Atlet Korea Utara Berdepan Hukuman Akibat Tersenyum

Atlet pingpong Korea Utara berdepan hukuman akibat tersenyum bersama lawan di Sukan Olimpik Paris 2024. Pasangan beregu campuran sukan pingpong Korea Utara boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana tersenyum di atas podium ketika berswafoto di temasya Sukan Olimpik Paris lalu. Kim Kum-yong dan Ri Jong-sik menghadiahkan pingat perak buat kontinjen Korea Utara setelah tewas 2-4 di […]

Lee Zii Jia Terima ‘Habuan’ Ratusan Ribu

Prestasi cemerlang jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia membawa kepada habuan bernilai ratusan ribu. Lee Zii Jia beraksi cukup baik sehingga berjaya membawa pulang pingat gangsa buat kontinjen negara di temasya Olimpik Paris setelah menewaskan Lakhsya Sen dari India. Kejayaan besar ini membawa kepada ganjaran sebanyak RM100,000 buat Zii Jia dari Skim Hadiah Kemenangan […]

Azizulhasni Awang Sebak ‘Kita Hidup Untuk Sukan & Buat Untuk Malaysia’

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang sebak apabila membicarakan mengenai masa hadapannya bersama pasukan Malaysia. Azizulhasni yang diletakkan sebagai prospek negara untuk membawa pulang pingat emas di Olimpik Paris tempoh hari bagaimanapun terpaksa akur disingkirkan dalam acara keirin. Keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur tersebut sekaligus mengakhiri perjalanan Azizulhasni di temasya tersebut memandangkan edisi […]

Hamidin: Kita Perlu Berpijak Di Bumi Yang Nyata

Ketua kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris, Datuk Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin meminta agar peminat sukan negara kembali berpijak ke bumi yang nyata. Menurut beliau, semua pihak harus sedar bahawa Olimpik ini berada di peringkat tertinggi di dunia dan kontinjen negara hanya membawa bilangan atlet yang kecil berbanding negara lain. “Setelah kita lihat, […]

Hannah Yeoh Seru Individu Tepat Dilantik Kemudi Persatuan

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mahu melihat lebih ramai individu-individu berkelayakan untuk mengemudi badan persatuan sukan di Malaysia. Menerusi hantaran di laman Facebook, Hannah mahu meletakkan individu yang berkelayakan untuk menjawat jawatan yang tepat sementara beliau masih memegang portfolio sebagai Menteri Belia dan Sukan. “Salah satu perkara utama yang saya mahu lakukan sebelum saya […]

Azizulhasni Awang: Saya Masih Tak Boleh Tidur

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang masih tidak boleh melupakan insiden yang meranapkan impiannya untuk meraih pingat di Olimpik Paris. Azizulhasni berjuang di dalam acara keirin dengan misi penting untuk membawa pulang pingat buat negara bersama seorang lagi pelumba, Shah Firdaus. Walau bagaimanapun, hasrat pelumba berusia 36 tahun ini terkubur apabila pihak penganjur telah […]

Ini Sebab Shah Firdaus Tersingkir

Penjelasan lebih lanjut mengenai sebab Shah Firdaus tersingkir di perlumbaan akhir acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024. Terdahulu, Shah berjaya cipta kejutan setelah diumumkan mara ke final apabila Ota Kaiya dari Jepun disingkirkan di separuh akhir sekaligus melayakkan wakil negara itu ke perlumbaan akhir. Di perlumbaan akhir, Shah bersaing bersama-sama lima pelumba terbaik dunia iaitu, Harrie Lavreysen, Matthew […]

Olimpik Paris: Shah Firdaus Muncul Pelumba Ke-4 Terbaik Dunia

Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus menamatkan aksi di Olimpik Paris bagi acara keirin di tempat keempat. Terdahulu, Shah berjaya cipta kejutan setelah diumumkan mara ke final apabila Ota Kaiya dari Jepun disingkirkan di separuh akhir sekaligus melayakkan wakil negara itu. Di perlumbaan akhir, Shah akan bersaing bersama-sama 5 pelumba terbaik dunia iaitu, Harrie Lavreysen, […]

Olimpik Paris: Shah Firdaus Lepasi Halangan Suku Akhir

Wakil tunggal berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom melepasi peringkat suku akhir untuk mara ke separuh akhir acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024. Setelah dikejutkan dengan berita penyingkiran Datuk Azizulhasni di pusingan kelayakan, Shah turun selaku harapan negara dengan misi membawa pulang pingat buat negara. Sebelum itu, Shah dipaksa bekerja keras untuk menempah tempah […]

“Saya Dihimpit Secara Agresif, Dengan Sengaja” – Azizulhasni Awang

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengakui dihimpit secara agresif dan sengaja ketika pusingan kelayakan acara keirin Sukan Olimpik Paris. Azizulhasni yang bersaing dalam saringan pertama bagi pusingan kelayakan bermula baik sehinggalah perlumbaan tersebut telah dibatalkan dan dimulakan semula. Walau bagaimanapun, Azizulhasni telah disingkirkan atas dakwaan oleh pihak komiser yang mendapati beliau telah memotong […]

Siaran Langsung Berbasikal Trek Olimpik: Shah Firdaus Sahrom (Live Streaming)

Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom akan turun dalam misi penting untuk menghadiahkan pingat buat kontinjen negara di Olimpik Paris. Kem berbasikal trek negara pada mulanya dikejutkan dengan penyingkiran Datuk Azizulhasni pada saringan awal selepas panel komisar mendapati beliau telah memotong derny sebelum derny meninggalkan trek. Shah yang kemudiannya turun dalam saringan kelima juga mengalami nasib […]

Olimpik Paris: Shah Firdaus Hidupkan Peluang, Lolos Ke Suku Akhir

Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Mara ke suku akhir acara keirin Sukan Olimpik Paris setelah muncul pemenang pusingan Repechage pada awal pagi Ahad. Shah Firdaus yang tersingkir akibat melanggar garisan biru di pusingan kelayakan sebelum ini terpaksa bersaing di peringkat Repechage untuk menempah tiket ke suku akhir. Wakil tunggal negara ini dijadualkan bersaing bersama […]

Siaran Langsung Berbasikal Trek Olimpik: Azizulhasni Awang (Live Streaming)

Tumpuan rakyat Malaysia pada Sabtu kini terarah kepada sukan berbasikal trek apabila Datuk Azizulhasni Awang akan turun dalam acara kegemarannya, keirin. Setelah tersingkir di pusingan 1/8 bagi saingan pecut, Azizulhasni kini mengalihkan fokus ke acara keirin bersama Shah Firdaus dengan misi untuk membawa pulang pingat emas buat negara. Menurut beliau, segalanya telah sempurna ketika bersaing […]

Olimpik Paris: Sepanyol Rangkul Pingat Emas, Perancis Terus Kempunan

Aksi final bola sepak Sukan Olimpik Paris menyaksikan pingat emas akhirnya sah menjadi milik Sepanyol setelah menumpaskan tuan rumah, Perancis. Sepanyol mara ke final setelah pamer kebangkitan dengan menewaskan Maghribi 2-1 sementara Perancis terpaksa mengharapkan gol lewat untuk menyingkirkan Mesir di separuh akhir. Jurulatih Perancis, Thierry Henry mempertaruhkan pemain baharu Bayern Munich, Michael Olise di […]

Olimpik Paris: Dhabitah Sabri Tamatkan Saingan Di Kedudukan Ke-12

Penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri mengakhiri saingan Sukan Olimpik Paris dalam acara 3 meter papan anjal wanita di tangga ke-12 Setelah menduduki tangga ke-8 dalam pusingan separuh akhir pada Khamis, Dhabitah mengesahkan tempatnya dan dijadualkan turun bertanding dalam final 3 meter papan anjal pada Jumaat. Pada terjunan pertama, Dhabitah bermula cukup baik dengan darjah […]

“Taktikal Dah Sempurna, Kelajuan Memisahkan” – Azizulhasni Awang

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang memberi komen mengenai persembahan beliau dalam acara pecut di Sukan Olimpik Paris baru-baru ini. Azizulhasni yang turun dalam acara pertamanya bermula cemerlang sebelum terpaksa akur tersingkir di pusingan 1/8 meskipun berjaya memecahkan rekod kebangsaan. ”Alhamdulillah di pusingan kelayakan (acara pecut) saya berjaya memecahkan rekod kebangsaan dan Asia tetapi […]