Keluarga Punca Luqman Hakim Kekal Berjuang Di Luar Negara

Penyerang muda Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin mengakui sokongan keluarga menjadi pendorong buat dirinya untuk terus beraksi di luar negara. Sejak berhijrah menyertai kelab Belgium, KV Kortrijk pada 2020, penyerang berusia 22 tahun itu bergelut mendapatkan minit permainan yang kerap. Situasi ini bukan saja dialami Luqman di Kortrijk. Malah, beliau juga bergelut mendapatkan minit permainan mencukupi […]
Foto Terbaru Luqman Hakim Berbaju Selangor Jadi Perhatian

Khabar mengenai bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin terus menjadi perhatian apabila beliau dikesan berbaju selangor ketika menjalani latihan persendirian. Pemain berusia 22 tahun itu merupakan tunjang utama buat skuad bawah 23 tahun negara dan kini memasuki tahun ke-4 di Eropah. Beliau sebelum ini dipinjamkan ke kelab Liga Iceland bersama Njardvik FC tidak berlangsung seperti […]
Luqman Hakim & Njardvik FC Berpisah?

Teka teki mengenai status peneyrang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin bersama kelab Iceland, Njardvik FC menjadi tanda tanya peminat boleh sepak tanah air. Pemain berusia 22 tahun itu dipinjamkan ke Njardvik daripada kelab Belgium, KV Kortrijk dengah kontrak satu musim pada awal Januari lalu. Beliau memilih untuk ke sana bagi memperoleh lebih banyak minit bermain […]
Jalil Rasheed Puji Kecekalan Luqman Hakim

Kecekalan pemain muda Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin untuk terus berjuang di Eropah menarik perhatian bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (PNB), Jalil Rasheed. Pemain berusia 21 tahun itu ketika ini berdepan ujian hebat susulan tidak berjaya menterjemahkan persembahan terbaik untuk membantu Malaysia pada pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 di Thailand. Sungguhpun Malaysia layak […]
Ini 3 Destinasi Pilihan Luqman Hakim Jika Pulang Ke Asia

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin telah menyenaraikan 3 liga yang menjadi destinasi pilihan beliau jika pulang beraksi di Asia. Pemain berusia 21 tahun itu sedang beraksi buat kelab Iceland, Njardvik FC namun berdepan saingan sengit ketika ini. Beliau hanya beraksi dalam beberapa perlawanan di sana sejak kebelakangan ini termasuklah 5 minit ketika turun menentang […]
Njardvik Pesta Gol Lagi, Tewaskan Thróttur Reykjavík

Pasukan Liga Iceland, Njardvik kini berada dalam prestasi yang cukup memberangsangkan apabila mencatatkan kemenangan besar kali kedua berdepan Thróttur Reykjavík. Pertemuan di tempat lawan menyaksikan pasukan bimbingan Gunnar Heidar Thorvaldsson meraih kemenangan penting untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam liga. Njardvik kini berada pada kedudukan kedua tercorot liga selepas mengalami rentetan kekalahan ketika di bawah kendalian jurulatih lama. […]
Luqman Hakim Dapat Suntikan Semangat Baru Di Iceland

Penyerang muda pasukan Njardvik FC, Luqman Hakim Shamsudin memperoleh suntikan semangat baharu di Iceland untuk terus melebarkan sayapnya. Pemain berusia 22 tahun itu menyertai kelab Iceland itu secara pinjaman dari kelab Belgium, KV Kortrijk secara pinjaman untuk mendapatkan lebih banyak minit bermain. Perjalanan anak jati Kota Bharu, Kelantan ini bagaimanapun berlangsung penuh berliku selepas prestasi […]
Luqman Hakim & Njardvik Berdepan Detik Sukar

Penyerang muda negara di Iceland, Luqman Hakim Shamsudin berdepan detik sukar apabila pasukannya, Njardvik FC kini berdepan prestasi yang tidak menentu. Pemain berusia 21 tahun ini berhijrah ke Iceland secara pinjaman daripada KV Kortrijk untuk mendapatkan lebih banyak minit bermain. Sungguhpun bermula dengan cukup baik di sana, beliau kini lebih banyak diletakkan selalu pemain simpanan. […]
Luqman Hakim Hampir-Hampir Catat ‘Assist’ Menakjubkan Di Iceland

Kemasukan penyerang muda Njardvik, Luqman Hakim Shamsudin hampir-hampir menghadiahkan kemenangan buat pasukannya di laman sendiri. Pemain berusia 21 tahun itu sekali lagi mendapat kepercayaan oleh barisan kejurulatihan untuk beraksi di Iceland. Beliau dimasukkan pada babak kedua permainan dan mencipta impak segera untuk membantu jentera serangan pasukan. Luqman memiliki kepantasan untuk mengatasi pertahanan lawan selain kemampuan […]
Hamidin Puji Jiwa Kental Luqman Hakim Bertahan Di Eropah

Bukan sekali penyokong Harimau Malaya mendengar kisah pemain-pemain negara bergelut bila berkelana di luar negara terutama Eropah. Tetapi itu sesuatu yang mahu diubah penyerang Njardvik, Luqman Hakim Shamsudin – satu perkara yang dipuji Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin. Selepas bergelut dengan minit permainan yang terhad di KV Kortrijk, Luqman boleh […]
Njardvik Dibantai Afturelding 7-2

Tanpa khidmat penyerang negara, Luqman Hakim Shamsudin, Njardvik ditimpa kekalahan besar 7-2 di tangan Afturelding. Empat daripadanya disumbang oleh penyerang Iceland, Arnor Gauti Ragnarsson. Njardvik terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Rafael Victor pada minit ke-10. Bagaimanapun, Afturelding kembali menyamakan kedudukan menerusi gol sendiri Marc McAusland. Dari situ, Ragnarsson meledakkan dua gol pada minit ke-19 dan […]
Gol Luqman Hakim Selamatkan Maruah Njardvik Dimalukan Selfoss

Penyerang muda Njardvik FC, Luqman Hakim Shamsudin menjaringkan gol penting untuk memastikan pasukannya tidak mengalami kekalahan. Pemain berusia 22 tahun itu memanfaatkan peluang yang diberikan sungguhpun tidak diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan. Anak jati Kota Bharu itu mempamerkan kualiti yang dimiliki apabila memberi impak selaku pemain gantian pada perlawanan ini. Beliau masuk untuk menggantikan rakan […]
Prestasi Semasa Njardvik Membimbangkan

Prestasi semasa kelab Liga Iceland, FC Njardvik cetus keresahan para penyokongnya setelah mempamerkan prestasi yang cukup lemah setelah mengharungi beberapa perlawanan saingan Liga Iceland musim ini. Kelab yang diwakili oleh pemain muda negara, Luqman hakim Shamsudin itu bermula dengan cukup baik apabila merekodkan dua mata sepanjang dua aksi namun kelihatan semakin sukar mendapatkan rentak. Kekalahan […]
Luqman Hakim Pacu Kebangkitan Njardvik Ikat Ægir

Penyerang muda Njardvik FC, Luqman Hakim Shamsudin sekali lagi memainkan watak penting ketika membantu pasukannya meraih satu mata semalam. Pemain berusia 20 tahun itu mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan. Beraksi di laman sendiri, Njardvik yang menurunkan barisan terkuat mereka namun dikejutkan dengan jaringan awal lawan menerusi percubaan Ivo Braz seawal […]
Luqman Hakim: JDT & Selangor Pasukan Yang Sangat Bagus

Penyerang sensasi Njardvik FC, Luqman Hakim Shamsudin memberitahu bahawa dua pasukan Liga Super, JDT dan Selangor merupakan pasukan yang sangat bagus. Menerusi satu temubual bersama Astro Arena, penyerang muda negara itu kini sedang menjalani karier yang amat baik di Iceland setelah melengkapkan perpindahan dari KV Kortrijk secara pinjaman. Katanya, terdapat perbezaan yang ditunjukkan antara Liga […]
Luqman Hakim Bantu Njardvik Raih Mata Pertama Liga Iceland

Penyerang sensasi Njardvik FC, Luqman Hakim Shamsudin berjaya melakukan debut yang cukup cemerlang untuk membantu pasukannya meraih mata pertama di Liga Iceland. Pemain berusia 20 tahun ini sudah pun diturunkan pada aksi dalam aksi pusingan kalah mati sebelum ini ketika pasukannya mencatatkan kemenangan 4-1. Anak jati Kota Bharu ini sekali lagi diberikan peluang untuk membuktikan […]