Oscar Bakal Tinggalkan Shanghai Port? Penyokong Cadang Bawa Ke Liga Malaysia

Nama perancang tengah Shanghai Port, Oscar Emboaba mula disebut-sebut agar kelibatnya dapat dilihat di Liga Malaysia. Pemain kelahiran Brazil itu menggegarkan arena bola sepak Asia selepas menyertai jaguh China itu dari kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea FC pada tahun 2017. Perpindahan mega dengan yuran perpindahan sekitar 60 Juta USD (RM267 Juta) itu ternyata berbaloi […]

Shanghai Port Muncul Juara Chinese Super League

Shanghai Port muncul juara Chinese Super League (CSL) musim 2024 sekaligus mempertahankan gelaran juara yang diraih pada tahun 2023. Port muncul juara selepas menewaskan Tianjin Jinmen Tiger 5-0 dalam aksi terakhir CSL pada 2 November lalu. Leo Cittadini membuka jaringan buat tuan rumah seawal minit keempat. Matteo Vargas menggandakan kelebihan Port pada minit ke-34. Penalti […]

Oscar: Saya Akan Kembali Ke Brazil

Kapten Shanghai Port, Oscar memberi bayangan beliau akan kembali ke Brazil selepas tamat kontraknya bersama pasukan itu. Selepas memilih menyertai The Red Eagles dengan yuran £60 juta (RM335 juta) dari Chelsea pada 2017, beliau telah merekodkan 236 penampilan, 72 gol dan 131 bantuan gol. Ini termasuk aksi pertama Liga Timur Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) […]

Oscar Sambung Kontrak Di Shanghai Port

Shanghai Port menerima suntikan semangat menjelang aksi sulung Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Ini selepas kapten mereka, Oscar memutuskan untuk kekal membantu pasukan itu sehingga Disember ini. Berdasarkan semakan sebelumnya di Transfermarkt, kontrak bekas bintang Chelsea itu bakal berakhir pada November ini. Kini, menurut portal 163.com, persetujuan penyambungan […]

Oscar Kumpul RM889 Juta Sejak Beraksi Di China

Selepas memilih beraksi di China sejak tahun 2017, bekas bintang Chelsea, Oscar mengumpul pendapatan berjumlah €175 juta (RM889 juta). Nama pemain perancang Brazil itu menjadi tumpuan apabila memilih menyertai Shanghai Port pada tetingkap perpindahan musim sejuk 2017 dengan yuran perpindahan €35 juta (RM178 juta). Dan bila ditanya sebab yang mendorongnya berhijrah ke China, Oscar memaklumkan […]

AFC Champions League Play-Off: BG Pathum United Lakar Kejutan Tewaskan Shanghai Port

Kelab Thai League 1, BG Pathum United mencipta sensasi dalam kalangan penyokong Thailand apabila berjaya mengalahkan kelab China, Shanghai Port dalam aksi play-off Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2023-2024. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik mereka. The Red Eagles menurunkan bekas bintang Chelsea, Oscar dan bekas penyerang Sheffield Wednesday, Lucas Joao. Manakala The Rabbits pula terus mengekalkan […]

Bekas Bintang Chelsea Buat BG Pathum ‘Pening Kepala’

Pertembungan aksi kelayakan Liga Juara-Juara AFC (ACL) menyaksikan wakil Thailand, BG Pathum akan berdepan Shanghai Port. Beraksi di gelanggang lawan, anak didik Thongchai Sukkoki berdepan ujian hebat untuk merantai kelibat lawan yang sudah pasti mahu melayakkan diri ke pentas terbaik Asia. Malah, perlawanan ini bakal menjadi penentu kemaraan wakil Thailand ini untuk mengiringi dua pasukan […]

Barcelona Intai Khidmat Oscar

Pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona dikhabarkan sedang mengintai khidmat pemain ke-5 termahal di dunia iaitu Oscar Dos Santos. Kehadiran bekas pemain Chelsea itu dijangka mengisi kekosongan yang ditinggalkan Philppe Coutinho yang berhijrah ke Aston Villa secara pinjaman. Menurut laporan Marca, pemain kelahiran Brazil itu difahamkan sedia untuk menerima pengurangan gaji demi kembali ke Eropah dengan sertai […]