Liga Super: PDRM Bangkit Tangguhkan Kemenangan Terengganu

Terengganu dan PDRM terpaksa akur berkongsi satu mata bagi saingan Liga Super setelah terikat seri di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Tomislav Steinbruckner menyenaraikan barisan pemain terbaik seperti Suhaimi Husin, Safwan Mazlan, Azam Azmi, Akhyar Rashid, Nelson Bonilla serta Safawi Rasid selaku kapten pasukan. PDRM pula mempertaruhkan pemain-pemain hebat seperti Bryan See, Fadi Awad, Bruno […]

Penyerang Terengganu Dapat Panggilan El Salvador

Penyerang baru Terengganu FC, Nelson Bonilla telah dipanggil untuk memperkuat skuad kebangsaan El Salvador. Ini selepas Persekutuan Bola Sepak El Salvador (FESFUT) mengeluarkan senarai 23 pemain untuk aksi Kumpulan A Liga Negara-Negara CONCACAF (CNL) menentang Montserrat dan Bonaire. El Salvador perlu muncul juara kumpulan bukan saja untuk meraih kenaikan ke divisyen utama CNL. Malah, juara […]

Terengganu Letak Harapan Besar Kepada Nelson Bonilla

Terengganu FC berharap kehadiran penyerang import baru, Nelson Bonilla bakal menambah dimensi baru di bahagian serangan mereka. Harapan ini disuarakan pengendali Croatia, Tomislav Steinbruckner selepas penyerang El Salvador itu sah menyertai Peteh pada 21 Ogos lalu. Steinbruckner merasakan ketiadaan penjaring terbanyak Terengganu pada musim 2023, Ivan Mamut sedikit sebanyak menjejaskan rentak pasukan. Ini kerana penyerang […]

Nelson Bonilla Kini Milik Terengganu

Penyerang kelahiran El Salvador, Nelson Bonilla kini secara rasminya milik Terengganu. Pemain berusia 33 tahun itu diumumkan selaku tonggak baharu skuad Peteh pada aksi Shopee Cup bertemu Svay Rieng. Tonggak berpengalaman ini diberi tanggungjawab untuk memacu jentera serangan Terengganu selepas terpaksa mengetepikan Ivan Mamut dalam tempoh panjang. Beliau memiliki pengalaman luas beraksi di Liga Thailand […]