Lee Zii Jia Dapat Habuan Lumayan

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mendapat suntikan semangat menjelang saingan Arctic Open 2024 yang akan bermula pada 8 Oktober ini. Ini selepas pemain nombor lima dunia itu menerima insentif kewangan berjumlah RM100,000 daripada syarikat minuman isotonik, 100PLUS. Perkara ini turut dikongsikan wartawan Astro Arena, Bazly Azmi di platform media sosial X. “Satu lagi […]

Pemenang Emas Indonesia Diberikan Ganjaran 6 Bilion

Pemenang pingat emas Olimpik 2024 dari Indonesia bakal menerima ganjaran lumayan berjumlah Rp6 bilion (RM1.7 juta). Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi. Ini sebagai tanda penghargaan usaha keras atlet Indonesia untuk meraih pingat emas untuk negara itu. Bonus yang diterima kali ini lebih banyak berbanding ganjaran untuk edisi Tokyo 2020. […]

“Apakah Ini Contoh Makhluk Besar Dimaksudkan Khairy Jamaluddin?” – Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh tampil memberikan kenyataan balas berhubung komen yang diberikan oleh Khairy Jamaluddin. Baru-baru ini, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkongsikan pandangannya dalam sesi audio siar Keluar Sekejap berkenaan keputusan yang dibuat oleh YB Hannah sebagai Menteri KBS. “Menjadi Menteri Belia dan Sukan mestilah seorang yang proaktif dan bukan […]

“Pingat Gangsa Punya Nilai Luar Biasa Buat Saya” – Lee Zii Jia

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengakui kejayaan meraih pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 memiliki nilai yang cukup luar biasa. Selepas terkandas di pusingan 16 pemain terbaik di temasya Olimpik 2020, bekas juara All England 2021 kembali bangkit untuk edisi 2024. Zii Jia terpaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan tiga set ke atas jaguh […]

Khairy Jamaluddin Nasihatkan Hannah Yeoh

Bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin memberi nasihat bernas kepada Hannah Yeoh. Beliau berkongsikan perkara ini dalam sesi audio siar Keluar Sekejap mengenai post-moterm Olimpik 2024 di Paris baru-baru ini. Umum mengetahui bahawa Malaysia hanya membawa pulang dua pingat gangsa menerusi acara badminton menerima reaksi pelbagai daripada rakyat Malaysia. Menerusi hantaran di laman Facebook, […]

Misi Emas Olimpik, Hamidin Gesa Atlet ‘Berkorban’ Dari Sekarang

Ketua kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Olimpik 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin menggesa atlet negara untuk berkorban jika ingin mendapatkan pingat emas Olimpik pertama negara. Hajat Malaysia untuk mengakhiri penantian pingat emas pertama di Paris, Perancis tidak kesampaian. Ini selepas kontinjen negara menamatkan kempen Olimpik dengan dua pingat gangsa. Acara badminton menyumbang kepada dua pingat […]

“Impian Emas Los Angeles Bermula Sekarang” – Hamidin

Ketua kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin menyifatkan usaha memburu pingat emas Olimpik seterusnya perlu bermula dari sekarang. Temasya Olimpik 2024 di Paris, Perancis menyaksikan kontinjen negara membawa pulang dua pingat gangsa menerusi acara badminton. Juara dunia beregu lelaki 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik meraih pingat gangsa pertama selepas […]

(Video): Pelumba Jepun Jelas Tolak Shah Firdaus Sampai Jatuh

Hajat jaguh berbasikal trek Malaysia, Shah Firdaus Sahrom untuk memburu pingat Sukan Olimpik 2024 di pentas final acara keirin tidak kesampaian. Shah Firdaus berjaya layak ke final acara keirin meskipun pada awalnya beraksi untuk penentuan tempat ketujuh hingga ke-12. Ini selepas panel komisar menghukum wakil Jepun, Kaiya Ota dengan penurunan kedudukan selepas perlumbaan separuh akhir […]

Olimpik Paris: Azizulhasni Awang Disingkirkan Acara Keirin

Hajat Datuk Azizulhasni Awang meraih pingat emas acara keirin Sukan Olimpik 2024 tidak kesampaian apabila beliau disingkirkan daripada saringan pertama acara keirin individu. Selepas terkandas di pusingan 1/8 acara pecut individu, jaguh berbasikal trek Malaysia itu mengalihkan tumpuan kepada acara kegemarannya iaitu keirin. Acara ini menyaksikan Azizulhasni meraih pingat gangsa edisi 2016 dan pingat perak […]

Olimpik Paris: Nurul Izzah Terkandas Acara Pecut

Hajat jaguh berbasikal trek wanita Malaysia, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri untuk mara lebih jauh dalam acara pecut wanita Olimpik 2024 tidak kesampaian. Ini selepas pelumba trek berusia 20 tahun itu gagal melepasi saingan repechage pusingan 1/32 di Saint-Quentin-en-Yvelines Velodrome. Selepas kemaraannya ke pusingan 1/16 disekat jaguh berbasikal trek Great Britain, Sophie Capewell, Nurul Izzah […]

Olimpik Paris: Jaguh Britain Sekat Kayuhan Nurul Izzah

Jaguh berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terpaksa akur dengan kehebatan pelumba Great Britain, Sophie Capewell. Selepas berjaya mara ke pusingan 1/32 acara pecut wanita dengan catatan masa 10.719 saat (s), pelumba berusia 20 tahun itu perlu melepasi cabaran Capewell. Jaguh berbasikal trek dari England itu tampil dengan motivasi hebat selepas memenangi […]

Olimpik Paris: Nurul Izzah Lepasi Kelayakan Pecut

Jaguh berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri melepasi pusingan kelayakan acara pecut wanita Sukan Olimpik 2024. Selepas tersekat di pusingan pertama acara keirin wanita, pelumba berusia 20 tahun itu berharap dapat kembali bangkit untuk acara pecut wanita. Nurul Izzah perlu mencipta catatan masa yang baik untuk berada dalam kelompok 24 pelumba terbaik acara […]

Maghribi Belasah Mesir 6-0 Untuk Raih Pingat Gangsa Di Olimpik

Maghribi mempamerkan prestasi cemerlang dalam kejohanan bola sepak Sukan Olimpik apabila membelasah Mesir 6-0 untuk meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris. Skuad Maghribi yang dikendalikan oleh Rabat – Tarik Sketioui berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-24 hasil jaringan Abde Ezzalzouli. 3 minit kemudian giliran pemain bernama Soufiane Rahimi pula untuk mencetak gol kedua Maghribi […]

Olimpik Paris: Azizulhasni Awang Singkirkan Hamish Turnbull

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengesahkan kemaraan ke pusingan 1/8 acara pecut individu Olimpik 2024. Pelumba berusia 36 tahun itu mengatasi cabaran wakil Great Britain, Hamish Turnbull dalam perlumbaan saringan ketujuh 1/16. Azizulhasni menjadi satu-satunya wakil negara di pusingan 1/16 acara pecut individu. Ini selepas seorang lagi jaguh negara, Shah Firdaus Sahrom terkandas […]

Olimpik Paris: Azizulhasni Awang Tewaskan Luca Spiegel

Jaguh berbasikal trek Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang mengetepikan cabaran Luca Spiegel untuk mara ke pusingan 1/16 acara pecut individu Sukan Olimpik 2024. Selepas mengesahkan kemaraan ke pusingan 1/32 dengan catatan masa 9.402 saat (s), Azizulhasni berharap dapat menebus kekecewaan tersingkir di peringkat suku akhir Olimpik 2020. Meskipun begitu, Spiegel dilihat ingin memperkukuh reputasinya sebagai pelumba […]

Shah Firdaus Hadapi Tentangan Wakil Israel Acara Pecut

Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom bakal berdepan cabaran sukar untuk pusingan 1/32 acara pecut individu Sukan Olimpik 2024. Ini kerana beliau bakal berdepan saingan wakil Israel, Mikhail Yakovlev dalam perlumbaan saringan ketiga acara berkenaan. Pelumba berdarah Rusia-Israel itu membuktikan kemampuannya apabila merekodkan catatan masa 9.152 saat (s) dalam sesi kelayakan acara pecut individu. […]