AFC Asian Cup: Gol Seakan Dirancang UAE Bantu Palestin Raih Mata Pertama

Aksi Piala Asia 2023 yang membabitkan pertemuan antara pasukan UAE dan Palestin pada semalam telah mencuri tumpuan ramai. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Al-Janoub itu berkesudahan dengan keputusan seri, 1-1 menerusi tandukan penyerang muda UAE, Sultan Adil dan jaringan sendiri pertahanan UAE, Bader Nasser. Pada minit ke-50 permainan, kecuaian barisan pertahanan UAE telah dihukum pasukan […]

AFC Asian Cup: UAE, Palestin Sama Hebat

Saingan Kumpulan C pentas Piala Asia 2023 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan UAE dan Palestin. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Al-Janoub menyaksikan UAE dan Palestin sekadar mencatat keputusan seri dan berkongsi satu mata. Babak separuh masa pertama tamat dengan pasukan UAE mendahului perlawanan dengan kelebihan satu gol. Pada minit ke-23 permainan, pemain muda UAE, […]

FAM Derma Sumbangan Ke Tabung Palestin

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) amat cakna dengan isu semasa termasuk penderitaan rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis. Lantas, pada hari ini, FAM yang diwakili Naib Presiden, Mohd Firdaus Mohamed dan Setiausaha Agung, Datuk Noor Azman Hj Rahman hadir ke Kedutaan Palestin bagi menyalurkan sumbangan kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP). Sumbangan berjumlah RM34,284 […]

Jurulatih Palestin Terbunuh

Jurulatih terkenal Palestin Hani Al-Masri, yang berkhidmat sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak Olimpik Palestin dilaporkan syahid dalam serangan udara yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas Gaza. Pemergian jurulatih tersebut berlaku pada hari ke-92 konflik di antara Palestin dan Israel. Sehingga kini dilaporkan lebih 22,000 kematian dan 58,000 kecederaan telah berlaku yang kebanyakannya terarah […]

Youcef Atal Dipenjara & Didenda Kerana Sokong Palestin

Pemain kebangsaan Algeria, Youcef Atal telah dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan oleh mahkamah Perancis. Beliau pada semalam turut dikenakan denda sebanyak 45,000 Euro iaitu bersamaan RM228,149 atas sebab menyatakan sokongan secara terbuka kepada Palestin. Atal didakwa mencetuskan kebencian kerana menzahirkan segala kekejaman Israel terhadap Palestin. Bek kanan pasukan Nice yang beraksi di Ligue 1 […]

Malaysia Bakal Bertemu Palestin Di Qatar?

Nampaknya hajat Malaysia menentang Palestin dalam aksi persahabatan antarabangsa berkemungkinan jadi kenyataan. Pemerhati bola sepak negara, Piang Shankly mendedahkan salah satu aksi pemanas badan yang dirancang bakal dilalui Harimau Malaya sebelum Piala Asia 2023 ialah Palestin. Sekiranya perancangan ini dapat direalisasikan, aksi persahabatan ini bakal diadakan di Doha, Qatar sebelum kejohanan bermula. Ini sedikit sebanyak […]

Aksi Kedah Dan Selangor Bakal Dibanjiri Bendera Palestin

Aksi hangat Liga Super yang menemukan Kedah Darul Aman FC dan Selangor FC pada Sabtu ini sudah pasti akan menjadi tumpuan ramai dengan kedua-dua pasukan sedang merebut slot ke pentas Asia. Dalam menantikan perlawanan hangat itu, pihak pengurusan Kedah telah membuat satu keputusan dengan mengajak semua penyokong yang hadir pada malam itu untuk membawa bendera […]

Berlari Ke Padang & Peluk Pemain India, Pemuda Ini Mahu Palestin Dibebaskan

Final Piala Dunia Kriket ICC 2023 membabitkan India dan Australia riuh disebabkan tindakan seorang penonton yang menyokong Palestin masuk ke dalam padang. Penonton yang berasal dari Australia itu masuk ke padang semasa perlawanan berlangsung dan memeluk bintang kriket India, Virat Kohli sebelum ditahan pihak berkuasa. Lelaki itu berbuat demikian sebagai tanda sokongan kepada Palestin dan […]

Australia Derma Hasil Jualan Tiket Kepada Palestin

Dengan Australia bakal turun menentang Palestin untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 di Kuwait, pasukan itu telah melakukan sesuatu yang murni. Akhbar The Guardian melaporkan pasukan kebangsaan negara itu akan mendermakan sebahagian jualan tiket mereka untuk misi kemanusiaan di Palestin. Ini sebagai tanda keprihatinan mereka terhadap apa yang berlaku di Palestin terutama di Tebing Barat […]

Tular Tindakan Kelab Chile Zahir Sokongan Hebat Kepada Palestin

Perlawanan yang berlangsung di Liga Chile mencuri tumpuan apabila dua pasukan yang bertarung menzahirkan sokongan padu kepada Palestin. Aksi antara pasukan Palestino dan juga Ñublense berkesudahan dengan seri 1-1 namun tumpuan terarah kepada sokongan yang dilakukan oleh para pemain terhadap nasib yang melanda bumi Gaza ketika ini. Felipe Chamorro menjaringkan gol pembukaan perlawanan kepada Palestino […]

Palestin Pilih Kuwait Sebagai Gelanggang Berkecuali

Palestin boleh menghela nafas lega kerana sudah mempunyai gelanggang berkecuali untuk aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Australia pada 21 November ini. Football Palestin mendedahkan Singa Kanaan telah bersetuju memilih Kuwait sebagai gelanggang berkecuali mereka pada tarikh tersebut. Pemilihan ini memberi kelegaan kepada pasukan itu selepas cubaan beraksi di gelanggang berkecuali yang ditawarkan […]

Terengganu Seru Penyokong Zahir Solidariti Buat Palestin Di SSMZA

Perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2023 di antara Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC pada Jumaat ini (3 November) sudah pasti menjadi perhatian ramai. Peluang masih terbuka buat kedua-dua pasukan untuk mara ke pentas akhir memandangkan agregat tipis 2-1 yang memihak Terengganu masih belum selamat. Demi memeriahkan perlawanan separuh akhir itu, pihak pengurusan […]

UEFA Mahu Denda Celtic Kerana Pertahankan Palestin

Celtic berpotensi dikenakan denda oleh UEFA susulan tindakan penyokong mereka mengibarkan bendera Palestin dalam stadium beberapa hari lepas. Terbaru, ribuan penyokong The Hoops bertindak mengibarkan bendera negara Asia Barat itu sepanjang perlawanan. Malah sebelum perlawanan UCL membabitkan Celtic dan Atletico Madrid bermula, 24 bendera Palestin bersaiz besar turut dikibarkan. Tindakan ini dilakukan biarpun Celtic mengingatkan […]

Penyokong Celtic Enggan Ikut Perintah UEFA, Kibar Ribuan Bendera Palestin

Umum mengetahui pergolakan yang melanda bumi Palestin selepas diserang bertubi-tubi oleh pasukan ketenteraan negara haram Israel. Disebabkan itu, terdapat penyokong kelab eropah mula melancarkan solidariti tanda sokongan terhadap Palestin. Antara yang melancarkan solidariti itu adalah penyokong kelab Scotland, Celtic FC. Pada aksi Liga Juara-Juara Eropah di antara Celtic dan Atletico Madrid awal pagi tadi, ribuan […]

Kelab Turki Teruskan Tradisi Naikkan Tifo Unik Demi Palestin

Kelab dari Turki, Konyaspor baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai apabila penyokong kelab tersebut menaikkan tifo gergasi demi menyatakan solidariti mereka terhadap rakyat Palestin. Di tifo tersebut terpapar foto anak kecil yang terbaring bersama anak patung di celah-celah bangunan yang telah runtuh. Satu mesej jelas telah disampaikan iaitu “Kekal senyap apabila anak-anak sedang tidur, tapi […]

KL City Sambut Baik Anjurkan Aksi Palestin Di Stadium Cheras

Pemilik KL City FC, Rinani Group menyambut baik cadangan menjadikan stadium mereka, Stadium Cheras sebagai venue neutral Palestin. Cadangan ini telah dibawa kerajaan Malaysia kepada Kedutaan Palestin semalam dan disahkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Hamid. Ini bagi membantu Palestin mencari venue pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 Kumpulan I menentang Australia […]