NSDF Futsal Championship: Thailand Muncul Juara ‘Hentam’ Australia 9-2

Skuad futsal Thailand muncul juara NSDF Futsal Championship 2024 selepas membelasah Australia 9-2 di pentas final hari ini. Selepas tewas 4-3 kepada lawan sama di peringkat kumpulan beberapa hari lalu, Thailand yang dibimbing Miguel Rodrigo mahu membalas dendam sambil menggondol gelaran juara. Manakala Australia pula berharap dapat melengkapkan rekod tanpa kalah mereka dalam kejohanan dengan […]

NSDF Futsal Championship: Malaysia Tewas Tipis Di Tangan Afghanistan

Malaysia terpaksa akur menamatkan saingan NSDF Futsal Championship 2024 di tempat keempat setelah kecundang kepada Afghanistan dalam aksi penentuan tempat ketiga. Skuad negara turun dengan misi menebus maruah setelah mencatatkan satu keputusan seri menentang Afghanistan dan dua kali tewas tipis kepada Australia dan Thailand di peringkat kumpulan. Kedua-dua pasukan terikat seri 3-3 sebelum ini ketika […]

“Malaysia Mendahului Tapi Masih Kalah” – Rakhpol Sainetngam

Jurulatih skuad futsal Malaysia, Rakhpol Sainetngam mengakui kelebihan psikologi yang dimiliki Australia membantu pasukan itu meraih kemenangan semalam. Aksi terbaru NSDF Futsal Championship 2024 itu menyaksikan skuad negara pada awalnya mendahului 2-0 menerusi Ridzwan Bakri (minit ke-14) dan Syahir Iqbal Khan (minit ke-16). Bagaimanapun, Australia bangkit pada babak kedua dengan menyumbat empat gol. Awalluddin Mat […]

NSDF Futsal Championship: Australia Cemas Sebelum Tundukkan Malaysia

Impian Malaysia meraih kemenangan pertama terbantut setelah tumpas kepada Australia dalam aksi terakhir peringkat kumpulan kejohanan jemputan NSDF Futsal Championship 2024. Skuad negara turun dalam aksi terakhir kumpulan ini dengan misi memburu kemenangan pertama setelah mencatatkan satu kekalahan dan satu keputusan seri sebelum ini. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah ketika Kejohanan Futsal AFF 2019 […]

NSDF Futsal Championship: Thailand Atasi Cabaran Hebat Malaysia

Skuad futsal Malaysia terpaksa menelan kepahitan apabila tewas kepada negara serantau, Thailand dalam aksi kedua NSDF Futsal Championship 2024. Selepas berjaya meraih keputusan 3-3 dengan Afghanistan, pasukan yang dibimbing Rakhpol Sainetngam berharap dapat mencipta kejutan ke atas tuan rumah. Manakala Thailand yang dibimbing jurulatih Sepanyol, Miguel Rodrigo pula mahu bangkit selepas tewas tipis 4-3 kepada […]

NSDF Futsal Championship: Malaysia Bangkit ‘Ikat’ Afghanistan

Malaysia membuka tirai kejohanan jemputan, NSDF Futsal Championship dengan keputusan seri setelah mengikat Afghanistan pada petang Ahad. Malaysia yang turun berjersi hitam bermula garang dengan beberapa gerakan yang mampu mengancam kubu Afghanistan sejak hon permulaan dibunyikan bagi memburu jaringan awal. skuad negara memperoleh beberapa peluang keemasan untuk memecah kebuntuan jaringan menerusi percubaan kapten, Abu Haniffa, […]