Ikhwan Yazek Hampir Tinggalkan Dunia Bola Sepak

Pemain sayap Negeri Sembilan FC, Ikhwan Yazek mengakui beliau pernah memikirkan kemungkinan untuk menggantung but. Perkara itu dinyatakan sendiri oleh beliau kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi untuk Nadi Arena semalam. Ikhwan mengakui kemungkinan tersebut timbul selepas mengalami kecederaan ligamen kolateral medial (MCL) semasa bersama Kelantan FC. Kecederaan tersebut memaksa beliau berehat panjang dan terlepas […]

Zaquan Adha Tidak Tolak Peluang Jadi Jurulatih

Pakar Tetamu Liga Malaysia untuk Astro Arena, Zaquan Adha tidak menolak peluang menjadi jurulatih pada masa hadapan. Zaquan Adha sah bergelar Pakar Tetamu Liga Malaysia bagi saingan bola sepak tempatan musim hadapan bersama Astro Arena setelah bersara sebagai pemain bola sepak. Namun Zaquan juga tidak menolak peluang untuk menceburi bidang kejurulatihan pada masa akan datang […]

Khidmat Mahali Jasuli Jadi Buruan Tiga Pasukan

Khidmat bekas pemain pertahanan kebangsaan, Mahali Jasuli terus menjadi buruan pasukan-pasukan menjelang kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025. Terbaru, bek kanan berusia 35 tahun itu mendedahkan khidmatnya diintai oleh tiga pasukan Liga M3 yang berpangkalan di Lembah Klang. Buat masa ini, Mahali masih belum membuat keputusan tentang pasukan baru pilihannya selepas meninggalkan Negeri Sembilan […]

Pra-Musim: Terengganu Bangkit Jinakkan Negeri Sembilan

Terengganu dan Negeri Sembilan beraksi dalam kempen pra-musim yang dijadualkan berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Negeri Sembilan hari ini. Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner tepati ramalan apabila mencatat kemenangan bergaya menewaskan pasukan tuan rumah dengan keputusan 3-2. Aksi separuh masa pertama perlawanan tamat dengan Negeri Sembilan mendahului Terengganu dengan jaringan 2-1. Kedua-dua jaringan Negeri […]

Negeri Sembilan Sambar ‘Orang Besi’ Korea Selatan

Negeri Sembilan FC terus memperkukuh pasukan menjelang musim baru Liga Super yang bakal membuka tirainya pada bulan hadapan. Skuad Rusa sah mendapatkan pemain tengah Korea Selatan, An Sang-su sebagai pemain import kelima pasukan. Perpindahan pemain berusia 24 tahun itu diumumkan pengurusan Negeri Sembilan di platform media sosial mereka semalam. “An Sang-su kini bersama Jang. Berasal […]

Negeri Sembilan ‘Bantai’ Real Mambau Tanpa Belas Kasihan

Selepas tewas mengejut 1-0 kepada Putrajaya FC dalam aksi pra-musim sebelumnya, Negeri Sembilan FC bangkit melakar kemenangan 5-1 ke atas Real Mambau FC. Skuad Rusa yang dibimbing penolong jurulatih, K. Nanthakumar tampil garang pada babak pertama. Bagaimanapun, Negeri Sembilan terpaksa menunggu sehingga minit ke-37 untuk membuka tirai jaringan menerusi N. Javabilaarivin. Skuad Rusa terus memberi […]

Selangor Jadi Salah Satu Lawan Terengganu Bagi Aksi Pra-Musim 2024

Terengganu FC mengumumkan tiga pasukan yang bakal dihadapi mereka untuk aksi pra-musim di Lembah Klang bermula esok sehingga 4 April ini. Menerusi satu pengumuman yang disiarkan di platform media sosial rasmi mereka, Terengganu bakal berhadapan Selangor FC II, PDRM FC dan Negeri Sembilan FC. Skuad Penyu bakal menguji skuad Selangor II di padang latihan Merah […]

Putrajaya Aibkan Negeri Sembilan

Negeri Sembilan FC memulakan kempen pra-musim 2024-2025 dengan langkah kiri apabila tewas 1-0 kepada Putrajaya FC. Perlawanan persahabatan ini diadakan secara tertutup di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang semalam. Penolong jurulatih, K. Nanthakumar menyifatkan perlawanan semalam sebagai peluang barisan pemain skuad Rusa mencari keserasian. Dan beliau percaya keserasian antara pemain akan lebih mantap menjelang […]

“15 Tahun Tak Tukar Kelab, Legenda Negeri Sembilan Yang Sebenar”

Negeri Sembilan FC kehilangan khidmat seorang legenda selepas beliau mengumumkan persaraannya hari ini. Legenda yang dimaksudkan ialah penjaga gol, Mohamad Kaharuddin Abdul Rahman. Kaharuddin atau mesra dipanggil Kahar memilih untuk menggantung but pada usia 32 tahun selepas bersama skuad Rusa selama 15 tahun. Sepanjang bersama Negeri Sembilan, beliau telah menggondol dua Piala Malaysia, satu Piala […]

Akram Mahinan: Boleh Panggil & Bincang Baik-Baik

Pemain tengah Terengganu FC, Akram Mahinan menyifatkan situasi antara Zaquan Adha Abdul Radzak dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus boleh saja diselesaikan dengan baik. Ini selepas beliau mengulas kemelut yang melanda dua figura itu menerusi akaun X semalam. Kemelut Zaquan dan Faliq tercetus apabila pertanyaan penyerang berusia 37 tahun itu tentang […]

Faliq Firdaus Jawab Kenyataan Tak ‘Layan’ Zaquan Adha

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus menafikan beliau tidak melayan pertanyaan yang dibuat penyerang veteran, Zaquan Adha Abdul Radzak. Kenyataan ini dibuat bagi membalas bidasan yang dibuat penyerang berusia 37 tahun itu di Instagram Story baru-baru ini. Dalam hantaran tersebut, Zaquan mendakwa Faliq enggan membalas pertanyaannya dan disifatkan cuba lari daripada berlaku […]

CEO Negeri Sembilan Senaraikan 5 Sebab Kontrak Zaquan Adha Tidak Disambung

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus baru-baru ini telah menyenaraikan lima sebab utama mengapa Negeri Sembilan tidak menyambung khidmat penyerang veteran, Zaquan Adha Abd Radzak bagi mengharungi saingan Liga Super musim baharu. Faliq berpendapat faktor umur Zaquan yang menjangkau ke angka 37 tahun dan juga rekod kecederaan Zaquan yang serius merupakan dua […]

Penyerang Prolifik Harimau Malaya Jadi Dambaan Kelab Lembah Klang

Seorang penyerang Harimau Malaya didakwa bakal menyertai sebuah kelab yang berpangkalan di Lembah Klang. Penyerang yang dimaksudkan ialah bekas penyerang Negeri Sembilan FC, Shahrel Fikri Md. Fauzi. Selepas meninggalkan skuad Rusa, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan khidmat bekas penyerang Selangor FC itu diintai PDRM FC. Khidmat Shahrel menjadi buruan pasukan yang diberi jolokan […]

Pendapat Berbeza CEO Negeri Sembilan & Zaquan Adha

Ramai peminat bola sepak Negeri Sembilan FC terkejut dengan keputusan pengurusan pasukan untuk melepaskan penyerang veteran, Zaquan Adha Abdul Radzak. Perasaan sama turut dikongsi beliau semasa ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk Nadi Arena hari ini. Zaquan mengakui tidak tahu tentang status dirinya bersama skuad Rusa sehinggalah menerima surat pemakluman bahawa kontraknya tidak […]

Pertahanan Juara Piala Dunia B-17 Sertai Negeri Sembilan

Negeri Sembilan FC memperkukuh barisan pertahanan mereka dengan mendapatkan bek tengah Nigeria, Aliyu Abu Bakar. Perpindahan bek tengah berusia 27 tahun itu diumumkan pengurusan skuad Rusa di platform media rasmi mereka semalam. Aliyu hadir dengan reputasi bukan calang-calang kerana pernah memenangi Piala Dunia Bawah 17 Tahun (B-17) pada 2013 bersama Nigeria. “Aliyu Abubakar ialah pemain […]

Zaquan Adha Terima Tawaran Menarik Pasukan Lembah Klang

Selepas sah meninggalkan Negeri Sembilan FC semalam, ramai ingin tahu destinasi terbaru bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak. Kini, satu khabar angin perpindahan mengatakan beliau bakal beraksi bersama sebuah pasukan dari Lembah Klang. Khabar angin ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di X semalam. “Bekas kapten Harimau Malaya Zaquan Adha Abd […]