Sabah Pintas Ranking Al-Nasr

Jaguh Liga Super Malaysia, Sabah FC berjaya memintas kedudukan Al-Nasr dalam ranking kelab di Asia. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee berjaya menemui prestasi sebenar pasukan selepas melonjak ke kedudukan ketiga Liga Super. The Rhinos berjaya melakar empat kemenangan besar dalam empat aksi terakhir menentang Perak (4-2), Penang (4-0), Kedah Darul Aman (5-2) dan Kelantan […]

JDT Pintas Ranking Kelab Ligue 1, AS Saint-Étienne

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatatkan pencapaian membanggakan apabila memintas kedudukan kelab Ligue 1, AS Saint-Étienne. Skuad kendalian Hector Bidoglio merakamkan kemenangan kedua dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) apabila menundukkan juara K-League 1, Ulsan HD dengan keputusan 3-0. Kemenangan berharga itu membolehkan skuad Harimau Selatan mengukuhkan kedudukan selaku pasukan ke-5 terbaik […]

JDT & Vissel Kobe Rebut Tangga Tertiggi Di Asia

Jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) bersaing sengit dengan wakil Jepun, Vissel Kobe di Asia. Skuad kendalian Hector Bidoglio memperagakan aksi cemerlang apabila menundukkan juara K-League 1, Ulsan HD dengan keputusan 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim. Kemenangan kedua dalam kancah AFC Champions League Elite (ACLE) ini membantu skuad Harimau Selatan untuk melonjak ke tangga ketiga […]

Kuching City ‘Tekan’ Ranking Ulsan Di Asia

Pasukan Liga Super, Kuching City memberi tekanan hebat kepada kedudukan Ulsan di Asia. Skuad kendalian Aidil Sharin kini mula mendapat rentwk untuk bersaing merebut kelompok tertinggi saingan Liga Super 2024/25. Pasukan dari Sarawak itu kini menghuni tangga ke-6 liga selepas 11 perlawanan dengan 14 mata dan memberikan saingan hebat kepada beberapa pasukan seperti PDRM, Perak […]

Sabah Pintas Ranking 3 Kelab Korea

Kelab Liga Super Malaysia, Sabah FC terus bersinar apabila memintas kedudukan tiga kelab besar Korea. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee memperagakan aksi konsisten sejak tiga musim untuk menempatkan diri dalam kelompok kelab terbaik di Malaysia. Semi finalis Piala AFC 2023 ini kini menghuni tangga ke-7 Liga Super selepas 10 perlawanan dengan 14 mata. The […]

Penang Hampir Pintas Kedudukan Ulsan

Kelab Liga Malaysia, Penang FC mencatatkan peningkatan dan berpotensi untuk memintas kedudukan Ulsan. Skuad kendalian Akmal Rizal kini menghuni tangga ke-10 dengan dua kemenangan selepas 11 perlawanan yang diharungi. The Phanters bagaimanapun mencatatkan peningkatan dalam kedudukan ranking kelab berdasarkan kemas kini laman Opta Analyst. Penang kini menghuni tangga ke-423 Asia ketika ini (3815 dunia) dengan […]

JDT Kini Kelab Ke-4 Terbaik Asia Timur

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini menjadi kelab ke-4 terbaik di Asia Timur. Skuad kendalian Hector Bidoglio memperagakan persembahan memukau untuk mengikat jaguh China, Shanghai Port dengan keputusan 2-2 pada aksi pembukaan AFC Champions League Elite (ACLE). Keputusan itu menyaksikan pasukan Harimau Selatan masih mengekalkan rekod tidak tewas dalam mana-mana kejohanan setakat ini. […]

JDT Pintas Pohang Steelers, Kini Kelab Ke-8 Terbaik Asia

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mencipta rekod baharu apabila muncul kelab ke-8 terbaik di Asia. Skuad Harimau Selatan masih segar dengan kejayaan menjulang Piala FA 2024 terus mengukuhkan langkah dalam kelompok 10 kelab elit di Asia. Prestasi cemerlang pasukan kendalian Hector Bidoglio diserikan lagi apabila kemas kini terbaru oleh laman Opta Analyst menunjukkan peningkatan […]

Ranking Terengganu Di Asia Melonjak Tinggi

Ranking finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC melonjak tinggi di Asia. Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner berjaya melayakkan diri ke pentas separuh akhir Piala FA 2024 namun terpaksa akur kepada Selangor FC. Kemajuan skuad Peteh di Asia terus terserlah apabila terus mencatatkan perkembangan positif berdasarkan. kemas kini ranking di Asia. Kemas kini laman Opta Analyst menunjukkan […]

JDT Cipta Kebanggaan, Kini Kelab Ke-9 Terbaik Di Asia

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta kebanggaan apabila menjadi kelab ke-9 terbaik di Asia ketika ini. Skuad kendalian Hector Bidoglio meneruskan momentum cemerlang apabila mencatatkan rekod bersih 100 peratus kemenangan musim ini. Skuad Harimau Selatan terus mengukuhkan langkah selaku antara kuasa besar rantau ini apabila menembusi kelompok 10 kelab terbaik di Asia. Kemas kini terbaru […]

Ranking JDT Naik Lagi, Kini Muncul Kelab Ke-13 Terbaik Di Asia

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus merekodkan pencapaian membanggakan apabila kini muncul kelab ke-13 terbaik di Asia. Kemas kini terbaru oleh laman Opta Analyst menunjukkan peningkatan mendadak kedudukan Harimau Selatan berbanding kemas kini terakhir tempoh hari. Laman analisis bola sepak yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia itu menunjukkan Harimau Selatan kini mengumpul 75.3 […]

Terengganu Pintas Lion City Sailors, Tembusi Kelompok 10 Kelab Terbaik ASEAN

Finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC kini memintas kedudukan jaguh Singapura, Lion City Sailors dan berjaya menembusi kelompok 10 pasukan terbaik di Asean. Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner merekodkan pencapaian yang cemerlang pada musim 2023 apabila menamatkan saingan di tangga ke-6 dalam liga. Terengganu juga mempamerkan persembahan yang amat memberangsangkan dalam kempen Piala AFC sungguhpun terkandas […]

Ranking JDT Naik Mendadak, Kini Kelab Ke-14 Terbaik Asia

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) merekodkan satu pencapaian yang membanggakan apabila kini menjadi kelab ke-14 terbaik di Asia. Kemas kini terbaru yang dilakukan oleh laman Opta Analyst menunjukkan peningkatan mendadak kedudukan Harimau Selatan berbanding kemas kini terakhir yang dilakukan. Laman analisis bola sepak yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia itu […]

Perbezaan Terkini Kedudukan JDT & Selangor Di Asia

Perbezaan terkini kedudukan juara bertahan Liga Super 2023 antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Asia mencuri tumpuan. Skuad Harimau Selatan merupakan wakil tunggal Malaysia di pentas Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) bagi tahun ini sementara The Red Giants bakal mewarnai saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Kedua-dua pasukan ini mara selepas […]

Ranking JDT Naik Lagi, Kini Kelab No.1 Di ASEAN

Juara bertahan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mencatatkan kemajuan yang amat luar biasa apabila menjadi kelab no.1 di ASEAN ketika ini. Wakil tunggal Malaysia di pentas Liga Juara-Juara Asia (AFC) ini terus membuktikan kaliber dan kecemerlangan di pentas bola sepak Asia apabila mengukuhkan prestasi konsisten pada musim ini. Berdasarkan data yang dikemas […]