“Kelantan DN Tak Boleh Terlalu Hormat JDT” – Park Jae-hong

Pengendali Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Park Jae-hong mahu anak buahnya tidak terlalu menghormati lawan mereka, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Kelantan DN berdepan tugas sukar menentang JDT. Ini kerana pasukan itu bukan saja masih segar daripada mengecapi kemenangan 5-0 ke atas Penang FC pada 12 September lalu. Malah, Harimau Selatan menampilkan prestasi […]

Kelantan DN Bakal Tampil Penuh Kelainan

Pengendali Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Park Jae-hong percaya pasukannya bakal memberi saingan berbeza dengan kehadiran lima pemain baru. Selepas tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) dibuka pada 26 Ogos lalu, Kelantan DN menjadi antara pasukan yang sibuk mendapatkan pemain baru. Lima pemain sah menyertai pasukan Pantai Timur itu. Mereka ialah Layth Kharoub, […]

Liga Super: Kuching City Pintas Sabah Setelah Tumbangkan Kelantan DN

Kuching City terus mempamerkan aksi positif apabila berjaya menumbangkan cabaran Kelantan Darul Naim untuk mendaki tangga ke-4 Liga Super. Aidil Sharin mempertaruhkan barisan pemain terbaik bagi aksi yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak seperti Danial Amier, Tchetche Kipre, Jordan Mintah, Rodney Celvin dan Petrus Shitembi. Kelantan DN yang dibimbing oleh Park Jaehong pula dibarisi pemain […]

Park Jae-hong Sedia Berkorban Demi Kelantan DN

Pengendali Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Park Jae-hong sedia berkorban demi membantu pasukan itu kembali meraih keputusan positif di atas padang. Sejak meraih kemenangan ke atas PDRM FC pada 23 Jun lalu, pasukan itu bergelut merekodkan prestasi memberangsangkan dalam liga. Terbaru, Kelantan DN terpaksa akur apabila tewas 2-0 kepada Selangor FC dalam aksi terbaru […]

Liga Super: Penang Hantar Kelantan DN Ke Tangga Tercorot Liga

Penang gah menundukkan cabaran Kelantan DN di Stadium Bandaraya Pulau Pinang untuk meraih tiga mata berharga dalam saingan Liga Super. Akmal Rizal mempertaruhkan khidmat pemain utama seperti Nik Akif Syahiran, Syamer Kutty Abba, Khairu Azrin, Neto, Adib Ra’op manakala Rafael Vitor memakai lilitan kapten pasukan. Kelantan DN turun dengan misi untuk bangkit setelah tewas di […]

Presiden Kelantan Darul Naim Sedia Lakukan Perubahan Drastik

Presiden Kelantan Darul Naim FC, Rozi Muhamad bersedia untuk melakukan beberapa perubahan dengan segera bagi memperbaiki prestasi pasukan. Terdahulu Kelantan DN terpaksa akur tewas 1-3 kepada Perak digelanggang sendiri sekaligus merekodkan kekalahan kelima dalam 6 perlawanan Liga Super. Malah Kelantan DN bergelut untuk menjaringkan gol apabila mencatat 4 gol dalam 6 perlawanan selain tersingkir awal […]

Liga Super: Perak Calar Maruah Kelantan DN Di Kota Bharu

Kelantan Darul Naim merekodkan kekalahan kelima Liga Super musim ini setelah tewas dengan jaringan 3-1 kepada Perak. Hujan lebat membasahi gelanggang keramat Kijang Emas di Stadium Sultan Muhammad IV sehingga perlawanan terpaksa ditunda selama hampir satu jam. Park Jaehong memberikan kepercayaan kepada Khatul Anuar untuk menjaga gawang gol Kelantan Darul Naim bersama-sama barisan pemain lain […]

Rezal Zambery: Rehat Panjang Jejas Momentum Kelantan DN

Penolong ketua jurulatih Kelantan Darul Naim, Rezal Zambery Yahya mengakui momentum anak buahnya sedikit terjejas sewaktu aksi menentang Kedah Darul Aman. Kelantan DN tewas 3-0 ke atas Kedah di gelanggang lawan hasil jaringan Rizal Ghazali, Syafiq Ahmad dan Sony Norde sekaligus merekodkan kekalahan keempat pasukan dalam saingan Liga Super. Rizal Zambery berpandangan prestasi pemain Kelantan […]

Liga Super: Kedah Darul Aman Pamer Taring Tewaskan Kelantan DN

Kedah Darul Aman cemerlang mengalahkan cabaran Kelantan Darul Naim di gelanggang keramat Stadium Darul Aman dengan jaringan 3-0. Skuad kendalian Nafuzi Zain dibarisi pemain-pemain hebat seperti Syafiq Ahmad, Rizal Ghazali, Habib Haroon, Sony Norde dan Irfan Zakaria. Park Jaeh-hong pula memberikan kepercayaan kepada pemain seperti Oday Kharoub, Valdumar, Nasrol Amri, Mior Dani dan Kyeonghwan untuk […]

Jurulatih Kelantan DN Terima Amaran Keras

Barisan kejurulatihan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) yang diketuai Park Jae-hong menerima amaran keras daripada presiden kelab, YB Rozi Muhamad menjelang aksi Liga Super menentang PDRM FC malam ini. Rozi berpendapat sudah tiba masanya peningkatan prestasi harus dilakukan dengan kadar segera bermula dengan perlawanan bertemu PDRM. “KDN FC memandang serius keputusan setiap perlawanan dimana […]

Rezal Zambery Mahu Kelantan DN Fokus Raih Mata Pertama Liga Super

Penolong ketua jurulatih Kelantan Darul Naim FC, Rezal Zambery Yahya mengakui penting untuk pasukannya meraih mata pertama dalam saingan Liga Super untuk terus kekal bersaing. Kelantan DN yang disingkirkan oleh JDT dalam kancah Piala FA menyaksikan skuad Kijang Emas akan memberi sepenuh fokus terhadap saingan Liga Super selepas ini. Menurut Rezal Zambery, para pemain Kelantan […]

Park Jae-hong Akui Pelan Kelantan DN Tidak Berjaya

Ketua jurulatih Kelantan Darul Naim FC, Park Jae-hong akur dengan kekalahan skuad bimbingannya kepada Terengganu akibat percaturan taktikal yang tidak menjadi. Beliau yang ditemui selepas perlawanan menentang Terengganu pada Jumaat berkata bahawa skuad Penyu sememangnya lawan yang sukar ditambah pula bermain di laman mereka sendiri. Mengenai insiden sepakan penalti yang dihadiahkan oleh Video Bantuan Pengadil […]

Siaran Langsung Liga Super: Sri Pahang vs Kelantan Darul Naim (Live Streaming)

Pertembungan antara dua pasukan Liga Super bagi aksi pertama musim baharu ini, Sri Pahang dan juga Kelantan Darul Naim yang akan berlangsung dengan cukup sengit pada malam ini. Jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad masih berteka-teki siapa 11 pemain terbaik yang akan diturunkan bagi perlawanan malam ini. Kelantan Darul Naim ketika ini berada dalam momentum terbaik […]

Berita Kelantan Jadi Bualan Orang Korea

Nama pasukan Pantai Timur, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) menjadi bualan di Korea Selatan baru-baru ini. Ini selepas pasukan itu mengumumkan perlantikan Park Jae-hong sebagai jurulatih baru Kijang Emas untuk musim 2024/25. Perlantikan bekas jurulatih kelab K3 League, Yangju Citizen itu mendapat perhatian di negara itu menerusi satu artikel yang disiarkan di portal Goal […]

Park Jae-hong Sah Jurulatih Baharu Kelantan

Spekulasi tentang siapa jurulatih baru Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) akhirnya terjawab apabila Park Jae-hong diumumkan sebagai jurulatih baru pasukan itu. Perlantikan jurulatih Korea Selatan berusia 45 tahun itu diumumkan pengurusan Kijang Emas di platform media sosial rasmi mereka semalam. Ini menjadikan Jae-hong sebagai jurulatih Korea ketiga yang melatih pasukan di Malaysia selepas Kim […]