Park Hang-seo Berteka-Teki Tentang Destinasi Baharu

Masa depan bekas pengendali Vietnam, Park Hang-seo masih belum terungkai ketika ini. Jurulatih berpengalaman itu masih tidak melatih mana-mana pasukan selepas meninggalkan skuad Bintang Emas pada Januari 2023. Hang-seo kini bergelar penasihat kepada kelab Bac Ninh di Vietnam namun difahamkan masih mencari destinasi terakhirnya dalam era kejurulatihan. Beliau sebelum ini dikaitkan ke India dan Kemboja […]
Hamidin: Park Hang-seo Salah Satunya

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa Park Hang-seo merupakan salah seorang calon jurulatih Malaysia. Skuad kebangsaan kini dibimbing oleh pengendali Sepanyol, Pau Marti Vicente beraksi cemerlang apabila menundukkan Lubnan untuk muncul juara Pestabola Merdeka 2024. Beliau bagaimanapun mahu memberikan ruang sepenuhnya buat Pau Marti untuk mengemudi skuad […]
FAM Sedia Bayar RM200,000 Buat Jurulatih Baharu Harimau Malaya

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sanggup berbelanja besar sehingga RM200,000 untuk mendapatkan jurulatih baharu Harimau Malaya. Pemergian Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon menyaksikan posisinya digalas oleh Pau Marti Vicente yang berjaya menjulang Pestabola Merdeka 2024. FAM menerusi satu kenyataan oleh Presidennya iaitu Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa beliau sedia mencari pengganti yang lebih […]
Ranking Vietnam Jatuh 21 Tangga Tanpa Park Hang-seo

Ranking pasukan kebangsaan Vietnam jatuh kira-kira 21 anak tangga selepas ketiadaan Ketua Jurulatih, Park Hang-seo. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu berkhidmat sejak September 2017 hingga Januari 2023 berjaya memberikan kesan besar kepada kedudukan skuad Bintang Emas. Hang-seo membantu Vietnam untuk melonjak hampir 35 anak tangga daripada kedudukan ke-130 untuk memasuki kelompok 100 terbaik dunia kurang […]
Ini Jumlah Gaji Park Hang-seo Ketika Jadi Jurulatih Vietnam

Jumlah gaji bekas Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mencuri tumpuan peminat. Baru-baru ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan bahawa pengendali berusia 66 tahun itu merupakan salah seorang calon jurulatih Harimau Malaya. “Park Hang-seo salah satu daripada calon jurulatih,” jelas Hamidin. “Saya telah buat kerja saya dan mendapatkan pandangan daripada […]
Ejen Park Hang-seo Sedia Berunding Dengan FAM

Ejen kepada Park Hang-seo sedia melakukan rundingan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mengenai peluang untuk melihat pengendali kelahiran Korea Selatan itu membimbing Harimau Malaya. Baru-baru ini, Presiden FAM iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan bahawa beliau telah meletakkan bekas jurulatih Vietnam itu sebagai salah […]
Park Hang-seo Dalam Radar Harimau Malaya

Bekas Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo dilaporkan berada dalam radar untuk memimpin Harimau Malaya. Perkara ini dikongsikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu sesi sidang media baru-baru ini. Katanya, pihak FAM berusaha keras untuk membawa masuk pengganti Kim Pan-gon namun memberi ruang buat pemangku Ketua Jurulatih, Pau Marti […]
Hamidin Janji Cari Pengganti Lebih Baik Berbanding Kim Pan-gon

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berjanji akan mencari calon lebih baik sebagai pengganti Kim Pan-gon. Terdahulu, jurulatih Korea Selatan itu membuat kejutan dengan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai jurulatih Harimau Malaya. Pan-gon berbuat demikian atas faktor peribadi. Susulan itu, FAM melantik jurulatih Sepanyol, Pau Marti Vicente sebagai pemangku jurulatih Harimau Malaya […]
Park Hang-seo Ke Malaysia

Bekas Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo telah datang ke Malaysia baru-baru ini. Berita ini dilaporkan oleh laman terkemuka Vietnam mengenai perjalanan pengendali berusia 66 tahun itu yang bakal ke Malaysia. Kedatangannya bukanlah bertujuan bola sepak tetapi bakal menerima anugerah di sini pada 22 Ogos lalu. Beliau dijangka bakal menghadiri Majlis Anugerah The BrandLaureate iaitu anugerah […]
Jasa Besar Park Hang-seo Kepada Kim Pan-gon

Bekas pengendali Vietnam, Park Hang-seo memiliki jasa besar kepada Kim Pan-gon. Kedua-duanya berasal dari Korea Selatan dan berjaya menembusi arena kejurulatihan Asia Tenggara. Pengendali berusia 67 tahun itu kini menjadi penasihat kepada kelab Divisyen Dua Vietnam, Bac Ninh FC sambil mencari destinasi terakhir dalam bidang kejurulatihan. Beliau sebelum ini dikatakan berminat untuk mengemudi pasukan kebangsaan […]
Park Hang-seo Cari Destinasi Terakhir

Bekas pengendali Vietnam, Park Hang-seo mencari destinasi terakhirnya sebelum bersara. Menerusi laporan dari media Korea iaitu News1, jurulatih berusia 68 tahun itu dikatakan mencari tugasan terakhir sebagai jurulatih skuad kebangsaan sebelum bersara. Perkara ini dimaklumkan oleh pengurusnya bahawa beliau mahu mencuba suatu tugasan baharu di samping melihat projek yang ditawarkan oleh mana-mana pasukan kebangsaan. Park […]
5 Calon Jurulatih Luar Negara Kemudi Harimau Malaya

5 calon jurulatih luar negara mula menjadi buah mulut penyokong Harimau Malaya ketika ini. Hal ini susulan pemergian Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon selepas 2 tahun 6 bulan mengemudi skuad kebangsaan. Tugasan skuad kebangsaan kini digalas oleh pemangku Ketua Jurulatih, Pau Marti Vicente bagi mengharungi dua kejohanan iaitu Pestabola Merdeka 2024 dan Piala AFF 2024. Berikut […]
Media Vietnam Kaitkan Park Hang-seo Calon Jurulatih Harimau Malaya

Media Vietnam kini mula mengaitkan nama Park Hang-seo sebagai calon Ketua Jurulatih Harimau Malaya. Hal ini susulan peletakan jawatan rakan senegara, Kim Pan-gon daripada tugasan kebangsaan beberapa hari lalu selepas dua tahun 6 bulan menggalas tugas. Laporan daripada Bongdaplus melaporkan bahawa Park Hang-seo berpotensi untuk menjadi antara calon paling baik menggantikan Kim Pan-gon bersama Malaysia. […]
India Tak ‘Layan’ Park Hang-seo

India dikesan tidak melayan permohonan jurulatih terkemuka Asia, Park Hang-seo. Pengendali berpengalaman itu kini tidak melatih mana-mana pasukan setelah meninggalkan posisinya bersama Vietnam setahun yang lalu. Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu dimaklumkan telah menghantar permohonan untuk melatih pasukan kebangsaan India setelah pemergian pengendali, Igor Stimac. Beliau dicanang hebat untuk melatih India tatkala pasukan itu mengalami […]
Park Hang-seo Terima Tawaran Menarik Bimbing Kemboja

Bekas pengendali Vietnam, Park Hang-seo kini menjadi buruan beberapa pasukan yang mahukan khidmatnya sebagai jurulatih. Selepas India sebelum ini berminat mendapatkan jurulatih berusia 66 tahun itu, kini wakil Asia Tenggara, Kemboja juga mahukan khidmat Hang-seo. Agensi berita Yonhap melaporkan agensi pengurusan yang mewakili Hang-seo, DJ Management sedang menilai beberapa tawaran yang dikemukakan kepadanya. DJ Management […]
Park Hang-seo Hampiri Kedudukan Jurulatih Baharu India

Bekas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo dilaporkan semakin menghampiri kedudukan pengendali baharu skuad kebangsaan India. Jawatan tersebut kosong selepas Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) memilih menamatkan khidmat jurulatih Croatia, Igor Stimac baru-baru ini. Keputusan itu dibuat meskipun jurulatih berusia 56 tahun itu masih memiliki kontrak sehingga tahun 2026. AIFF memecat Stimac susulan kegagalan The Blue […]