FIFA Tunggu Aksi Malaysia vs New Zealand Penuh Debaran

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) teruja menantikan aksi antara Malaysia vs New Zealand. Skuad kendalian Pau Marti sudah menjalani persiapan hampir 7 hari di Auckland bagi menentang pasukan ke-95 dunia itu. Harimau Malaya sebelum ini telah mengharungi aksi persahabatan menentang Auckland FC yang berkesudahan dengan keputusan 1-1. Pengendali kelahiran Sepanyol itu teruja apabila berjaya […]
Pau Marti: Malaysia Berpeluang Cipta Sejarah

Pengendali skuad kebangsaan Malaysia, Pau Marti Vicente melihat aksi menentang New Zealand sebagai peluang menempa nama dalam catatan sejarah bola sepak negara. Selepas diikat 1-1 dengan kelab baru A-League, Auckland FC pada 11 Oktober lalu, kini fokus Harimau Malaya tertumpu pula kepada aksi persahabatan antarabangsa dengan All Whites. Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu sejak […]
New Zealand Sedia Pamer Aksi Terbaik Lawan Malaysia

Pengendali New Zealand, Darren Bazeley memaklumkan pasukannya akan memberi persembahan terbaik bila berhadapan dengan Malaysia. All Whites bakal berdepan Malaysia untuk aksi persahabatan antarabangsa yang akan diadakan di Auckland pada 14 Oktober ini. Ini kali pertama kedua-dua negara bertemu sejak 23 Februari 2006. Aksi yang turut berlangsung di Auckland itu berkesudahan dengan kemenangan 2-1 buat […]
Pesanan Jurulatih USA Jadi Panduan Malaysia Kekang New Zealand

Pesanan jurulatih USA menjadi panduan buat Malaysia dalam misi untuk mengekang New Zealand. Pasukan kendalian Pau Marti memperagakan akai terbaik sungguhpun terikat dengan keputusan 1-1 menentang Auckland. Katanya, para pemain telah beraksi sebaik mungkin dan mendapat gambaran awal menentang All Whites pada 14 Oktober ini. “Kita mengharungi aksi yang baik menentang Auckland FC. Walaupun mereka […]
Syihan & Akhyar Rashid Popular, Diserbu Peminat Di New Zealand

Pemain Harimau Malaya seperti Syihan Hazmi dan Akhyar Rashid menerima sambutan hangat daripada peminat di New Zealand. Skuad kendalian Pau Marti masih segar dengan kejayaan menjulang Piala Pestabola Merdeka 2024. Harimau Malaya berjaya membenam cabaran Lubnan dengan keputusan 1-0 September lalu namun hanya seri menentang Auckland FC tempoh hari. Malaysia bagaimanapun menerima tonik tambahan di […]
Jurang ‘Saham’ Chris Wood & Romel Morales RM30.7 Juta

Pertembungan dua penyerang utama iaitu Chris Wood dan Romel Morales menghiasi aksi antara New Zealand dan Malaysia. Skuad kendalian Pau Marti dalam momentum cemerlang selepas kuncul juara Pestabola Merdeka 2024. Harimau Malaya juga melonjak dua tangga dan kini menghuni tangga ke-132 dunia sementara All Whites menghuni kedudukan ke-95 dunia. Kedua-dua pasukan dijangka mempertaruhkan penyerang utama […]
Tonggak ‘RM9.3 Juta’ Serie A Ujian Hebat Arif Aiman

Pemain sayap Harimau Malaya, Arif Aiman bakal berdepan lawan bernilai RM9.3 Juta yang beraksi di Serie A. Skuad kendalian Pau Marti telah mengharungi aksi persahabatan Tier 2 berdepan Auckland FC dan meraih keputusan seri 1-1. Ujian sebenar menanti Harimau Malaya apabila bakal berdepan pasukan ke-95 dunia iaitu New Zealand bagi satu aksi persahabatan Tier 1 […]
3 Saluran Siarkan Aksi New Zealand vs Malaysia

TV Sarawak atau TVS bakal menyiarkan aksi New Zealand menentang Malaysia dalam tiga medium berbeza. Sebelum ini, penyokong Harimau Malaya ceria apabila TVS bakal menyiarkan perlawanan tersebut secara langsung pada 14 Oktober ini. Perkara ini dimaklumkan stesen televisyen yang berpangkalan di Sarawak itu pada 8 Oktober lalu. Kini, penyokong berpeluang menonton perlawanan berkenaan di tiga […]
Harimau Malaya Lawan Kelab Ke-1136 Dunia

Harimau Malaya menghadapi tentangan kelab ke-1136 dunia bagi aksi persahabatan bulan Oktober 2024. Skuad kendalian Pau Marti masih segar dengan kejayaan menjulang Pestabola Merdeka apabila menundukkan Lubnan dengan keputusan 1-0. Perjalanan pasukan kebangsaan diteruskan apabila bakal menentang pasukan ke-95 dunia, New Zealand di Auckland pada 14 Oktober 2024. Malaysia kini menghuni tangga ke-132 dunia berdepan […]
Jaringan Torpedo Safee Sali Gamit Memori New Zealand vs Malaysia

Jaringan deras Safee Sali dalam aksi New Zealand menentang Malaysia pada 23 Februari 2006 kembali menggamit memori penyokong negara. Safee menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan yang ketika itu dibimbing Norizan Bakar. Tidak seperti skuad hari ini yang turut dibarisi pemain warisan dan naturalisasi, kesemua pemain dalam skuad Harimau Malaya tahun 2006 dibarisi pemain tempatan. Antara […]
Safee Sali Terkenang Peristiwa 18 Tahun Lalu

Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali terkenang perlawanan bertemu New Zealand 18 tahun yang lalu di mana menyaksikan Malaysia tewas sekali dan seri sekali. Tersemat di ingatan Safee apabila dirinya berjaya meledak jaringan buat skuad kebangsaan menentang pasukan yang jauh lebih tinggi rankingnya berbanding Malaysia. “2006 itu memang satu nostalgia menentang pasukan New Zealand, All […]
4 Bintang New Zealand Bakal Cabar Harimau Malaya

Harimau Malaya bakal berdepan cabaran empat bintang New Zealand menjelang aksi persahabatan antarabangsa yang berlangsung pada 14 Oktober ini. Malaysia berharap dapat meneruskan momentum kemenangan selepas meraih gelaran juara Pestabola Merdeka 2024. Sementara All Whites pula ingin mempertahankan rekod kemenangan mereka ke atas skuad negara sejak 2006. Jurulatih New Zealand, Darren Bazeley dijangka mempertaruhkan empat […]
Kelab Besar New Zealand Jadi Lawan Harimau Malaya

Harimau Malaya bakal diuji sebuah kelab utama dari New Zealand di Auckland pada 11 Oktober ini. Perkara ini dikongsikan pengendali skuad senior kebangsaan, Pau Marti Vicente baru-baru ini. Ia sebahagian daripada persiapan menentang New Zealand yang berlangsung pada 14 Oktober. “Pasukan kebangsaan akan menentang sebuah pasukan kelab utama untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 2 pada 11 […]
Pau Marti Sedar Tugas Besar Hadapi New Zealand

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente menyifatkan aksi persahabatan menentang New Zealand sebagai tugasan mencabar buat pasukan itu. Ini kali pertama skuad negara berentap dengan pasukan yang menduduki ranking ke-95 dunia itu sejak 23 Februari 2006. Menariknya, aksi persahabatan edisi 2024 diadakan di lokasi sama kedua-dua pasukan berentap iaitu Stadium North Harbour, Auckland. Aksi pada […]
“Aksi Lawan New Zealand Bantu Kita Jadi Lebih Baik” – Syamer Kutty

Pemain tengah Harimau Malaya, Syamer Kutty Abba melihat aksi persahabatan menentang New Zealand bakal membantu pasukan itu menjadi lebih baik. Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu sejak kali terakhir melakukannya pada 23 Februari 2006. Menariknya, aksi terakhir Malaysia dan New Zealand turut diadakan diĀ Auckland. Harimau Malaya yang ketika itu dibimbing Norizan Bakar tewas 2-1 kepada All […]
Gawang Chelsea Pun Bolos, Chris Wood Ancaman Malaysia Kekang New Zealand

Penyerang Nottingham Forest, Chris Wood berjaya membolosi gawang Chelsea sekaligus menjadi amaran buat Malaysia menghadapi New Zealand. Pemain berusia 32 tahun itu beraksi dalam kesebelasan utama Forest ketika mengikat Chelsea 1-1 di Stamford Bridge. Beliau mempamerkan ketajaman memukau musim ini apabila berjaya menjaringkan 4 gol dalam hanya 7 penampilan sekaligus memberikan masalah besar buat Harimau […]