Neymar Seronok Jika Sertai Bekas Kelab Bergson

Bintang Al-Hilal, Neymar mengakui akan menjadi keseronokan untuk kembali ke Brazil dan menyertai kelab yang pernah disertai penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson iaitu kelab Fortaleza. Sebelum ini, MakanBola melaporkan Neymar terpaksa pulang ke Brazil untuk tujuan perubatan selepas mengalami kecederaan peha yang memaksa pemain berusia 32 tahun itu berehat sehingga tamat tahun 2024 ini. […]
Neymar Kembali Ke Brazil

Pemain sayap Al-Hilal, Neymar telah kembali ke Brazil selepas dirinya sekali lagi mengalami kecederaan yang memaksa beliau berehat untuk beberapa minggu. Kecederaan yang dialami itu memaksa Neymar pulang ke Brazil bagi menjalani proses pemulihan bersama pakar perubatan di sana. Menerusi laman Goal, aksi Neymar mungkin tidak akan dapat dilihat sehingga tahun 2025 dan khidmat Neymar […]
Masalah Kecederaan Kembali Hantui Neymar

Bintang Al-Hilal, Neymar kembali dihantui isu kecederaan dalam aksi terbaru Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Sebelum ini, bekas bintang Barcelona itu terpaksa berehat selama 369 hari. Ini selepas Neymar mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) dan meniskus pada bahagian lutut semasa aksi kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan Brazil dan Uruguay pada 2023. Kecederaan serius itu […]
Hari-Hari Neymar Penuh Seksaan

Pemain bintang Al-Hilal, Neymar mengakui hari-hari yang beliau lalui sebelum ini penuh dengan seksaan dan memaksa beliau hanya menonton bola sepak tanpa beraksi. Bagi Neymar, apa yang beliau mahukan dalam hidup adalah untuk bermain bola sepak dan berada di luar padang untuk satu tempoh yang lama sememangnya menyakitkan hati beliau sebagai seorang pemain bola sepak […]
ACL: Al-Hilal Berpesta Gol Atasi Al-Ain, Neymar Jadi Tumpuan

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal melalui perlawanan yang sengit dengan pesta gol terhasil ketika bertemu wakil Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Ain pada aksi AFC Champions League Elite (ACLE) pada Selasa. Al-Hilal menurunkan skuad terkuat dengan Aleksandar Mitrovic menjadi penyerang tunggal manakala Neymar kembali dengan memulakan perlawanan di bangku simpanan. Penyerang Maghribi, Soufiane Rahimi tampil menjadi […]
Neymar Gagal Ujian Perubatan, Aksi Bersama Al Hilal Tertangguh

Bintang Brazil, Neymar gagal melepasi ujian perubatan sekaligus Al Hilal terpaksa melupakan khidmatnya buat masa ini. Penyerang berusia 32 tahun itu baru sahaja pulih daripada kecederaan lutut Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada tahun lepas. Perkara ini disahkan oleh seorang Fisioterapi Profesional di laman sosial media X, yang merawat Neymar di Al Hilal. Beliau menyatakan terdapat […]
Neymar Tak ‘Layan’ Barcelona

Penyerang Al-Hilal, Neymar menafikan sekeras-kerasnya khabar angin bahawa beliau akan kembali ke Barcelona. Sebelum ini, portal Globo melaporkan penyerang berusia 32 tahun itu menawarkan diri untuk pulang ke Nou Camp untuk membantu Barcelona. Ini sebahagian daripada usahanya untuk memperkuat pasukan gergasi Sepanyol itu yang terus dibelenggu masalah kewangan. Walau bagaimanapun, usaha Neymar ditolak oleh jurulatih […]
Brendan Gan & Lionel Messi Rekod Bantuan Gol Tertinggi Di Dunia

Pemain tengah Kuala Lumpur City FC dan Harimau Malaya, Brendan Gan telah disenaraikan sebaris bintang ternama dunia dan juga pemain Inter Miami CF, Lionel Messi. Brendan yang bakal menginjak ke usia 36 tahun pada Jun nanti telah disenaraikan sebagai penyumbang bantuan gol tertinggi dalam satu perlawanan oleh laman statistik terkemuka dunia, Sofascore. Menurut laman statistik […]
Penampilan Comel Neymar Buat Peminat Geli Hati

Bintang kelab Al-Hilal, Neymar baru-baru ini telah dikesan tampil di khalayak dengan penampilan yang sedikit ‘comel’ sekali gus mengundang geli hati kepada peminat beliau. Baru-baru ini, Neymar pergi ke pesta ulang tahun ke-58 lagenda Brazil, Romario, di mana beberapa hadirin merakam video dan ianya tular di media sosial kerana pemain Brazil itu kelihatan seperti berlebihan […]
Polis Perancis Siasat Perpindahan Neymar Ke PSG

Arena sukan Perancis dikejutkan dengan serbuan yang dilancarkan polis Perancis ke atas kementerian kewangan negara itu. Serbuan itu dibuat bagi menyiasat dakwaan wujud unsur penipuan dalam perpindahan penyerang Brazil, Neymar dari Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG) pada 2017. Portal Perancis, Mediapart mendakwa kelab gergasi Perancis berkenaan mendapat bantuan untuk tidak membayar sebarang cukai kepada kerajaan […]
Jurulatih Al-Hilal Percaya Neymar Bertentangan Dengan Cristiano Ronaldo

Ketua jurulatih Al-Hilal FC, Jorge Jesus baru-baru ini telah mendedahkan faktor utama yang membuatkan karier Neymar dan Cristiano Ronaldo sangat bertentangan. Jorge Jesus yang merupakan jurulatih kelahiran Portugal memberitahu media bahawa Neymar lebih mementingkan kehidupan peribadi berbanding bermain bola sepak. Berbeza dengan Cristiano Ronaldo yang telah memberikan segala-galanya demi bola sepak memandangkan sukan bola sepak […]
Seorang Ibu Tuntut RM1.87 Juta Daripada Neymar

Bintang Al-Hilal dan Brazil, Neymar kembali diselubungi kontroversi apabila menerima saman berjumlah €368,000 (RM1.87 juta) daripada seorang wanita hari ini. Akhbar Le Parisien melaporkan wanita Brazil berusia 35 tahun itu pernah bekerja sebagai tukang cuci di kediaman beliau. Dalam samannya itu, wanita itu mendakwa bekerja tujuh hari seminggu dari Januari 2021 hingga Oktober 2022 tanpa […]
Al-Hilal Berisiko Hilang Neymar Di ACL

Al-Hilal berdepan risiko kehilangan Neymar untuk tempoh masa lama selepas penyerang Brazil itu dilaporkan cedera hari ini. Wartawan sukan, Fabrizio Romano melaporkan bekas penyerang PSG itu terpaksa diusung keluar oleh pasukan perubatan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 Brazil menentang Uruguay. Ketiadaan beliau sedikit sebanyak menyumbang kepada kekalahan 2-0 Brazil di tangan Uruguay hari ini. […]
ACL: Neymar Pacu Al-Hilal Tewaskan Kelab Iran

Keadaan padang Stadium Azadi tidak menghalang Neymar dan Al-Hilal daripada mencipta kemenangan ke atas kelab Iran, Nassaji Mazandaran dalam aksi kedua Kumpulan D hari ini. Selepas diikat 1-1 oleh Navbahor pada aksi pertama kumpulan, The Blue Waves mahu memastikan kemenangan diraih dalam aksi kedua kumpulan. Sementara Nassaji pula ingin meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan kelab […]
Keadaan Padang Iran Buat Neymar Risau

Penyerang Brazil, Neymar bimbang dengan situasi padang di Stadium Azadi menjelang aksi kedua Kumpulan D ACL antara Al-Hilal dengan Nassaji Mazandaran. Ini selepas satu video berkenaan keadaan padang Stadium Azadi tular di media sosial. Video tersebut menunjukkan penjaga padang Nassaji menyambungkan potongan rumput dengan padang bagi menutup bahagian permukaan konkrit yang terdedah. Kerja-kerja penambahbaikan padang […]
ACL: Al-Hilal & Neymar Nyaris Diaibkan Kelab Uzbekistan

Jaguh Arab Saudi, Al-Hilal nyaris diaibkan kelab Uzbekistan, Navbahor dalam satu aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL). Aksi yang berlangsung di Stadium King Fahd menyaksikan Jorge Jesus menurunkan kesebelasan terbaik yang diketuai oleh bintang Brazil, Neymar. Pasukan tersebut bagaimanapun tidak dapat mempamerkan persembahan yang diharapkan. Al-Hilal juga yang menguasai sebahagian besar permainan tidak dapat mencari gol […]