Sasaran Awal Ong Kim Swee Di Asia Tercapai

Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee gembira kerana berjaya mencapai sasaran awal dalam saingan Piala AFC musim 2023-2024. Selepas mengetahui skuad Badak berada dalam Kumpulan H bersama PSM Makassar, Hai Phong dan Hougang United, Kim Swee sentiasa melihat pasukan itu mampu melepasi peringkat kumpulan. Dengan sasaran itu sudah tercapai, ini memberi ruang kepada bekas […]

Ong Kim Swee: Perbuatan Tak Boleh Diterima & Melanggar Etika Jurulatih

Masalah yang pernah melanda Liga Malaysia mengenai penggunaan ‘jurulatih boneka’ kembali menjadi bualan dan kerisauan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), Dato’ Ong Kim Swee. Perkara yang pernah dibangkitkan oleh bekas Presiden PJBM, mendiang Dato ‘ B. Sathianathan ini kembali menjadi kerisauan tatkala tampuk pimpinan baharu mula mengambil alih. “Kami menerima laporan untuk musim […]

“Jurulatih Perlu Cari Bakat, Bukan Bergantung Pada Naturalisasi” -Ong Kim Swee

Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), Datuk Ong Kim Swee melihat sudah tiba masanya jurulatih mengenalpasti pemain berbakat terutama di peringkat akar umbi. Kenyataan ini dibuat dalam sidang media selepas selesai majlis pemilihan ahli jawatankuasa baru PJBM hari ini. Kim Swee merasakan dengan mencungkil bakat-bakat baru terutama di peringkat akar umbi, ini bukan saja […]

Ong Kim Swee Dilantik Presiden PJBM Yang Baharu

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah bergelar Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) yang baru. Beliau dipilih sebagai presiden selepas menang tanpa bertanding dalam satu majlis pemilihan ahli jawatankuasa PJBM baru yang berlangsung hari ini. Sebelum ini, jawatan tersebut disandang oleh bekas pengendali Harimau Malaya dan Selangor FC, mendiang B. Sathianathan. Bagaimanapun, […]

Kecergasan Dua Bintang Utama Sabah Membimbangkan

Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui resah dengan tahap kecergasan dua bintang utama mereka, Dominic Tan dan Stuart Wilkin. Mereka merupakan sebahagian daripada Harimau Malaya yang mencipta kemenangan ke atas Kyrgyzstan dan Taiwan baru-baru ini. Begitupun, kedua-duanya dilaporkan mengalami kecederaan semasa menjalani tugas skuad kebangsaan. Justeru, tahap kecergasan Dominic dan Stuart akan dinilai […]

Ong Kim Swee: Beraksi Di Stadium Likas Beri Kelebihan Kepada Sabah

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berharap anak-anak buahnya memanfaatkan kelebihan beraksi di Stadium Likas malam ini. Dengan kedudukan dalam Kumpulan H masih lagi terbuka dengan Sabah dan Hai Phong masing-masing mengumpul enam mata, kemenangan malam ini penting bagi kedua-dua pasukan. Sabah memiliki rekod cemerlang di Stadium Likas musim ini. Daripada 16 perlawanan yang […]

“Tahap Kelab Di Vietnam Berbeza Dengan Pasukan Kebangsaan” – Ong Kim Swee

Ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee menanggap tahap persaingan kelab di Liga Vietnam adalah berbeza dengan pasukan kebangsaan Vietnam. Ketika sesi sidang media pra perlawanan, pengendali Sabah ini akui Vietnam memiliki sebuah skuad kebangsaan yang mantap dan menjadi negara yang berada di ranking FIFA tertinggi dalam kalangan negara di Asia Tenggara. Beliau bagaimanapun berpendapat […]

“Saddil Ramdani Bintang Asia Tenggara” – Ong Kim Swee

Ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee memuji persembahan yang ditampilkan pemain sayap The Rhinos, Saddil Ramdani. Saddil yang diberi kepercayaan untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan berjaya menyumbang tiga bantuan jaringan dalam aksi Kumpulan G antara Sabah dan PSM Makassar semalam. Sabah mencatat kemenangan bergaya, 5-0 dalam aksi kedua di pentas Piala AFC. Ketika […]

Ong Kim Swee Tidak Gusar Dengan Rekod Tempat Lawan Sabah

Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee tidak bimbang dengan rekod tempat lawan menjelang aksi kedua Kumpulan H menentang PSM Makassar esok. Rekod tempat lawan Sabah kurang memuaskan terutama dalam Liga Super. Daripada 13 kemenangan yang direkodkan musim ini, hanya tiga direkodkan di tempat lawan. Kali terakhir skuad Badak meraih kemenangan di tempat lawan dalam […]

Ong Kim Swee Seru Penyokong Sabah Banjiri Stadium Likas

Ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee menyeru para penyokong Sabah memenuhi stadium menjelang aksi pertama Piala AFC antara Sabah dan Hougang United. “Kebelakangan ini saya dapati penyokong kehilangan sedikit. Namun saya percaya kehadiran penyokong pada malam esok itu penting untuk memberi motivasi kepada para pemain baik ketika perlawanan bermula atau berakhir. Saya harap mereka […]

“Sabah Tak Pandang Perak Sebelah Mata” – Kim Swee

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak memandang rendah cabaran Perak FC malam ini. Sejak dibimbing oleh pengendali interim Yusri Che Lah, Perak telah menunjukkan kemajuan yang bagus. Ini termasuk kejayaan menyingkirkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di pusingan 16 terbaik Piala Malaysia 2023 pada Ogos lalu. Ini membuktikan […]

Penyokong Sabah Jumpa ‘Ramuan’ Kejayaan Ong Kim Swee

Prestasi semasa pasukan Sabah di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee terus mendapat pujian ramai peminat skuad The Rhinos. Rata-rata penyokong berpuas hati dengan kemenjadian skuad yang bakal beraksi di pentas Piala AFC yang mana perlawanan pertama Sabah berdepan Hougang United telah dijadualkan pada 21 September kelak. Sabah kini berada dalam prestasi terbaik dan menjadi […]

“Semangat Juang Tinggi Pendorong Kemenangan Sabah” – Ong Kim Swee

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee melihat semangat juang yang tinggi sebagai kunci kemenangan skuad Badak ke atas finalis Piala FA 2023, KL City FC semalam. Bekas pengendali Harimau Malaya itu mengakui anak-anak buahnya agak keletihan selepas beraksi dalam tiga perlawanan dalam tempoh seminggu. Ini termasuk kekalahan 5-1 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) […]

“Stuart & Dominic Perlu Rehat” – Ong Kim Swee

Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee melihat dua tonggak utama pasukan itu iaitu Stuart Wilkin dan Dominic Tan perlukan rehat selepas bermain bola sepak tanpa henti sejak akhir tahun lepas. Selepas dipanggil menyertai Harimau Malaya untuk kempen Piala AFF 2022, Stuart dan Dominic bermain tanpa henti selama beberapa bulan. Ini bukan saja menjadikan mereka […]

Ong Kim Swee Anggap Baddrol Bakhtiar Seorang Yang Bitara

Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee nyata terkesan dengan kehilangan kapten pasukannya, Baddrol Bakhtiar yang tidak lagi bersama pasukan Sabah untuk baki saingan musim 2023 ini. Kim Swee dalam satu muatnaik di laman instagram beliau mencoretkan siapakah sebenarnya sosok yang bernama Baddrol Bakhtiar ini. Selain pemain, Baddrol juga dianggap sebagai seorang pemimpin dan sentiasa […]

Kim Swee: Sabah Ambil Mudah Cabaran Kuching City

Perlawanan ‘Borneo Derby’ membabitkan Sabah FC dan Kuching City FC berakhir dengan kemenangan 4-3 buat skuad Badak. Tetapi bagi pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, tindakan anak-anak buahnya mengambil mudah cabaran Il Gatto hampir memakan diri. Sabah pada satu ketika mendahului 3-1 menerusi gol Saddil Ramdani, Ramon Machado dan Stuart Wilkin. Bagaimanapun, Abu Kamara […]