AFC Asian Cup: Thailand Hilang Khidmat Theerathon Bunmathan

Thailand menerima tamparan hebat apabila terpaksa melupakan khidmat ketua pasukan, Theerathon Bunmathan menjelang perlawanan terakhir bagi saingan peringkat kumpulan F Piala Asia 2024. Pemain pertahanan itu akan terlepas aksi penting menentang Arab Saudi selepas beliau mendapatkan kad kuning kedua dalam dua perlawanan menentang Krygyzstan dan Oman. Semalam, Thailand sekali lagi berjaya mempamerkan prestasi terbaik mereka […]
AFC Asian Cup: Thailand Buat Oman Buntu Gol

Thailand sekali lagi pamer aksi mengagumkan untuk mengikat Oman di Stadium Abdullah bin Khalifa. Masatada Ishii mempertaruhkan Supachai Chaided selaku penyerang utama pasukan manakala Theerathon Bunmathan memakai lilitan kapten pasukan Thailand. Oman pula menagih bisa gandingan dua penyerang, Issam Al-Subhi dan Muhsen Al Ghassani dalam mencari kemenangan pertama Oman di Piala Asia. Oman menguasai pegangan […]
AFC Asian Cup: Arab Saudi Bangkit Sebelum Cemas Ditewaskan Oman

Aksi Piala Asia 2023 saingan Kumpulan F hari ini telah melibatkan pertembungan antara pasukan Arab Saudi dan Oman di Stadium Antarabangsa Khalifa. Kedua-dua pasukan turun dengan mempertaruhkan barisan terkuat demi mencari mata pertama dalam kejohanan. Arab Saudi dibawah kendalian Roberto Mancini bakal beradu nasib dengan Oman yang berada dibawah kendalian jurulatih dari Crotia, Branko Ivankovic. […]
Siaran Langsung AFC Asian Cup: Arab Saudi vs Oman (Live Streaming)

AFC Asian Cup: Pertemuan antara Arab Saudi dan Oman bakal menjanjikan aksi hangat memandangkan dua pasukan tersebut merupakan pasukan terkuat dalam kumpulan F Piala Asia 2023. Arab Saudi yang berada di ranking ke-56 dunia kini dilatih oleh jurulatih bertaraf dunia, Roberto Mancini yang pernah melatih Manchester City, Inter Milan dan Itali. Pasukan yang dikenali sebagai […]
Penampilan Penuh Tradisi Pasukan Oman Curi Perhatian Ramai

Oman merupakan antara pasukan terbaru yang tiba di Qatar menjelang saingan Piala Asia 2023 yang bermula pada 12 Januari ini. Menariknya, barisan pemain yang dibimbing Branko Ivankovic tiba di Qatar dengan memakai pakaian tradisional Oman yang dipanggil dishdasha. Ketibaan mereka di Doha disambut oleh Duta Oman ke Qatar, Ammar bin Abdullah bin Sultan Al-Bousaidi. Secara […]
Nilai Skuad Indonesia Naik Mendadak, Atasi Pasukan Ke-70 Dunia

Nilai pasaran skuad Indonesia meningkat dengan begitu mendadak pada tahun ini selepas menerima beberapa kehadiran pemain warisan dan naturalisasi. Pasukan bimbingan Shin Tae-yong kini menghuni tangga ke-146 dunia selain menerima tamparan hebat apabila tewas dalam dua aksi terakhir menentang Libya. Skuad Garuda bagaimanapun menerima perkembangan yang amat memberangsangkan apabila nilai pasaran pasukan itu naik mendadak […]
Oman Hampakan UAE

Oman mencatatkan kemenangan berharga ke atas UAE dalam satu aksi persahabatan bagi persiapan menghadapi Piala Asia. UAE yang memiliki kedudukan ranking yang lebih baik berbanding Oman bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan awal Abdullah Fawaz pada minit keenam. Aksi berbalas serangan terus dipamerkan kedua-dua pasukan namun tiada jaringan dapat dihasilkan selepas itu menjadikan kedudukan 1-0 memihak Oman […]
Oman Tumbangkan China

Aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 antara pasukan Oman dan China berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Oman. Perlawanan yang berlangsung di gelanggang China itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik. Anak didik Branko Ivankovic menurunkan barisan bintang seperti Arshsd Al-Alawi, Abdullah Fawwaz dan juga lain-lain. China yang menghuni tangga ke-79 dunia memberi tentangan sengit seawal minit […]
Oman Atur Dua Perlawanan Pemanas Badan

Lawan Harimau Malaya dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia, Oman mula membuat persiapan untuk saingan Piala Asia 2023. Oman mengatur dua aksi persahabatan antarabangsa pra-kejohanan dengan kedua-dua perlawanan diadakan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Oman yang diberi gelaran The Reds bakal menentang China untuk aksi persahabatan pertama pada 29 Disember ini. Setelah itu, […]
Štefan Tarkovič Beri Peringatan Awal Kepada Malaysia Tentang Oman

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Kyrgyzstan, Štefan Tarkovič memberi peringatan awal kepada Malaysia tentang keupayaan sebenar lawan di Kelayakan Piala Dunia 2026 iaitu Oman. Jurulatih kelahiran Croatia itu terpaksa akur selepas tumpas di tangan Malaysia dengan keputusan 4-3 hasil jaringan saat akhir Faisal Halim pada masa kecederaan. Beliau juga mengakui Malaysia mempamerkan kebangkitan terbaik untuk meraih […]
Jurulatih Oman Susun Persiapan Lebih Rapi Berdepan Malaysia

Kekecewaan pasukan kebangsaan Oman yang tewas mengejut kepada Kyrgyzstan dalam aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 telah membuka mata ketua jurulatihnya, Branko Ivankovic. Pengendali kelahiran Croatia itu menzahirkan kerisauan terhadap persembahan yang dipamerkan oleh anak buahnya yang mensia-siakan banyak peluang di hadapan gawang. Katanya, beliau memandang serius masalah ini namun tidak mahu terlalu tertekan kerana […]
Jurulatih Oman Mahu Berubah Sebelum Bertemu Malaysia

Jurulatih pasukan kebangsaan Oman, Branko Ivankovic menyatakan kerisauan terhadap persembahan yang dipamerkan oleh anak buahnya sejak kebelakangan ini. Pasukan bimbingannya mengalami kejutan selepas tewas kepada pasukan ke-101 dunia, Kyrgyzstan sungguhpun berada pada kedudukan yang lebih baik dalam ranking FIFA. Oman tewas dengan keputusan tipis 1-0 sekaligus menyebabkan pasukan itu terlepas peluang untuk mengejar kedudukan Malaysia […]
Kyrgyzstan Buatkan Ranking Oman Jatuh Merudum

Biarpun tewas kepada Malaysia, Kyrgyzstan boleh menarik nafas lega apabila berjaya mengutip tiga mata penuh ketika menewaskan Oman 1-0 dalam aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Spartak semalam. Dengan kemenangan itu, Kyrgyzstan berjaya mengekalkan kedudukan ranking mereka di tangga ke-97 dunia manakala berbeza buat Oman yang terpaksa akur jatuh tiga anak tangga […]
Kelayakan Piala Dunia: Kyrgyzstan Pamer Taring Tewaskan Oman

Kyrgyzstan melakukan kejutan apabila berjaya menewaskan Oman dengan jaringan tipis 1-0 dalam aksi kedua Kelayakan Piala Dunia. Kedua-dua pasukan turun dengan formasi 4-3-3 dalam memburu 3 mata penting bagi meraih slot ke Piala Dunia 2026. Aksi separuh masa pertama bagaimanapun berakhir tanpa sebarang jaringan walaupun kedua-dua pasukan mempunyai beberapa siri percubaan yang berbahaya. Memasuki babak […]
Jurulatih Kyrgyzstan Anggap Malaysia Susahkan Laluan Mereka

Jurulatih Kyrgyzstan, Stefan Tarkovic mengakui kekalahan 4-3 mereka di tangan Malaysia pada minggu lepas bakal menyukarkan usaha mereka layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Ini kerana ini akan menyukarkan usaha memburu kemenangan untuk baki aksi kelayakan Kumpulan D. Dengan Oman menjadi lawan mereka seterusnya pada malam esok, Tarkovic mengharapkan anak-anak buahnya bukan saja […]
Kelayakan Piala Dunia: Oman Cemerlang Atasi Taiwan

Oman memulakan kempen Kumpulan D dengan langkah kanan apabila menewaskan pasukan dari Asia Timur, Taiwan 2-0 di Kompleks Sukan Sultan Qaboos. Dengan Malaysia mengetuai Kumpulan D buat sementara waktu selepas mengalahkan Kyrgyzstan 4-3, kedua-dua pasukan berharap dapat membuka kempen masing-masing dengan kemenangan. Tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Omar Al-Malki pada minit ke-17. […]