Media Vietnam Bocorkan Gaji Quang Hai Selepas Tinggalkan Pau FC

Pemain bintang Vietnam, Nguyen Quang Hai telah kembali ke kancah bola sepak Vietnam selepas meninggalkan kelab Perancis, Pau FC pada Julai lalu. Karier selama satu tahun Quang Hai di Perancis tidak seperti yang diharapkan apabila khidmatnya banyak digunakan bersama skuad simpanan sahaja berbanding skuad utama yang beraksi di Liga 2 Perancis. Baru-baru ini media Vietnam […]
Quang Hai Kembali Ke Vietnam, Sertai Hanoi Police FC

Bintang Vietnam, Nguyen Quang Hai sah kembali beraksi di V-League bersama pasukan Hanoi Police FC. Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab di laman Facebook dimana pemain berusia 26 tahun ini akan menandatangani kontrak selama setahun setengah. Sebelum ini, ejen Quang Hai, Michelle Fersini mengesahkan bahawa pemain sayap itu telah menamatkan kontrak dengan persetujuan bersama kelab […]
Quang Hai Tamatkan Kontrak Bersama Pau FC

Selepas berdepan masalah jarang diturunkan dalam kesebelasan utama Pau FC musim ini, derita Nguyen Quang Hai kini berakhir. Ini selepas ejennya, Michelle Fersini mengesahkan kedua-dua pihak bersetuju menamatkan kontraknya secara persetujuan bersama. Hal sama turut dinyatakan dalam kenyataan rasmi Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) yang dibuat semalam di Facebook. “Mengikut maklumat wakil Nguyen Quang Hai, […]
Pau Tiada Jawapan Mengenai Masa Depan Quang Hai Di Perancis

Selepas jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama Pau, masa depan Nguyen Quang Hai bersama kelab Ligue 2 itu kelihatan tidak menentu. Bagaimanapun, usaha ejennya, Michele Donato Fersini mendapatkan kepastian tentang masa depan kliennya itu tidak berhasil. Fersini dikatakan telah mengatur satu pertemuan dengan pengurusan Pau pada 14 April lalu bagi membincangkan isu berkenaan. Malangnya, ia […]
Quang Hai Bakal Tinggalkan Perancis, Sertai Liga Thailand?

Selepas disingkirkan ke pasukan Pau FC B, ramai merasakan pengembaraan pemain tengah Vietnam, Nguyen Quang Hai di Perancis akan berakhir. Justeru, tidak hairanlah salah satu khabar angin perpindahan membabitkannya ialah perpindahan ke Thai League 1. Khabar angin ini timbul susulan interaksi antara ejen Quang Hai, Michele Donato Fersini dengan seorang peminat berkenaan destinasi terbaru bekas […]
Presiden Pau: Kami Bawa Masuk Quang Hai Hanya Untuk Buat Duit

Presiden Pau FC, Bernard Laporte-Fray mengakui kemasukan Nguyen Quang Hai hanyalah untuk tujuan pemasaran. Sejak berkelana di Perancis bersama Pau FC, pemain berusia 25 tahun itu bergelut untuk mencari rentak dan minit permainanan apabila hanya berjaya menjaringkan satu gol daripada 13 penampilan. Presiden Pau mahu Quang Hai untuk menjadi seperti bintang dunia, Lionel Messi. Namun, […]
Agen Nguyen Quang Hai Berang Dengan Pau

Selepas lapan bulan menyertai Pau FC, Nguyen Quang Hai dikatakan berdepan kesukaran untuk menembusi skuad utama Pau yang beraksi dalam saingan Liga 2 Perancis itu. Lebih memeritkan apabila Quang Hai hanya beraksi satu minit dalam lima perlawanan terakhir Pau. Agen Quang Hai, Fersini Michele Donato mengakui ada meminta Quang Hai meninggalkan pasukan utama bagi membolehkan […]
Quang Hai Diturunkan Ke Divisyen 5 Perancis

Bintang muda Vietnam, Nguyen Quang Hai difahamkan telah beraksi bersama pasukan B Pau FC yang bermain dalam saingan Divisyen kelima Liga Perancis. Selepas kurang mendapatkan tempat dalam skuad, pihak kelab telah menghantar beliau ke sana secara pinjaman untuk memberikan lebih minit permainan seperti yang dilaporkan The Thao. Bersama skuad senior, Quang Hai hanya beraksi sebanyak […]
Jurulatih Pau Akui Quang Hai Bukan Messi

Pengendali Pau FC, Didier Tholot merasakan sesuatu yang pelik apabila ada yang menyamakan Nguyen Quang Hai seperti bintang bola sepak dunia, Lionel Messi. Malah pada pendapat Tholot, gaya permainan Quang Hai lebih sama dengan bekas pemain kebangsaan Perancis, Mathieu Valbuena. “Saya tahu Quang Hai adalah bintang di Vietnam. Saya telah dimaklumkan mengenai perkara ini sejak […]
Quang Hai Tapau Debut Pau

Pemain muda Vietnam yang berpangkalan di Eropah, Nguyen Quang Hai berjaya mencetak gol pertamanya dalam aksi perlawanan persahabatan bersama Pau FC ketika menentang Landes kelmarin. Pemain muda berbakat ini telah diturunkan dalam kesebelasan utama dan menjaringkan gol kedua buat pasukan pada minit ke-23 permainan. Perlawanan persahabatan tersebut tamat dengan keputusan 5-0. Jaringan ‘trademark’ yang dihasilkan […]
Jurulatih Pau Minta Quang Hai Sabar & Terima Hakikat

Jurulatih pasukan Pau, Didier Tholot berpendapat bahawa Quang Hai perlu diberikan ruang dan masa untuk menyesuaikan diri di tempat baharu. Jurulatih tersebut menegaskan bahawa jangan terlalu awal meletakkan harapan yang tinggi kepada bintang Vietnam ini kerana ia merupakan tahun pertamanya beraksi di pentas Eropah. “Adalah tidak realistik untuk mengharapkan Quang Hai mempamerkan prestasi hebat dan […]
“Tak Kisah Kerja Keras Dan Bermula Semula”, Nguyen Quang Hai Hampir Pasti Sertai Pau FC Dalam Ligue 2

Pemain sensasi Vietnam, Nguyen Quang Hai dilaporkan hampir pasti mengesahkan akan menyertai kelab Pau FC yang beraksi dalam saingan Ligue 2 di Perancis. Menurut laporan yang dipetik dari ZingNews, Nguyen Quang Hai akan diumumkan secara rasmi sebagai pemain Pau FC selepas lulus ujian perubatan yang dilakukan semalam dan akan muncul sebagai pemain Vietnam pertama beraksi […]