Park Hang-seo Marah Vietnam Tewas Kepada Indonesia

Walaupun tidak lagi bergelar jurulatih Vietnam, Park Hang-seo sentiasa mengikuti perkembangan pasukan lamanya itu. Jadi, tidak hairanlah jurulatih Korea Selatan itu naik angin apabila Naga Emas tewas kepada Indonesia di pentas separuh akhir Sukan SEA 2023 semalam. Perlawanan semalam menyaksikan anak-anak buah Indra Sjafri terpaksa bekerja keras sebelum mendapatkan kemenangan 3-2. Selain itu, mereka juga […]

Park Hang-seo Percaya Van Toan Boleh Berjaya Di K-League 2

Walaupun Seoul E-Land tewas 3-2 kepada Chungbuk Cheongju, penyerang mereka dari Vietnam, Nguyen Van Toan sudah menunjukkan bisanya dengan menjaringkan satu gol. Bagi bekas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo, beliau percaya bekas anak buahnya itu mampu berjaya di K-League 2. Kenyataan ini keluar selepas wujud cakap-cakap yang mengatakan Van Toan tidak beraksi cemerlang dalam perlawanan tersebut. […]

Vietnam Dah Jumpa Pengganti Park Hang-seo

Vietnam dilihat tidak perlu masa yang lama bagi mencari pengganti sesuai buat Park Hang-seo sebagai jurulatih skuad kebangsaan negara itu. Difahamkan, pengendali berpengalaman dari Perancis, Philippe Troussier akan mengambil alih tugas tersebut. Berita tersebut telah diketahui oleh sumber yang merupakan bekas pembantu Troussier ketika kedua-dua mereka berkhidmat di Vietnam sebelum ini. Pengumuman rasmi akan dibuat […]

Dulu Park Hang-seo Sanggup Tinggalkan Vietnam Untuk Malaysia

Bekas ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo dilaporkan pernah menawarkan diri kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengemudi skuad kebangsaan Malaysia. Pengendali berusia 65 tahun itu telah bersama pasukan kebangsaan Vietnam hampir 5 tahun dan membawa era kegemilangan kepada bola sepak di sana. Namun begitu, beliau difahamkan amat berminat untuk mengisi kekosongan jawatan pengendali Harimau Malaya […]

Ucapan Perpisahan Mano Polking Buat Park Hang-seo Amat Menyentuh Hati

Tamatnya final Piala AFF 2022 bukan sekadar menyaksikan Thailand bergelar juara buat kali ketujuh. Tetapi itu juga perlawanan terakhir Park Hang-seo sebagai jurulatih Vietnam – satu hakikat yang disedari jurulatih Gajah Perang, Mano Polking. Justeru, tidak hairanlah mengapa jurulatih Thailand berdarah Brazil-Jerman itu menyifatkan legasi yang ditinggalkan Hang-seo amat besar bukan saja di Vietnam tetapi […]

Park Hang-seo Nafi Ke Indonesia

Bekas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo menafikan khabar angin yang mengaitkan beliau ke Indonesia. Bakal menamatkan kontrak bersama skuad kebangsaan Vietnam secara sah pada 31 Januari kelak, destinasi Park Hang-seo menjadi tanda tanya ramai pihak. Sememangnya khidmat jurulatih berusia 65 tahun itu ditagih banyak pasukan susulan kemenjadian dan kecemerlangan kariernya mengendalikan Vietnam. Baru-baru ini ada khabar […]

Park Hang-seo Terima Hadiah Perpisahan Luar Biasa

Bekas ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo telah menerima hadiah perpisahan yang cukup luar biasa. Setelah diumumkan secara sah meninggalkan skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo telah dianugerahkan tiket Business Class seumur hidup daripada Vietnam Airlines. Vietnam Airlines memberikan tajaan seumur hidup tersebut sebagai tanda apresiasi atas khidmat serta sumbangan beliau kepada negara. Sejak mengendalikan Vietnam pada […]

“Saya Tak Hebat” – Park Hang-seo

Kekalahan kepada Thailand pada aksi final Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 ternyata membuatkan jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mengakhiri tugasan terakhir selaku pengendali ‘Sang Naga Emas’ itu dengan kurang sempurna. Mengulas mengenai perlawanan akhir semalam, Park Hang-seo mengakui dirinya tidak hebat dan itu yang menjadi faktor mengapa Vietnam tewas kepada Thailand. Di samping itu, pengendali dari […]

Park Hang-seo Mahu Halang Theerathon

Menjelang aksi final kedua Piala AFF 2022 Thailand-Vietnam malam ini, jurulatih Vietnam, Park Hang-seo melihat kapten skuad Gajah Perang, Theerathon Bunmathan sebagai ancaman besar kepada pasukannya. Kerisauan jurulatih berasal dari Korea Selatan itu ada asasnya. Ini kerana dari segi bantuan gol kejohanan, Theerathon mendahului dengan enam bantuan gol. Selain itu, bekas bek kiri Yokohama F. […]

Park Hang-seo Mengamuk Depan Muka Mano Polking

Final pusingan pertama Piala AFF 2022 Vietnam-Thailand berakhir dengan keputusan seri 2-2. Tetapi perlawanan semalam penuh dengan insiden termasuk tindakan jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mengamuk terhadap pengadil Korea Selatan, Ko Hyung-jin selepas tamat perlawanan. Selepas tamat perlawanan, Hang-seo dan jurulatih Thailand, Mano Polking bersalaman sebelum kemudiannya menuju ke arah pengadil perlawanan. Bekas jurulatih Jeonnam Dragons […]

Info Siaran Langsung Vietnam vs Thailand | Piala AFF 2022

Pertembungan antara pasukan Vietnam vs Thailand pada pentas akhir di Stadium Tamassat malam ini bakal menentukan siapa yang berkelebihan menjelang sepak mula final kedua kelak. Anak didik Mano Polking turun ke tempat lawan dalam momentum terbaik berbekalkan kemenangan yang diraih ke atas Malaysia dengan agregat 3-1. Vietnam sudah tentu ingin menebus kehampaan edisi lalu apabila […]

Park Hang-seo Mahu Balas Dendam Kepada Thailand

Final Piala AFF 2022 yang bermula malam ini bukan sekadar peluang Vietnam menjulang piala berprestij itu buat kali pertama sejak edisi 2018. Tetapi ia juga peluang buat jurulatih mereka, Park Hang-seo membalas dendam kekalahan pada Thailand dalam separuh akhir Piala AFF 2020. Dalam perlawanan tersebut, skuad Gajah Perang yang dibimbing Mano Polking menang 2-0 ke […]

Park Hang-seo Minta Bantuan Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mendedahkan bahawa beliau ada berhubung dengan jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menjelang pertemuan menentang Thailand esok. Beliau percaya Pan-gon mempunyai pengalaman luas bertemu pasukan Thailand. Bagi aksi separuh akhir yang lalu, Harimau Malaya tewas kepada Thailand dengan agregat 1-3. Harimau Malaya menang tipis (1-0) ketika di Stadium Bukit Jalil dan tewas […]

Shin Tae-yong Ada Sebab Enggan Bersalaman Dengan Park Hang-seo

Pengendali pasukan kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo ternyata punyai sebab tersendiri mengapa beliau mengelak untuk berjabat tangan dengan rakan sejawatnya yang membimbing skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong. Kedua-dua pengendali dari Korea Selatan itu dilihat mengelak untuk berjabat tangan selepas tamatnya perlawanan separuh akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang menemukan Indonesia dan Vietnam tempoh hari yang […]

Park Hang-seo Percaya Indonesia Tidak Sehebat Vietnam

Perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang menemukan Indonesia dan Vietnam telah pun berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan semalam. Perlawanan tersebut telah dilangsungkan di stadium keramat Sang Garuda iaitu Stadium Gelora Bung Karno. Namun disebalik keputusan seri tanpa jaringan itu, jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mengakui bahawa para pemainnya mempamerkan semangat juang […]

Park Hang-seo Berang Dengan Tindakan Indonesia

Perlawanan separuh akhir Piala AFF 2022 Indonesia-Vietnam dijangka panas esok. Ia bukan saja disebabkan isu keselamatan Stadium Gelora Bung Karno tetapi komen pedas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo terhadap tuan rumah yang mengubah waktu perlawanan esok. Sepatutnya, waktu perlawanan separuh akhir pertama ialah 8.30 malam. Tetapi Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mengubah waktu perlawanan dari 8.30 […]