Skuad Muda Kelantan DN Bangkit Membara Tewaskan Penang

Perlawanan malam ini menyaksikan pertembungan skuad muda Kelantan Darul Naim (DN) menentang Penang FC dalam saingan Piala MFL yang berakhir dengan keputusan 3-2. Kelantan Darul Naim turun dengan rekod bersih tanpa kalah sementara skuad muda Penang pula ketika ini masih mencari kemenangan pertama dalam perlawanan minggu ke-6 ini.  Penang FC membuka jaringan pertama seawal 13 […]

Piala FA: Penalti Jalan Terakhir Penang Tumpaskan Sri Pahang

Aksi pusingan ke-16 saingan Piala FA musim ini menyaksikan Penang FC berjaya menewaskan Sri Pahang dengan penentuan sepakan penalti selepas seri sehingga 120 minit permainan. Ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad menurunkan beberapa pemain terbaik antaranya Kpah Sherman, Manuel Hidalgo dan arkitek tengah, Nor Azam Azih.  Sementara Penang FC, misi memburu kemenangan pertama  musim ini selepas […]

Syamer Kutty Pulang Ke Utara, Sertai Penang FC

Pemain tengah kebangsaan, Syamer Kutty Abba akan kembali menyarung jersi Penang FC dalam saingan Liga Malaysia 2024-2025. Pengumuman ini dibuat menerusi satu hantaran di media sosial rasmi pasukan Penang FC dengan satu poster pemain tengah berusia 27 tahun itu menyarung jersi kelab tersebut. Anak jati Pulau Pinang ini menyertai pasukan utara tanah air secara pinjaman […]

Peminat Kagum Dengan Jersi Pra-Musim Penang

Pasukan Liga Super, Penang FC secara rasmi telah melancarkan jersi baharu yang akan digunakan bagi pra-musim 2024/2025. Jersi tersebut datang dengan ‘trademark’ di mana ada gaya dan keazaman bertemu untuk mencipta kombinasi kemenangan, benang kejayaan kini terbongkar. Itu adalah satu ayat pembakar semangat yang telah dimuatnaik dengan satu video pelancaran jersi pra-musim Penang FC di […]

Akmal Rizal Sedia Bimbing Penang Secara Tetap

Pemangku jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli itu bersedia membimbing pasukan itu secara tetap sekiranya mendapat sokongan pengurusan kelab. Sentuhan beliau mula membuahkan hasil apabila membantu skuad Harimau Kumbang melakar kemenangan 3-2 ke atas Sri Pahang FC semalam. Kemenangan itu mengakhiri penantian kemenangan Penang FC selama lebih empat bulan. Kali terakhir pasukan itu meraih […]

Akmal Rizal Ganti Chong Yee Fat Bimbing Penang

Prestasi buruk Penang FC sejak kebelakangan ini mendorong pengurusan pasukan itu merehatkan Chong Yee Fat dan melantik Akmal Rizal Ahmad Rakhli sebagai jurulatih sementara. Pengumuman ini dibuat pengurusan Harimau Kumbang di laman media sosial rasmi mereka lebih sejam yang lalu. Selain Yee Fat, pengurusan Penang FC turut memilih untuk merehatkan penolong jurulatih Manzoor Azwira Abdul […]

Akmal Rizal Bakal Dilantik Jurulatih Malaysia Yang Baharu?

Nama bekas penyerang negara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli kini semakin kuat dicanang sebagai jurulatih skuad B-23 Malaysia yang baru. Selepas E. Elavarasan mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai jurulatih skuad B-23 awal minggu ini, beberapa nama mula dicanang sebagai pengganti beliau seperti Nafuzi Zain, Yusri Che Lah, Nidzam Jamil dan Akmal Rizal. Bagaimanapun, nama Akmal Rizal […]

Penang Menjumpai ‘Ubi Muda’ Yang Tajam Di Depan Gol

Walaupun baru berusia 21 tahun, namun ianya bukanlah alasan untuk pemain Penang FC, Alif Ikmalrizal membuktikan bahawa beliau mempunyai ciri-ciri seorang penyerang berbisa. Khidmat Alif kini kerap kali digunakan oleh jurulatih Penang, Manzoor Azwira Abdul Wahid bagi mengharungi perlawanan Liga Super. Dalam masa yang sama, Alif juga masih menjadi pemain utama buat Penang FC dalam […]

Azraai Khor: Dia Main Tak Pakai Otak

Bekas jurulatih Kedah Darul Aman, Azraai Khor Abdullah menyelar tindakan tidak profesional pemain sayap Penang ketika bertemu KL City semalam. Beliau yang menjadi pengulas di RTM membuat analisis terperinci berkenaan perlawanan tersebut sambil meluahkan kekecewaan dengan respon pemain berusia 25 tahun itu di atas padang. Pada perlawanan semalam, pemain ini dimasukkan pada babak kedua permainan […]

“Arif Aiman Bukan Satu-Satunya Key Player JDT” – Manzoor Azwira

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod cemerlang mereka dalam semua pertandingan yang disertai apabila layak ke separuh akhir Piala FA. JDT layak selepas menundukkan Penang FC dengan keputusan 5-0 pada aksi suku akhir yang dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim semalam. Namun bagi pengendali Penang, Manzoor Azwira, beliau tetap berbangga dengan kesungguhan pemain dan beliau berharap […]

Penyokong Penang Bengang Dengan Penalti Sri Pahang

Perlawanan Liga Super di antara Sri Pahang FC dan Penang FC semalam berakhir dengan kemenangan tipis 1-0 memihak Sri Pahang. Gol tunggal perlawanan dijaringkan hasil sepakan penalti yang diambil penyerang import mereka, Kpah Sherman pada minit ke-49. Kemenangan tersebut sekaligus menghadiahkan 3 mata berharga di laman sendiri. Walaupun berjaya mengutip 3 mata semalam, keputusan pengadil […]

Liga Super: Sri Pahang Mandi Peluh Tewaskan Penang

Perlawanan Liga Super petang ini menyaksikan pasukan Sri Pahang melayan kunjungan Penang FC yang berkesudahan dengan keputusan 1-0.  Sri Pahang turun dengan misi mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri dan ketika ini menduduki tangga ke-2 liga.  Manakala bagi pasukan Penang kini berada dalam momentum terbaik selepas menang dua perlawanan berturut-turut dan menghuni tangga ke-8 […]

Penang FC Hadkan Bilangan Drum Buat Penyokong Lawan

Suasana dan atmosfera di dalam stadium sudah pasti akan diserikan dengan paluan drum dari penyokong kedua-dua pasukan. Sorakan penyokong berserta paluan drum sedikit sebanyak akan menambahkan lagi semangat buat pemain-pemain di atas padang. Baru-baru ini, pasukan Penang FC melalui laman media sosial mereka, menghebahkan bahawa hanya dua drum sahaja yang dibenarkan buat penyokong pelawat. Dua […]

Nama Tiba-Tiba Meletup, Shafiq Afifi Sebenarnya Baru Kembali Daripada Kecederaan Otak

Secara tiba-tiba nama penjaga gol Penang, Shafiq Afifi Suhaimi menjadi bualan hangat dalam kalangan penyokong bolasepak tanah air. Semuanya kerana ketangkasan ditunjukkannya termasuk menyelamatkan dua sepakan penalti ketika membantu Penang menyingkirkan Kedah dalam saingan Piala FA pada Rabu. Shafiq Afifi sebenarnya sudah bersama Penang sejak 2021, tetapi pada hakikatnya baru tahun ini diberi peranan sebagai […]

Nafuzi Zain Dan Manuel Ott Dibenarkan Beraksi

Walaupun dilayagkan kad merah dalam aksi Liga Super menentang PDRM FC tempoh hari, namun ianya bukanlah penghalang bagi pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain dan pemain tengah, Manuel Ott untuk turun beraksi. Nafuzi dan Ott tetap akan bersama skuad ‘Sang Kenari’ itu dalam aksi Piala FA menentang Penang FC malam ini. Ini […]

Bojan Hodak: Tolonglah Jadi Adil

Jurulatih KL City, Bojan Hodak meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap keputusan pengadil yang mengadili perlawanan semalam. Penang FC berjaya mengikat KL City dengan jaringan 2-2 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras semalam. Walaubagaimanapun, beliau enggan memberi mengulas lanjut mengenai situasi tersebut kerana dia tidak mahu dikenakan tindakan lanjut yang tidak sewajarnya. Beliau cuma mahu […]