Sabah Kecundang 7-1 Kepada Pemain Muda PDRM

Skuad Sabah FC II menerima tamparan hebat apabila dibelasah PDRM FC 7-1 dalam aksi terbaru Piala MFL pada 24 Jun. Sabah II berharap dapat bangkit selepas kecundang dalam dua aksi Piala MFL sebelumnya. Sementara PDRM pula mahu bangkit selepas dibelasah Terengganu FC II pada 28 Mei lalu. Babak pertama menyaksikan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan […]

Aura Penyokong Pacu Kelantan DN Raih Kemenangan Pertama

Penolong jurulatih Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Rezal Zambery Yahya mengakui aura penyokong membantu pasukan itu melakar kemenangan pertama dalam liga musim ini. Tiga perlawanan Liga Super sebelumnya menyaksikan pasukan yang diberi jolokan Kijang Emas itu tewas tiga kali berturut-turut. Kelantan DN juga terkeluar daripada saingan Piala FA 2024 apabila tewas kepada Johor Darul […]

Liga Super: Penalti Kelantan DN Pastikan PDRM Pulang Tangan Kosong

Hasrat Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) untuk mendapatkan kemenangan sulung akhirnya menjadi kenyataan selepas berjaya menewaskan PDRM FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sebentar tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat dengan KDN FCmempertaruhkan Valdumar di bahagian serangan sambil Oday Kharoub menjadi jeneral di tengah. Manakala PDRM meletakkan dua penyerang iaitu […]

Muhaimin Mohamad Yakin Benteng Kelantan DN Akan Bertambah Baik

Penjaga gawang Kelantan Darul Naim, Muhaimin Mohamad optimis kelemahan di barisan pertahanan akan segera diperbaiki menjelang aksi Liga Super berdepan PDRM nanti. Muhaimin yang turun dalam perlawanan pusingan 16 terbaik Piala FA berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu lalu tampil penuh cemerlang meskipun dibolosi empat gol dalam aksi tersebut. Dalam satu temu bual bersama pihak […]

Rezal Zambery Mahu Kelantan DN Fokus Raih Mata Pertama Liga Super

Penolong ketua jurulatih Kelantan Darul Naim FC, Rezal Zambery Yahya mengakui penting untuk pasukannya meraih mata pertama dalam saingan Liga Super untuk terus kekal bersaing. Kelantan DN yang disingkirkan oleh JDT dalam kancah Piala FA menyaksikan skuad Kijang Emas akan memberi sepenuh fokus terhadap saingan Liga Super selepas ini. Menurut Rezal Zambery, para pemain Kelantan […]

PM Arah PDRM Siasat Rapi Kes Simbah Asid Faisal Halim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan siasatan rapi terhadap kes simbah asid bintang Selangor FC, Faisal Halim. Nama pemain sayap kebangsaan itu menjadi bualan ramai pihak apabila disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali di Lembah Klang pada awal Mei lalu. Situasi itu menyebabkan Faisal terpaksa melalui empat pembedahan […]

Kekalahan PDRM Buka Mata Kelab Liga Super Hadapi Pasukan Liga A1 Semi Pro

Kekalahan mengejut PDRM FC di tangan Malaysia University dalam saingan Piala FA semalam membuka mata semua kelab Liga Super. Ini kerana ini menunjukkan cabaran yang dibawa pasukan Liga A1 Semi Pro yang bertanding dalam saingan piala berkenaan tidak patut dipandang enteng. Saingan Liga A1 Semi Pro musim 2024/25 menyaksikan 15 pasukan bersaing termasuk juara liga […]

Piala FA: Malaysian University Cipta Sensasi Kejutkan PDRM

Pasukan dari Liga A1 Semi Pro, Malaysian University berjaya menewaskan cabaran PDRM untuk melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA 2024/2025. P. Maniam merehatkan barisan pemain utama seperti Fadi Awad, Bruno Suzuki dan Bryan See untuk memberikan kepercayaan kepada barisan kedua pasukan seperti Iqbal Azmi, Ashraf Kamal, Zuhair Aizat serta Shafizi Iqmal. Malaysian University pula […]

Kelibat Alfi Rasid Kembali Dikesan Selepas Tinggalkan Kedah

Kelibat bekas pemain Kedah Darul Aman FC B (KDA FC B), Alfi Rasid kembali dikesan selepas satu musim berjuang bersama skuad Sang Kenari di Piala MFL musim lalu. Alfi yang juga adik kepada bintang Terengganu FC, Safawi Rasid kini sah mewakili PDRM FC U23 yang beraksi dalam saingan Piala MFL. Pemain berusia 23 tahun itu […]

Polis Kawal Ketat Latihan Harimau Malaya

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal ketat sesi latihan Harimau Malaya. Skuad kendalian Kim Pan-gon telah memulakan latihan hari pertama dengan beberapa pemain masih belum tiba. Suasana latihan juga berlangsung sedikit serius dengan kawalan keselamatan dipertingkatkan bagi semua pemain. Harimau Malaya bakal mengharungi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. […]

Liga Super: Aksi Sengit Paksa PDRM & Penang Berkongsi Mata

PDRM dan Penang meraih keputusan seri di Stadium Selayang untuk perlawanan minggu ketiga Liga Super 2024/2025. Skuad kendalian P. Maniam turun dengan semangat baru setelah meraih kemenangan dramatik ke atas Perak tempoh hari dan mengekalkan beberapa pemain utama seperti Fadi Awad, Ifedayo Olusegun dan Bruno Suzuki. Penang yang masih mencari kemenangan pertama liga mempertaruhkan pemain […]

PDRM Tak Risau Hilang Import, Kualiti Tonggak Tempatan Jadi Taruhan

Pengendali PDRM FC, P. Maniam melihat pasukan itu mampu tampil cemerlang meskipun tempang tanpa beberapa tonggak import. Kemenangan dramatik 3-2 PDRM ke atas Perak FC pada minggu lepas terpaksa dibayar dengan harga mahal. Ini selepas dua tonggak import The Cops, Chidi Osuchukwu dan Prince Aggreh terpaksa disisihkan kerana mengalami kecederaan. Meskipun mengakui pasukannya sedikit tempang […]

“Saya Tidak Pernah Sahkan Faisal Halim Naik Toyota Vellfire” – Ketua Polis Negara

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan beliau tidak pernah menyebut pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim menaiki Toyota Vellfire. Sebelum ini, satu laporan yang tular mengatakan Faisal menaiki kenderaan tersebut apabila menjadi mangsa simbahan asid dalam satu insiden di Lembah Klang pada 5 Mei lalu. Walau bagaimanapun, video rakaman litar tertutup (CCTV) yang tular […]

Polis Sahkan Video Simbah Asid Faisal Halim Adalah Benar

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden Faisal Halim disimbah asid adalah benar. Sebelum ini, satu rakaman video CCTV yang dikongsikan OneFootball berkenaan insiden tersebut tular di media sosial. Menerusi rakaman video tersebut, Faisal disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali sebelum suspek melarikan diri dengan membonceng motor […]

Manzoor Azwira Mahu Cungkil Lebih Ramai Bakat Muda Penang Ke Liga Super

Ketua jurulatih Penang FC II, Manzoor Azwira memiliki matlamat yang besar untuk mencungkil lebih ramai bakat muda Penang ke pentas Liga Super. Skuad Penang FC II tewas tipis 1-2 kepada PDRM FC dalam aksi pertama Piala MFL namun Manzoor Azwira kekal optimis dengan kemapuan pemain muda Penang. Jurulatih berusia 48 tahun itu mahu mempromosikan pemain […]

P. Maniam Optimis Dengan Kemampuan PDRM Kejar Objektif Liga Super

Jurulatih PDRM FC, P. Maniam yakin dengan kemampuan pasukan itu untuk mencabar kedudukan lebih baik dalam liga sepanjang musim 2024/25. Keyakinan itu dilaungkan selepas melihat anak buahnya mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas Perak FC di Stadium Perak pada Sabtu lepas. Bekas penyerang Selangor FC, Ifedayo Olusegun meledakkan dua gol untuk The Cops. Sementara satu […]