4 Import Liga Super Berpotensi Dinaturalisasi Menjelang 2025

Sekurang-kurangnya empat pemain import Liga Super Malaysia berpotensi untuk dinaturalisasikan kelab masing-masing menjelang tahun 2025. Seperti mana yang diketahui proses naturalisasi memerlukan seseorang pemain import itu beraksi di Malaysia untuk tempoh lima tahun berturut-turut. Park Tae-su (Sabah FC) Kapten pasukan Sabah ini sememangnya sudah boleh dinaturalisasikan apabila beliau sudah beraksi bersama Sabah sejak Januari 2019 […]
Pra-Musim: Sabah Seri Berdepan Kuching City

Aksi Piala Sabah Maju Jaya malam ini menyaksikan pertembungan Borneo Derby iaitu Sabah FC menentang Kuching City berakhir dengan keputusan seri. Sabah terus mengekalkan khidmat pemain import, Park Tae Sue bagi mengetuai pasukan sementara Kuching City dipimpin oleh pemain berpengalaman, Danial Amier di jentera tengah pasukan. Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk […]
Park Tae-su: Janganlah Hanya JDT Saja

Ketua pasukan Sabah FC, Park Tae-su mengajak seluruh peminat pasukan Sabah turun membanjiri stadium dalam setiap perlawanan melibatkan skuad The Rhinos. Park Tae-su memuji pengorbanan penyokong-penyokong yang berjaya menghabiskan kuota jualan tiket bagi aksi Sabah menentang JDT. Beliau bagaimanapun menyeru penyokong untuk datang ke stadium dalam semua aksi, bukan sahaja ketika bertemu JDT. “Wow, mantap. […]
Ketiadaan Penyerang Tulen Jejaskan Permainan Sabah FC

Susulan kekalahan 1-0 di tangan PDRM FC semalam, itu merupakan kekalahan ketiga Sabah FC dalam semua kejohanan. Bagi Nizaruddin Yusof, beliau melihat ketiadaan penyerang tulen di bahagian serangan menjejaskan rentak permainan pasukan itu. Selepas penyerang kebangsaan, Darren Lok terpaksa diketepikan akibat kecederaan, pengendali skuad Badak, Datuk Ong Kim Swee meletakkan kapten Baddrol Bakhtiar di posisi […]
Liga Super: Sabah Mudah Atasi Cabaran Perak

Sabah kembali mencatat kemenangan dalam Liga Super di hadapan para penyokong mereka di Stadium Likas hari ini. Ini selepas anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee membenam Perak 3-1. Dengan The Bos Gaurus masih dihantui kekalahan besar 4-0 di tangan Selangor beberapa hari lepas, Sabah tahu anak-anak buah Datuk Lim Teong Kim boleh menjadi mangsa belasahan […]
“Dia Jahat” – Telatah Park Tae-soo Berbahasa Malaysia

Telatah pemain import Sabah, Park Tae-soo ketika berbahasa Malaysia menarik perhatian peminat bola sepak Malaysia. Dalam satu hantaran daripada Sabah, pemain kelahiran Korea Selatan ini dilihat sedang mencari rakan sepasukannya yang telah menolaknya hingga jatuh ke dalam kolam. Amri Yahya dan Rizal Ghazali antara dua pemain yang disyaki oleh Park Tae-soo. Gaya dan intonasi pemain […]
Kontrak Park Tae-su Dilanjutkan 2 Tahun Lagi

Pemain kelahiran Korea Selatan, Park Tae-su difahamkan sudah menandatangani kontrak baharu dua tahun bersama Sabah FC. Perkara ini disahkan melalui satu hantaran di sosial media Sabah di Instagram yang menyatakan bahawa pemain import itu akan kekal sehingga 2024. Pemain tengah berusia 32 tahun ini menyertai Sabah pada 2019 dan pada musim itu beliau antara pemain […]
Liga Super: Ledakan Park Tae-su Ranapkan Impian Melaka United

Aksi ketiga saingan Liga Super 2022 menyaksikan pertembungan di antara pasukan Melaka United menentang Sabah FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat itu berkesudahan dengan kemenangan buat pasukan Sabah FC. Babak separuh masa pertama bermula dengan asakan daripada kedua-dua pasukan. Pasukan tuan rumah dilihat lebih berhati-hati ketika merencanakan asakan sementara Sabah FC konsisten mendominasi […]
Park Tae-Su Anggap Bahasa Melayu Lambang Cinta Kepada Malaysia

Dalam satu temubual di Youtube MFL, pemain import Sabah FC, Park Tae-Su telah berkongsi sedikit sebanyak tentang perjalanan dan kariernya sebagai pemain bola sepak professional di Malaysia. Park Tae-Su sebelum ini menjadi bualan hangat rakyat Malaysia apabila beliau dilihat sangat fasih berbahasa melayu. Setelah tiga tahun menetap di Malaysia, pemain berusia 31 tahun itu menyatakan […]
FIFA Anggap Gol Park Tae-su Dalam Saingan Piala Malaysia Berkelas Dunia

Badan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini telah memuat naik satu ciapan di laman sosial rasmi mereka mengenai satu jaringan luar biasa yang mewarnai pertembungan antara PJ CIty FC menentang pasukan Sabah FC. Menurut satu ciapan yang dimuat naik oleh FIFA di akaun twitternya, gol tersebut dianggap sebagai satu gol yang sangat menakjubkan telah […]