Noor Al-Rawabdeh Azam Pulih Lebih Cepat

Pemain tengah Selangor FC, Noor Al-Rawabdeh berazam untuk kembali pulih lebih cepat daripada tempoh sembilan bulan yang dinyatakan. Pemain tengah Jordan berusia 27 tahun itu terpaksa melupakan baki kempen musim 2024/25 selepas mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL). Kecederaan itu dialami selepas aksi Liga Super menentang PDRM FC pada 19 Oktober lalu. Ini menjadikan aksi […]
Noor Al-Rawabdeh Terpaksa Berehat Panjang

Selangor FC menerima tamparan hebat apabila kehilangan khidmat tonggak tengah Jordan, Noor Al-Rawabdeh. Pemain tengah berusia 27 tahun itu perlu berehat panjang selepas mengalami kecederaan ligamen anterior krusiat (ACL). Perkara ini dikongsikan sendiri Noor menerusi satu hantaran di Instagram Story beliau. “Hasil pemeriksaan mendapati saya didiagnosis dengan kecederaan ACL. Kami hanya mengatakan apa yang diredhai […]
“Palestin Ada Kelebihan Bermain Di Malaysia” – Noor Al-Rawabdeh

Pemain tengah Jordan, Noor Al-Rawabdeh berpendapat Palestin memiliki kelebihan menjelang aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Perlawanan antara Jordan dan Palestin bakal dilangsungkan di Stadium Cheras pada 10 malam esok. Pemain Jordan tersebut turut mengakui tidak memandang rendah cabaran Palestin yang memiliki kekuatan tersendiri hingga berjaya layak ke peringkat ini. “Ini perlawanan penting buat […]
Final Piala FA Istimewa Buat Noor Al-Rawabdeh

Pemain tengah Selangor FC, Noor Al-Rawabdeh menyifatkan final Piala FA 2024 satu final yang istimewa buat dirinya. Final Piala FA 2024 menemukan dua pasukan gergasi tanah air iaitu Selangor dan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Final ini cukup istimewa buat Merah Kuning kerana ini penampilan pertama mereka di pentas final Piala FA […]
3 Pemain Kebangsaan Jordan Jadi Taruhan Selangor

Tiga pemain berstatus bintang kebangsaan Jordan bakal menjadi taruhan Selangor untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2024/2025. Selangor sebelum ini memiliki jeneral tengah kebangsaan Jordan, Noor Al Rawabdeh yang berjaya membantu The Red Giants meraih gelaran naib juara musim lalu. Noor mencatatkan 28 penampilan dan berjaya mencetak lima gol selain melakukan tiga bantuan jaringan sepanjang musim […]
Pemain Selangor Anggap Setiap Perlawanan Adalah Final

Pemain Selangor FC akan menganggap setiap perlawanan yang dilalui selepas ini adalah pentas akhir dalam usaha mereka terus mencipta kemenangan. Perkara tersebut disuarakan pemain tengah import Selangor, Noor Al-Rawabdeh ketika ditemubual selepas aksi Liga Super bertemu Penang FC pada Sabtu. “Bagi kami sekarang, semua perlawanan adalah perlawanan akhir. Kami menghormati semua pasukan dan saya mahu […]
Selangor Dambakan Kemenangan Di Gelanggang Lawan

Pemain tengah Selangor FC, Noor Al-Rawabdeh mengakui pasukan gergasi Lembah Klang itu mahu menamatkan kemarau kemenangan mereka di tempat lawan. Sejak saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25 bermula, Merah Kuning berdepan kesukaran merekodkan kemenangan di tempat lawan. Tiga perlawanan Liga M di tempat lawan menyaksikan Selangor bukan saja tewas kepada KL City FC pada […]
Ali Olwan Tiada Kelab, Bakal Ikut Reziq Bani Hani Ke Liga Super?

Penyerang sensasi Jordan, Ali Olwan berpotensi untuk mengikut jejak langkah tonggak Selangor, Reziq Bani Hani ke Liga Super. Pemain berusia 24 tahun itu secara rasminya dilepaskan oleh kelab Qatar, Al-Shamal SC setelah kontraknya tamat pada 30 Jun 2024 yang lalu. Beliau kini menjadi buruan beberapa kelab ternama Asia susulan prestasi memberangsangkan ketika di Piala Asia […]
Kisah Noor Al-Rawabdeh Di Selangor Jadi Buah Mulut Asia

Nama pemain tengah Selangor FC dan Jordan, Noor Al-Rawabdeh kembali menjadi sebutan peminat bola sepak Asia baru-baru ini. Ini selepas akaun media sosial rasmi Liga Juara-Juara AFC (ACL) menggelar Noor sebagai bintang utama untuk Al-Nashama dan Merah Kuning. “Bintang utama untuk kelab dan negara. Noor Al-Rawabdeh bakal mengetuai Selangor FC ke arah kejayaan di peringkat […]
Liga Super: Selangor Pamer Taring Berbisa, Mudah Tundukkan Negeri Sembilan

Perlawanan saingan Liga Super malam ini menyaksikan pertembungan diantara Selangor dan Negeri Sembilan di Stadium MBPJ, Petaling Jaya berakhir dengan keputusan 4-0. Skuad kendalian Nidzam Jamil menurunkan barisan sama seperti perlawanan lepas dengan jentera serangan pasukan diketuai oleh Alvin Fortes dan juga Ronnie Fernandez. Sementara Negeri Sembilan pastinya memburu kemenangan pertama dalam saingan Liga Super […]
Nilai Arif Aiman Cecah RM2.8 Juta, Pintas Bintang Final Piala Asia 2023

Nilai pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi terus melonjak tinggi apabila kini mencecah RM2.8 Juta bagi tahun 2024. Pemain berusia 22 tahun itu menjadi sandaran utama skuad Harimau Selatan apabila membantu pasukan untuk mengekalkan 4 trofi yang dimenangi pada tahun lalu. Beliau juga turut diberikan tanggungjawab besar untuk membawa cabaran negara […]
Noor Al-Rawabdeh & Yazan Al-Arab Terima ‘Markah’ Tertinggi Lawan Qatar

Dua pemain handalan Jordan, Noor Al-Rawabdeh dan Yazan Al-Arab terus menjadi antara pemain dengan penilaian tertinggi menentang Qatar. Aksi final AFC Asian Cup itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan misi untuk melakar sejarah. Anak didik Husein Ammouta terpaksa akur dengan hatrik penalti yang dijaringkan oleh Akram Afif untuk kekal mendominasi pentas Asia. Namun […]
Noor Al-Rawabdeh Buat Penyokong Selangor Tersenyum Panjang

Tonggak tengah Selangor, Noor Al-Rawabdeh menceriakan para penyokong The Red Giants apabila kudratnya masih diperlukan bagi musim hadapan. Pengumuman ini dikongsikan oleh Selangor FC menerusi satu video yang memaparkan Noor Al-Rawabdeh bakal meneruskan aksi bersama Selangor pada musim hadapan. “Dengan berbesar hati untuk mengumumkan bahawa pemain tengah kami, Noor Al-Rawabdeh, akan meneruskan perkhidmatannya dalam warna […]
AFC Asian Cup: 4 Pemain Tumpuan Aksi Malaysia & Jordan

Menjelang aksi hangat Malaysia berdepan Jordan, mari kita lihat antara pemain yang dijangka mencuri tumpuan pada perlawanan tersebut. Pemain sayap Harimau Malaya, Arif Aiman sudah tentunya antara nama yang bakal diberi peranan penting bagi merobek gawang Jordan. Bakat pemain berusia 21 tahun itu sudah terbukti dengan statistik yang cukup cemerlang bersama skuad kebangsaan – 6 […]
Penyerang Ligue 1 Antara Watak Hebat Jordan Di Piala Asia

Jordan bakal mempertaruhkan khidmat pemain serangan Ligue 1 dalam menggempur pasukan-pasukan yang bertanding di Piala Asia 2023 Qatar. Mousa Al-Tamari merupakan pemain sayap kanan kelab Montpellier yang kini berada ditangga ke-12 liga Perancis. Pemain berusia 26 tahun ini bakal bersama-sama dengan pemain antarabangsa yang bermain di liga Malaysia, Noor Al-Rawabdeh serta Fadi Awad dalam senarai […]
Senarai 6 Pemain Antarabangsa Liga Super Yang Beraksi Di Piala Asia Qatar 2023

6 pemain yang beraksi dalam kancah Liga Super musim ini bakal menghiasi kejohanan Piala Asia Qatar 2023 bersama negara masing-masing. Kenali 10 pemain tersebut sebelum bermulanya Piala Asia berbaki dua minggu lagi. 1. Jordi Amat (Indonesia) Pertahanan tengah JDT, Jordi Amat bakal memimpin jentera pertahanan Indonesia yang akan berdepan pasukan Jepun, Iraq dan Vietnam. Jordi […]