Azeem Fahmi Tuai Emas Di USA

Pelari pecut negara, Mohd Azeem Fahmi mengharumkan nama Malaysia hari ini apabila meraih pingat emas acara 4×100 meter (m) dalam Tom Jones Memorial Invitational anjuran Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan Amerika Syarikat (NCAA) hari ini. Kejohanan yang berlangsung di Gainesville, Florida itu menyaksikan anak jati Teluk Intan, Perak itu menjadi sebahagian daripada kuartet 4x100m Universiti Auburn. […]
Azeem Fahmi Tampil Pendekatan Berbeza Di USA

Jaguh pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi dilihat semakin menguasai teknik larian berbeza semasa berada di Amerika Syarikat. Pemerhatian ini dibuat jurulatih skuad olahraga pelapis negara, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah kepada Nadi Arena hari ini. Penguasaan teknik berbeza yang diterapkan jurulatih, Ken Harden membantu Azeem meraih pingat emas acara 4×100 meter (m) dan pingat […]
Rekod 22 Tahun Usain Bolt Lebur Di Tangan Pelari 16 Tahun

Rekod pelari pecut legenda, Usain Bolt selama 22 tahun akhirnya lebur di tangan seorang pelari muda Jamaica baru-baru ini. Pelari pecut berusia 16 tahun, Nickecoy Bramwell mencipta sensasi dengan memecahkan rekod acara lari 400 meter (m) dalam temasya Carifta Games Ke-51 yang diadakan di Grenada. Sebelum ini, Bolt mencipta catatan masa 47.33 saat (s) dalam […]
Wan Fazri Mahu Pertahankan Emas Sukan Universiti ASEAN

Atlet olahraga Malaysia, Wan Fazri Wan Zahari berharap dapat mempertahankan pingat emas yang dimenangi dalam temasya Sukan Universiti ASEAN yang lalu. Hasrat ini dinyatakan beliau kepada media selepas Majlis Anugerah Sukan Universiti Malaya 2023 yang berlangsung semalam. Wan Fazri meraih pingat emas untuk acara lari 800 meter di temasya yang diadakan di Ubon Ratchathani, Thailand […]
Punca Azeem Fahmi Tarik Diri Mengejut Terjawab

Punca pelari pecut negara, Azeem Fahmi menarik diri ketika Kejohanan Jemputan Dalam Dewan Clemson Tiger Pow 2024 akhirnya diketahui. Perkara ini dikongsikan jurulatihnya sebelum ini, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah ketika diminta mengulas mengenai keadaan Azeem. Beliau berkata pelumba berusia 20 tahun itu hanya mengalami kekejangan otot biasa dan status kecederaannya tidak ditahap yang membimbangkan. “Kejang […]
Pelaburan RM56 Juta Usain Bolt Lesap Sekelip Mata

Nama Usain Bolt terus diingati oleh peminat olahraga meskipun pelari legenda itu sudah bersara pada tahun 2017. Bagaimanapun, peminat sukan dunia dikejutkan dengan berita bahawa legenda Jamaica berusia 37 tahun itu mengalami kerugian AS$12.7 juta (RM56 juta) pada Januari 2023. Essentially Sports melaporkan hal ini berlaku disebabkan firma pelaburan Jamaica, Stocks and Securities Limited telah […]
Azeem Fahmi Terima Penghargaan Tertinggi

Pelari pecut Malaysia, Muhd Azeem Fahmi merupakan sebahagian daripada 33 penerima Pingat Jasa Kebaktikan (PJK) Negeri Perak. Pengurniaan pingat ini dibuat bersempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-67 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini. Azeem merupakan atlet termuda yang pernah menerima PJK. Ini sebagai mengiktiraf pencapaiannya sebagai pemenang pingat gangsa acara lari 100 meter […]