Tular Aksi Ala ‘Gusti’ Pada Aksi Sabah & Pahang Rangers

Aksi Sabah menentang Pahang Rangers pada Ahad dicemari insiden panas melibatkan para pemain. Perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam menyaksikan Pahang Rangers berjaya mencuri tiga mata berharga meskipun ketinggalan 2-0 di awal permainan. Di dalam perlawanan, satu kejadian tak diingini berlaku apabila pemain Sabah, Syah Azman dilayangkan kad merah oleh pengadil […]

MPFL: Pahang Rangers Bangkit Baham Sabah

Aksi tunggal Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) minggu ini menyaksikan Pahang Rangers mempamerkan kualiti sebagai juara bertahan apabila bangkit menewaskan Sabah. Perlawanan yang sepatutnya dijalankan pada minggu lalu ini menyaksikan Pahang Rangers dikejutkan dengan jaringan awal pemain Sabah, Syah Azman. Sabah terus garang dengan gol kedua menerusi Wan Raziq Wan Zulhasmi pada minit ke-10 untuk […]

MPFL: Pahang Rangers Tak Bagi Muka, Bedil Selangor 8-4

Juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim 2023, Pahang Rangers merekodkan kemenangan pertama liga untuk musim 2024. Pasukan yang dibimbing jurulatih Sepanyol, Gerard Casas itu membelasah skuad futsal Selangor FC 8-4 di Stadium Tertutup Sukpa hari ini. Selepas seri 6-6 dengan Shah Alam City pada minggu lepas, Pahang Rangers mahu bangkit untuk mengutip kemenangan pertama. […]

Nasib Berbeza JDT & Pahang Rangers

Nasib berbeza menimpa juara dan naib juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim lepas, Pahang Rangers dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam aksi pertama musim 2024. Pahang Rangers mempamerkan kebangkitan menakjubkan dengan meraih keputusan seri 6-6 dengan Shah Alam City. Manakala Harimau Selatan pula berpesta gol 6-1 ke atas Gombak TOT United bagi […]

MPFL: Juara Bertahan, Pahang Rangers Pamer Kebangkitan Ajaib Berdepan Shah Alam City

Juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim lepas, Pahang Rangers mempamerkan kebangkitan dengan meraih keputusan seri 6-6 dengan Shah Alam City. Selepas meraih gelaran juara MPFL dan Piala Futsal Malaysia, Pahang Rangers dilihat mahu meneruskan pencapaian cemerlang mereka untuk musim 2024. Dan mereka tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi Felipe de Souza pada […]

JDT & Pahang Rangers Hangatkan Divisyen 1 MPFL

Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim 2024 bakal menyaksikan persaingan juara dan naib juara MPFL musim lepas, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Pahang Rangers. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai pasukan yang bakal bersaing dalam Divisyen 1 untuk musim 2024 hari ini. Selain JDT dan Pahang Rangers, Selangor FC, KL […]

Pahang Rangers ‘Baham’ JDT

Juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim 2023, Pahang Rangers meneruskan persiapan untuk musim baru liga dengan mengatasi naib juara MPFL musim lepas, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Perlawanan persahabatan yang diadakan di Kuantan itu menyaksikan Pahang memanfaatkan kelebihan di gelanggang sendiri. Bagaimanapun, mereka ketinggalan awal menerusi gol pemain kebangsaan, Awalluddin Mat Nawi pada […]

Pahang Rangers Perkenal Jersi Edisi Khas Palestine

Juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim 2023, Pahang Rangers memperkenal inisiatif menarik bagi menyokong perjuangan Palestine. Pasukan itu telah memperkenalkan jersi edisi khas Palestine sebagai tanda sokongan kepada Palestine. Jersi tersebut dihasilkan oleh pembuat jersi pasukan, Desporte. Menariknya, nama Palestine dalam bentuk tulisan jawi terpampang di bahagian hadapan jersi. Sementara peta Palestin pula diletakkan […]

Bekas Pemain Liga Super Perkuat Pahang Rangers

Juara Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2023, Pahang Rangers mengumumkan pemain import baharu yang bakal memperkuat pasukan menjelang saingan 2024 nanti. Pahang Rangers mengumumkan berita kemasukan pemain import, Felipe De Souza ini menerusi satu hantaran di media sosial rasmi mereka “Selamat datang Felipe de Souza!” “Pivot dari Brazil ini menjadi rekrut terbaru skuad sekaligus melengkapkan […]

Pemain Berbisa Brazil, Murilo Saad Sertai Pahang Rangers

Selepas kehilangan khidmat bintang import dari Brazil, Sergio Jamur, cabaran Pahang Rangers dalam Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024 kembali diperkuat seorang lagi pemain import. Juara MPFL 2023 itu berjaya mendapatkan khidmat rakan senegara Jamur, Murilo Carlos Saad. Pengumuman perpindahan beliau dibuat hari ini di laman media sosial Pahang Rangers. Sebelum ini, kelab berkenaan membuatkan […]

Masa Depan Sergio Jamur Sudah Terjawab

Selepas meninggalkan Pahang Rangers baru-baru ini, ramai ingin tahu destinasi terbaru pemain import Brazil, Sergio Jamur. Jamur sah menyertai kelab Brazil, Jaragua. Ini disahkan menerusi pengumuman bersama kelab itu dan beliau di Instagram beberapa hari lepas. Pengumuman ini sekaligus mematikan khabar angin bahawa beliau akan beralih angin ke selatan tanah air untuk musim 2024. Jamur […]

Pahang Rangers Nafi Ada Taktik Kotor Perpindahan Pemain Ke JDT

Arena futsal negara panas apabila skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dituduh melakukan salah laku dalam mendapatkan pemain Pahang Rangers. Susulan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut. Dan tidak lama selepas itu, giliran Pahang Rangers mengeluarkan kenyataan menafikan wujud salah laku membabitkan perpindahan pemain ke Harimau Selatan. […]

Pahang Rangers Sambar 4 Pemain Perkukuh Dominasi Futsal Malaysia

Pahang Rangers terus bergiat aktif dalam urusan perpindahan pemain dalam misi mengekalkan dominasi dalam arena futsal di Malaysia. Menurut hantaran di Facebook dan Instagram rasmi Pahang Rangers, empat pemain diumumkan sebagai pemain baharu mereka bagi menghadapi musim hadapan iaitu Amirul Khairuddin, Sirhan Aiman, Tuah Eizlan dan Iqhmal Najmie. Amirul Khairuddin merupakan bekas tonggak KL City […]

Pahang Rangers & Sergio Jamur Berpisah, Bakal Ke Selatan Tanah Air?

Pahang Rangers mengumumkan berita perpisahan tonggak utama mereka, Sergio Jamur. Menurut hantaran yang dimuatnaik di akaun Instagram rasmi pasukan, Pahang Rangers mengucapkan terima kasih kepada beliau atas sumbangan beliau membantu pasukan meraih kejuaraan berganda. Keputusan pemain kelahiran Brazil itu dikatakan dibuat kerana beliau mahu menyahut cabaran baharu di musim akan datang. ”Namun kelab menghormati keputusan […]

MPFL 2023: JDT, Selangor, Pahang Rangers dan Terengganu Berpesta Gol di Shah Alam

Tiga pasukan pilihan dalam saingan Malaysian Premier Futsal League (MPFL) 2023 iaitu Johor Darul Takzim, Selangor MAC dan Pahang Rangers ketiga-tiganya berpesta gol dalam aksi di Kompleks Sukan Panasonic, pada Ahad. JDT yang turun beraksi pertama kali selepas berehat pada minggu pembukaan, membuka kempen dengan penuh bergaya, apabila membelasah Shah Alam City 8-2. Skuad dibarisi […]

10 Gol Hiasi Pertembungan Blockbuster JDT dan Pahang Rangers di Shah Alam

Pertembungan blockbuster antara dua pasukan pilihan Malaysian Premier Futsal League (MPFL) 2023, JDT dan Pahang Rangers dalam aksi pra-musim menyaksikan 10 gol terhasil, setelah kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 5-5. Pada satu ketika segalanya nampak mudah bagi Pahang Rangers bimbingan Gerard Casas, apabila mendahului 4-0 di separuh masa pertama. Khaiyum Khaimi membuka jaringan sebelum tonggak […]