Zainal Anggap Kad Merah Membinasakan Penang

Kekalahan 0-2 kepada Selangor FC tempoh hari ternyata sukar diterima oleh pengendali Penang FC, Zainan Abidin Hassan. Mana tidaknya anak buahnya mempamerkan aksi yang baik sebelum pemain mereka dilayangkan kad merah. Kad merah dilayangkan kepada Sukri Hamid pada minit ke-68 dan kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh pasukan Selangor yang berjaya menjaringkan dua gol sekaligus memberikan […]

Liga Super: Selangor Mudah Jinakkan Penang Di Kelana Jaya

Aksi tertunda Liga Super ini menemukan tuan rumah, Selangor FC yang melayan kunjungan Penang FC. Perlawanan berkesudahan kemenangan berpihak kepada Selangor FC yang menewaskan Penang FC dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya sebentar tadi. Gol Selangor dijaringkan oleh Shahrel Fikri dan Syahir Bashah. Perlawanan dimulakan dengan seimbang dengan kedua-dua […]

Faiz Subri Ulangi Jaringan Bertaraf Puskas

Pemain sayap pasukan Penang FC, Mohd Faiz Subri kembali mencatat nama selaku penjaring apabila membantu Penang mengikat  Karo United FC dengan keputusan 1-1. Faiz yang turun dalam kesebelasan utama pasukan jelas menjadi nadi kepada kemenjadian jentera serangan pasukan dalam perlawanan pertama Piala TYT 2022 Stadium Bandaraya malam semalam. Gandingan beliau bersama Hilal Al-Helwe dan juga Jafri […]

Liga Super: Penang Raih Kemenangan Sulung Tumbangkan Terengganu

Aksi Liga Super diteruskan dengan perlawanan diantara pasukan Penang FC yang melayan kunjungan pasukan Terengganu FC. Keputusan berpihak kepada pasukan Penang dengan kemenangan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya sebentar tadi. Gol-gol Penang dijaringkan oleh Hilal El-Helwe dan T. Saravanan manakala gol tunggal Terengganu dijaringkan oleh pemain sayap lincah mereka, Faisal Halim. Perlawanan […]

Liga Super: KL City Buat Penang Terkulai Layu Di Cheras

Perlawanan malam ini menyaksikan KL City melayan kunjungan Penang FC yang berkesudahan dengan keputusan 3-2. Pada minit ke-15 minit permainan, Paulo Jouse gagal memberi kelebihan buat KL City selepas sepakan penaltinya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Penang FC, Khatul Anuar. Sepakan rendah daripada J. Partiban membuka jaringan pertama buat KL City selepas menerima lorongan baik Akram […]

Liga Super: Penang FC Meneruskan Kemarau Kemenangan, Kali Ini Tewas Kepada Sri Pahang

Perlawanan Liga Super ini menemukan dua pasukan yang masih mencari kemenangan pertama dalam saingan Liga Super iaitu Sri Pahang dan Penang FC. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan buat pasukan Sri Pahang dengan keputusan 3-1 menumpaskan Penang FC Di Stadium Darul Makmur malam tadi. Penang hampir mendahului Sri Pahang seawal minit ke-2 permainan namun tandukan Christian Rontini […]

Liga Super: ‘Derbi Utara’ Milik Kedah, Dua Gol Ngah Wanja Meranapkan Malam Penang

Perlawanan Liga Super ini digelar ‘Derbi Utara’ yang menemukan dua pasukan dari utara semenanjung Malaysia iaitu Kedah Darul Aman FC dan Penang FC. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Kedah dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya sebentar tadi. Kedah memulakan perlawanan dengan positif dan mereka mempunyai peluang keemasan seawal minit ke-2 […]

Liga Super: Jaringan Casagrande Tidak Cukup Buat Sarawak United Berputih Mata

Pasukan Sarawak United berjaya mengikat pasukan Penang FC daripada meraih kemenangan pertama dengan keputusan seri 1-1. Perlawanan bermula seimbang apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk menguasai tempo permainan. Babak-babak akhir separuh masa pertama, peluang terbaik yang dimiliki menerusi sepakan Nur Shamie. Namun, Khatul Anuar lebih bersedia untuk menampan sepakan tersebut. Separuh masa pertama kekal tanpa […]

Khatul Anuar Idam Sarung Jersi Kebangsaan

Penjaga gol Penang FC, Khatul Anuar menyatakan hasrat mahu sarung jersi negara jika diberi peluang kerana bagi beliau setiap pemain juga impikan bermain untuk Harimau Malaya. Khatul sebelum ini menampilkan persembahan yang cukup cemerlang ketika menafikan beberapa percubaan bahaya oleh pasukan JDT pada perlawanan pertama tempoh hari. Dalam pada itu, penjaga gol berusia 24 tahun ini […]

Ketangkasan Khatul Anuar ‘Bunuh’ Harapan Trio Melaka United

Aksi penjaga gol pasukan Penang FC, Khatul Anuar ketika menentang Melaka United berjaya memastikan mereka dapat mencuri satu masa pada musim ini. Penjaga gol berusia 24 tahun itu terus menjadi watak penting buat pasukan kendalian Tomas Trucha untuk meraih mata sulung dalam saingan Liga Super. Khatul sebelum ini menampilkan persembahan yang cukup cemerlang ketika menafikan beberapa […]

Liga Super: Jaringan Tunggal Bergson Julang Johor Darul Ta’zim

Juara bertahan Liga Super 2021, Johor Darul Ta’zim berjaya meraih kemenangan dalam perlawanan pertama Liga Super musim ini apabila menewaskan Penang FC 1-0. Jaringan tersebut hasil daripada pemain Bergson da Silva. Gol pada minit ke-70 permainan tersebut hadir menerusi hantaran jauh Arif Aiman. Johor dilihat mendominasi perlawanan namun Penang tetap ampuh bertahan sehinggalah minit ke-70. […]

Penang FC Tampil Kelainan Dalam Pelancaran Jersi Musim 2022

Setelah lama menanti khabar tentang pelancaran jersi skuad Penang FC bagi musim 2022, akhirnya Penang FC mengumumkan maklumat berkenaan pelancaran jersi terbaharu mereka menerusi laman sosial media rasmi di Facebook dan juga Instagram. Berbaki 2 hari lagi sebelum menjelang perlawanan pertama Liga Super 2022, pengumuman tersebut dilihat menceriakan hati para penyokong Penang FC. Namun Penang […]

Faiz Subri Tidak Beraksi 2 Musim Kerana Salah Faham

Pemenang Anugerah Puskas Fifa 2016, Mohd Faiz Subri mengakui punca tidak bermain selama dua musim ini disebabkan sedikit salah faham dan menasihati setiap pemain menjadikan perkara ini satu ikhtibar. Pemain yang berusia 34 tahun itu meluahkan rasa syukur kerana mendapat tawaran untuk kembali berjuang bersama Penang FC. Faiz turut menyatakan persiapannya tahun ini adalah memberi fokus […]

Penang FC Dan Terengganu FC Berharap Adib Raop Lekas Sembuh Dan Meneruskan Karier

Insiden pergaduhan yang berlaku semasa perlawanan terakhir antara Terengganu II FC dan Penang FC malam semalam ternyata mendapat perhatian para peminat dan pemerhati bola sepak tanah air. Walaupun ianya agak memalukan industri bola sepak Malaysia, kenyataan media kedua-dua pasukan telah dimuatnaik untuk menjelaskan situasi sebenar yang berlaku. Dalam kenyataan media yang dibuat Penang FC, mereka […]

Hafizul Tekad Rampas Semula Posisi No.1 Harimau Malaya

Bekas penjaga gol Perak, Hafizul Hakim menyatakan hasratnya untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan menjelang pusingan kelayakan Piala Asia 2023 pada bulan Jun akan datang. Kali terakhir penjaga gol kelahiran Ipoh mewakili Harimau Malaya adalah pada tahun 2018. Beliau akui ianya bukan perkara yang mudah kerana terdapat ramai lagi penjaga gol yang terbaik di Malaysia […]

Faiz Subri Minta Diberikan Masa Untuk Kembali Bangkit

Pemenang Anugerah Puskas Fifa 2016, Mohd Faiz Subri minta diberikan masa untuk kembali bangkit semula setelah 2 tahun beliau tidak beraksi dalam Liga Malaysia disebabkan Covid-19. Pemain yang berusia 34 tahun itu menjelaskan dalam tempoh 2 tahun yang mencabar ini beliau memerlukan komitmen yang tinggi untuk mendapatkan kembali momentum dalam padang. Faiz turut meluahkan rasa […]