3 Penyerang Tempatan Tampil Menyengat Musim Ini

Kelibat penyerang tempatan sentiasa menjadi perhatian penyokong liga Malaysia ekoran posisi itu kerap kali diberikan kepada pemain import ketika ini. Berikut merupakan 3 penyerang tempatan yang tampil menyengat dalam saingan liga Malaysia musim 2023: 1. Shahrel Fikri (Negeri Sembilan FC) Shahrel Fikri pamer kebangkitan bersama Negeri Sembilan untuk kembali meledak jaringan dalam saingan Liga Super. […]

Zaquan Adha Mahu Bergandingan Semula Dengan Aidil Zafuan

Zaquan Adha menyatakan hasrat beliau untuk bergandingan semula bersama kembarnya, Aidil Zafuan sebelum bersara daripada arena bola sepak. “Memang menjadi impian saya namun hala tuju Aidil dan saya ketika ini berbeza kerana kami mempunyai pilihan tersendiri.” “Kami bermain bola daripada mulanya bersama dan kalau boleh saya mahu mengakhirinya bersama-sama juga.” ujar Zaquan sewaktu ditemu bual […]

“Inilah Cara Kuching City Yang Kita Mahu” – Aidil Sharin

Jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak amat berpuas hati dengan prestasi anak buahnya bila menentang Negeri Sembilan FC semalam. Aksi terakhir Liga Super itu menyaksikan The Cats ketinggalan awal menerusi Sharel Fikri Md Fauzi. Bagaimanapun, Kuching City muncul pemenang hasil dua gol Bruno Dybal, Yuki Tanigawa dan Pedro Henrique. The Cats bukan saja kerap […]

Liga Super: Kuching City Gah Belasah Negeri Sembilan

Kuching City FC akhirnya berjaya meraih kemenangan kedua mereka dalam Liga Super musim 2023. Kemenangan yang dinanti-nantikan itu diraih dengan menewaskan Negeri Sembilan FC 4-1 dalam aksi terakhir liga di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Finalis Challenge Cup itu memiliki kelebihan kerana dapat menurunkan lima pemain import dalam kesebelasan utama mereka. Ini sama sekali berbeza […]

K. Devan Dijangka Kekal Bersama Negeri Sembilan

Pengendali Negeri Sembilan FC, K. Devan bakal kekal bersama pasukan itu untuk musim hadapan. Perkara ini didedahkan oleh wartawan MakanBola, Syafiq Freman menerusi satu ciapan di X hari ini. Sebelum ini, Devan dilaporkan bakal meninggalkan pasukan itu pada akhir musim kerana menerima tawaran daripada pasukan lain. Susulan itu, beberapa nama dicanang sebagai pengganti beliau seperti […]

Bekas Peledak Negeri Sembilan Kini Berkelana Di Kemboja

Penyerang berdarah Sepanyol-Maghribi, Youssef Ezzejiari mengucapkan selamat tinggal kepada Negeri Sembilan FC. Ini selepas kelab Kemboja, Visakha FC mengesahkan perpindahan beliau ke kelab itu hari ini menerusi satu hantaran di laman media sosial mereka. “Selamat datang Youssef ke keluarga bola sepak Visakha dan berharap kehadiran anda akan menjadi bahagian penting untuk membantu pasukan mencapai keputusan […]

Liga Super: Negeri Sembilan ‘Bantai’ Kelantan United

Negeri Sembilan FC merekodkan kemenangan keenam dalam Liga Super musim ini dengan membelasah Kelantan United FC 4-0 hari ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV itu sepatutnya bermula pada jam 9.00 malam. Bagaimanapun, hujan lebat mengakibatkan padang digenangi air sekaligus memaksa perlawanan ditangguhkan seketika. Selepas pengadil perlawanan, Faizudin Ismail melihat keadaan padang cukup […]

K. Devan Bakal Tinggalkan Negeri Sembilan?

k devan

Negeri Sembilan FC bakal mengucapkan selamat tinggal kepada K. Devan kerana ini musim terakhir beliau bersama pasukan itu. Ini selepas wartawan MakanBola, Syafiq Freman mendedahkan kontrak bekas pengendali Selangor FC itu dengan skuad Rusa sudah tamat. Selain itu, pengurusan pasukan juga difahamkan tidak mengadakan perbincangan berkenaan soal melanjutkan kontrak beliau. Sekiranya khabar ini benar, Negeri […]

Liga Super: Badi Kekalahan Negeri Sembilan Tamat Selepas Benam PDRM

Negeri Sembilan

Negeri Sembilan FC berjaya mencapai kemenangan yang ditunggu-tunggu selepas berjaya menewaskan PDRM FC dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Abdul Rahman, Paroi sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan seimbang selepas kedua-dua pasukan masih mencari rentak dengan perlawanan. Peluang keemasan hadir buat PDRM pada minit ke-32 melalui pemain import mereka, Bruno Suzuki namun percubaannya dari luar […]

Negeri Sembilan Bakal Dapat Jurulatih Baru?

Negeri Sembilan berdepan kemungkinan mendapat seorang jurulatih baru untuk mengemudi pasukan pada musim 2024. Ini selepas wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran mendedahkan di X jurulatih skuad Rusa, K. Devan digosipkan bakal beralih angin selepas tamat musim 2023. Devan dikatakan bakal pergi ke utara tanah air bagi mengambil alih peranan sebagai jurulatih Penang FC. Ketika […]

Kelantan FC Pasukan Terbaik Pemain B-21

Walaupun berdepan pelbagai kemelut musim 2023, Kelantan FC dilabel pasukan terbaik buat pemain-pemain berusia bawah 21 tahun. Ini berdasarkan satu analisis yang dibuat penganalisis data bola sepak Atlead Pass di akaun X beberapa jam lepas. Berdasarkan analisis yang dibuat, pemain B-21 Kelantan mendapat minit permainan sebanyak 4,800 minit. Ini mengatasi Perak FC di tangga kedua […]

Bekas Penyerang Negeri Sembilan Kini Penjaring Terbanyak Di Indonesia

Bekas penyerang Negeri Sembilan yang kini beraksi untuk Arema FC di Indonesia, Gustavo Almeida semakin mempamerkan taring di Liga 1 Indonesia selepas jaringan demi jaringan berjaya dihasilkan. Kini Gustavo merupakan pendahulu sebagai penjaring terbanyak liga dengan mengumpul 14 gol setakat ini. Namun begitu, ianya masih belum mencukup buat Arema yang kini terperosok di tangga ke-16 […]

“Nak Pintas PDRM Pun Tak Lepas”

Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan mengakui pasukannya tidak berupaya untuk memintas kedudukan pasukan di atas mereka walaupun pasukan PDRM pada musim ini. Pengendali berpengalaman itu menyaksikan pasukan bimbingannya tewas kepada Kedah Darul Aman dengan keputusan 3-0. Menerusi penjelasan kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, beliau berpuas hati dengan kemampuan pasukannya beraksi sungguhpun menghadapi […]

Liga Super: Kedah Nyalakan Misi Ke Asia, Tewaskan Negeri Sembilan

Hasrat Kedah Darul Aman untuk melangkah ke pentas Asia musim hadapan masih menyala apabila menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 3-0. Skuad kendalian Nafuzi Zain tetap menurunkan kesebelasan terbaik dengan Ifedayo, Amirbek dan Hidalgo mengetuai jentera serangan pasukan. Kedah tidak menunggu lama untuk berada di hadapan apabila percubaan kencang kapten pasukan, Manuel Ott singgah di penjuru […]

K. Devan Resah Dengan Ketumpulan Serangan Negeri Sembilan

Jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan resah dengan ketumpulan bahagian serangan pasukan itu selepas tewas 1-0 kepada Perak FC semalam. Ini kerana mereka mendapat banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal melakukannya. Ini termasuk percubaan Izzuddin Roslan yang gagal menembusi jaring The Bos Gaurus pada minit ke-88. Hal ini merugikan Negeri Sembilan kerana mereka gagal […]

Liga Super: Perak Hukum Negeri Sembilan

Kelebihan gelanggang sendiri gagal dimanfaatkan Negeri Sembilan FC apabila tewas tipis 1-0 kepada Perak FC dalam aksi terbaru Liga Super hari ini. Dengan Perak masih segar daripada kejayaan mara ke separuh akhir Piala Malaysia, tuan rumah yang dibimbing K. Devan sedar mereka bakal berdepan kesukaran hari ini. Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mengambil pendekatan berhati-hati […]