Ramuan Ong Kim Swee Menjadi, Sabah Kini Di Suku Akhir

Pasukan Sabah FC mempamerkan aksi yang luar biasa apabila mencipta kejutan dengan menewaskan PJ City 1-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu muncul sebagai Naib Juara Kumpulan D bagi saingan Piala Malaysia 2021.  Jaringan tunggal disempurnakan oleh kapten pasukan Sabah FC, Risto Mitrevksi nyata merencatkan rencana PJ City yang […]

Ong Kim Swee Beri Amaran Mongolia Bukan Pasukan Belasahan

Selepas berjaya menjinakkan pasukan Laos 1-0, pasukan Bola Sepak Bawah 23 (B-23) negara bakal meneruskan cabaran dalam kempen Kelayakan Piala Asia B-23 pada hari esok dengan menentang pasukan tuan rumah, Mongolia Bekas pengendali pasukan Malaysia Bawah 23 (B-23), Datuk Ong Kim Swee mengingatkan barisan pemain negara agar tidak memandang mudah kepada cabaran yang bakal diberikan […]

Penyokong Sabah Sambut Baik Keberanian Ong Kim Swee Pertaruh Pemain Muda

Pengendali baru Sabah FC, Ong Kim Swee telah sah secara rasmi mengambil alih tampuk kejurulatihan pasukan itu kelmarin. Kehadiran OKS telah mendapat respon dan sambutan baik seluruh peminat serta penyokong pasukan negeri di bawah bayu itu. Dalam satu hantaran di Facebook Group Sabah Supporters Club (SSC), ramai dalam kalangan penyokong yang meluahkan rasa teruja dan […]

Saddil Ramdani Terpaksa Disisihkan Ong Kim Swee

Pemain bola sepak kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani terpaksa disisihkan dalam skuad Sabah FC dalam saingan Piala Malaysia 2021 ekoran kecederaan yang menimpa pemain itu. Pemain yang berusia 22 tahun itu dijangka akan berehat untuk satu tempoh jangka masa yang panjang akibat kecederaan yang sedang membelenggu dirinya. Saddil dikatakan telah mengalami kecederaan di bahagian pangkal peha. […]

Kredibiliti Ong Kim Swee Bersama Sabah FC Bakal Teruji, Janjikan Kelainan Taktikal

MakanBola.com, Petaling Jaya, 27 Sept – Kempen Piala Malaysia kali ini pastinya menjadi medan terawal bagi jurulatih baharu Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menguji pemain-pemainnya beraksi dengan taktikal yang beliau terapkan. Sabah FC selaku pasukan pelawat akan turun menentang PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di Kelana Jaya, malam ini. […]

Ong Kim Swee Bertegas Tidak Mahu Ada “Jarak” Antara Pemain Junior dan Senior

Pengumuman peletakan jawatan pengarah teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee telah membawa perkhabaran baharu bahawa beliau memilih untuk menjadi jurulatih baharu Sabah FC susulan prestasi yang kurang memuaskan menjelang penghujung saingan Liga Super ini. Pengalaman berada di dalam organisasi FAM selama lebih 13 tahun selain diberi tugas membimbing pelbagai lapisan pasukan termasuklah skuad senior negara […]

Ong Kim Swee Laju Buat Kerja, Sudah Rangka Strategi Buat Sabah FC Untuk 2022

MakanBola.com, Petaling Jaya, 12 Sept – Pelantikan pengendali baru Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee ternyata mengejutkan pelbagai pihak kerana beliau sangat sinonim dengan tugas bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Setelah melepaskan jawatan Pengarah Teknikal di FAM, Kim Swee tidak menunggu lama dan terus merangka pelan strategi buat Sabah FC bagi saingan Piala Malaysia […]

Ong Kim Swee Letak Jawatan, Kini Jurulatih Baharu Sabah FC

Menurut penjelasan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee kini secara rasminya melepaskan jawatannya setelah beliau dilaporkan bersetuju untuk menjadi jurulatih baharu Sabah FC. Pihak pengurusan FAM telah memaklumkan penerimaan surat peletakan jawatan daripada beliau menerusi Setiausaha Agung FAM. Kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat untuk membenakan beliau menerima jawatan baharunya […]