Pau Marti Sahut Cabaran Pacu Malaysia Di Laman Lawan

Pengendali skuad senior Malaysia, Pau Marti Vicente sedia menyahut cabaran meraih kemenangan di tempat lawan. Harimau Malaya meraih kemenangan dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang Laos pada 14 November lalu. Harith Haiqal Adam Afkar, Stuart Wilkin dan Sergio Aguero mencetak nama sebagai penjaring. Kemenangan ini sekaligus melebarkan lagi rekod kemenangan Malaysia ke atas Laos sejak tahun […]

Pau Marti Puas Hati, Gembira Beri Debut Kepada 3 Pemain

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente berpuas hati kerana dapat memberi penampilan pertama kepada tiga pemain dalam aksi menentang Laos. Jurulatih Sepanyol itu memberi peluang kepada Zhafri Yahya, Fergus Tierney dan Fazrul Amir Md. Zaman membuat penampilan pertama di peringkat antarabangsa. Zhafri beraksi dalam kesebelasan utama bersama Paulo Josue dan Nooa Laine di bahagian tengah. […]

Pau Marti Buru Kemenangan Menentang Laos

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente berharap dapat melihat pasukan itu kembali mendapat rentak kemenangan bila bertemu Laos. Sejak tewas kepada Oman dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada Mac lalu, skuad negara kekal tanpa kalah dalam empat perlawanan. Ini termasuk kejayaan menewaskan Lubnan di peringkat akhir Pestabola Merdeka 2024. Walau bagaimanapun, rekod tersebut musnah […]

Pau Marti: Aksi Lawan New Zealand Jadi Pengajaran

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente menyifatkan aksi persahabatan menentang New Zealand pada Oktober lalu memberi pengajaran berguna buat pasukan itu. Malaysia mengharungi satu aksi persahabatan antarabangsa di Auckland pada bulan tersebut dengan All Whites. Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu sejak Februari 2006. Keinginan Harimau Malaya mengulangi kejutan menewaskan New Zealand pada 1999 tidak […]

Pau Marti: New Zealand Pasukan Terkuat Kami Hadapi

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mengakui New Zealand merupakan pasukan terkuat yang dihadapi pasukan itu pada tahun 2024. Skuad negara turun menentang New Zealand di Auckland pada 14 Oktober lalu untuk aksi persahabatan antarabangsa pertama kedua-dua negara sejak 2006. Meskipun berjaya mengekang All Whites pada separuh masa pertama, skuad negara terpaksa akur dengan kehebatan […]

Pau Marti: Malaysia Terima Pengajaran Berguna Hadapi New Zealand

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente menyifatkan kekalahan 4-0 kepada New Zealand banyak memberi pengajaran kepada pasukan itu. Malaysia dan All Whites berentap di Stadium North Harbour, Auckland untuk aksi persahabatan antarabangsa pertama sejak tahun 2006. Selepas berjaya merantai pasukan Oceania itu pada babak pertama, New Zealand yang dibimbing Darren Bazeley menyumbat empat gol pada […]

Pau Marti: Malaysia Berpeluang Cipta Sejarah

Pengendali skuad kebangsaan Malaysia, Pau Marti Vicente melihat aksi menentang New Zealand sebagai peluang menempa nama dalam catatan sejarah bola sepak negara. Selepas diikat 1-1 dengan kelab baru A-League, Auckland FC pada 11 Oktober lalu, kini fokus Harimau Malaya tertumpu pula kepada aksi persahabatan antarabangsa dengan All Whites. Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu sejak […]

Asmawi Bakiri: Pau Marti Kena Ada Identiti Sendiri

Bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri melihat Pau Marti Vicente perlu lari daripada bayang-bayang Kim Pan-gon dan mencipta identitinya sendiri sebagai ketua jurulatih. Selepas menggalas peranan sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya menggantikan Pan-gon, pengendali Sepanyol itu telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Selain membantu skuad negara menjuarai Pestabola Merdeka 2024, Pau Marti turut membantu menamatkan rekod buruk […]

Pau Marti Sedar Tugas Besar Hadapi New Zealand

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente menyifatkan aksi persahabatan menentang New Zealand sebagai tugasan mencabar buat pasukan itu. Ini kali pertama skuad negara berentap dengan pasukan yang menduduki ranking ke-95 dunia itu sejak 23 Februari 2006. Menariknya, aksi persahabatan edisi 2024 diadakan di lokasi sama kedua-dua pasukan berentap iaitu Stadium North Harbour, Auckland. Aksi pada […]

Harimau Malaya Ke New Zealand Tanpa Dion Cools

Harimau Malaya bakal berhadapan cabaran pasukan ke-95 dunia, New Zealand tanpa kelibat kapten, Dion Cools. Sebelum ini, nama pemain pertahanan berusia 28 tahun itu tersenarai dalam senarai 27 pemain yang dipanggil pengendali skuad negara, Pau Marti Vicente. Ramai penyokong negara tidak sabar melihat kelibat Cools. Ini disebabkan beliau memberi impak besar kepada kelab gergasi Thailand, […]

Pemain 19 Tahun Jadi Taruhan Malaysia Hadapi New Zealand

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente membuat kejutan dengan memanggil tonggak tengah skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19), Haykal Danish Mohd Haizon. Haykal menjadi sebahagian daripada 27 pemain yang dipanggil jurulatih Sepanyol itu untuk aksi persahabatan antarabangsa menentang New Zealand. Pemilihan pemain tengah Selangor B-23 itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Haykal antara tonggak muda […]

Pau Marti Positif Bertemu New Zealand

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente bersikap positif tentang aksi persahabatan pasukan itu dengan wakil Oceania, New Zealand. Skuad senior negara bakal berangkat ke New Zealand untuk aksi persahabatan antarabangsa dengan All Whites pada 14 Oktober ini. Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu sejak kali terakhir melakukannya pada 23 Februari 2006. Menariknya, aksi terakhir […]

Hamidin: Beri Pau Marti Peluang

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berharap penyokong Harimau Malaya dapat memberi peluang kepada pemangku ketua jurulatih, Pau Marti Vicente. Jurulatih Sepanyol itu dipilih FAM untuk menggalas peranan berkenaan. Ini selepas jurulatih sebelumnya, Kim Pan-gon memutuskan untuk berundur sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada Julai lalu. Meskipun sebelum ini menggalas peranan […]

Hamidin Puji Impak Segera Pau Marti

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin memuji impak segera yang dibawa Pau Marti Vicente kepada Harimau Malaya. Selepas diumumkan sebagai pemangku jurulatih pasukan itu susulan pemergian Kim Pan-gon, jurulatih Sepanyol itu fokus mencorak resepi terbaik untuk Pestabola Merdeka 2024. Hasilnya, skuad negara mengakhiri penantian 11 tahun bergelar juara Pestabola Merdeka […]

Safawi Rasid Akui Pemain Selesa Ikut Taktikal Pau Marti

Kapten Terengganu FC, Safawi Rasid mengakui barisan pemain Harimau Malaya selesa mengikuti arahan taktikal Pau Marti Vicente. Jurulatih Sepanyol itu menggalas peranan sebagai pemangku jurulatih selepas jurulatih sebelumnya, Kim Pan-gon meletak jawatan pada Julai lalu. Dan Pau Marti lulus ujian pertamanya selaku pengendali Harimau Malaya apabila skuad negara menewaskan Filipina 2-1 pada 4 September lalu. […]

Pestabola Merdeka: Darren Lok Akui Saingan Sengit Rebut Posisi Penyerang

Penyerang berbisa Sabah, Darren Lok akui saingan merebut posisi penyerang skuad negara semakin sengit kali ini.  Pemain berusia 33 tahun ini optimis tetap akan berikan yang terbaik sama ada dalam kesebelasan utama ataupun turun sebagai pemain gantian. Beliau yang baru sahaja pulih dari kecederaan tempoh hari percaya boleh buktikan sesuatu kepada pasukan negara.   “Saya […]