidmat Kogileswaran

Bekas pemain sayap Chungbuk Cheongju, R. Kogileswaran sudah mendapat kelab baru dengan menyertai Penang FC. Berita perpindahan ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Pemain sayap berusia 24 tahun itu memeterai kontrak selama enam bulan dengan Harimau Kumbang. Kehadiran bekas pemain sayap Harimau Muda itu dijangka menambah pilihan di bahagian sayap buat jurulatih […]