Liga Super: Sabah Tundukkan 10 Pemain Negeri Sembilan

Sabah FC berjaya menamatkan rentetan kekalahan sebelum ini dengan berjaya menundukkan Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas sebentar tadi. Sabah yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee tidak dapat menurunkan skuad terbaik apabila tidak dapat menggunakan Saddil Ramdani dan Darren Lok. Manakala Negeri Sembilan mencipta kejutan apabila hanya menurunkan dua import di […]
Siaran Langsung Liga Super: Sabah vs Negeri Sembilan (Live Streaming)

Aksi minggu ke-7 Liga Super bakal menemukan Sabah dan juga Negeri Sembilan. Sabah berada dalam momentum kurang baik selepas tewas tiga perlawanan pada peringkat kumpulan manakala Negeri Sembilan merekodkan tiga mata pertama menewaskan Sri Pahang. Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mahu anak buahnya kembali bangkit selepas tewas 3 perlawanan berturut-turut. “Sebelum ini, […]
Negeri Sembilan Waspada Dengan Amukan Sabah

Kapten Negeri Sembilan FC, Nasrullah Haniff Johan mahu pasukan itu tidak memandang enteng cabaran Sabah FC menjelang aksi terbaru Liga Super. Sabah ibarat harimau luka selepas tewas tiga kali berturut-turut dalam aksi Liga Malaysia (Liga M). Anak buah Datuk Ong Kim Swee itu bukan saja terpaksa menelan kepahitan disingkirkan Terengganu FC dalam saingan Piala FA […]
Pemain Negeri Sembilan Bakal Dipinjamkan Ke Kelab Luar Negara

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus mendedahkan pemain pasukan itu bakal dipinjamkan kepada sebuah pasukan yang berpangkalan di luar negara. Perkara ini dinyatakan sendiri Faliq menerusi satu ciapan di X pada 14 Julai lalu. Beliau memaklumkan ini sebahagian daripada strategi jangka panjang Negeri Sembilan untuk meningkatkan kualiti pasukan itu. Strategi ini tidak […]
Liga Super: Sri Pahang Jadi Mangsa Kebangkitan Negeri Sembilan

Sri Pahang terpaksa akur menelan kekalahan di gelanggang sendiri setelah tewas 2-0 kepada Negeri Sembilan. Skuad Negeri Sembilan akhirnya meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Super setelah tewas tiga perlawanan awal sebelum ini. Fadhli Shas selaku kapten pasukan memimpin kesebelasan utama Sri Pahang yang turut dibarisi pemain seperti Azrif Nasrulhaq, Manuel Hidalgo, Azam Azih, Azwan […]
Ketiadaan Jacque Faye Tidak Gugat Negeri Sembilan

Pengendali Negeri Sembilan FC, Azzmi Aziz merasakan ketiadaan pemain import Senegal, Jacque Faye tidak akan menjejaskan rentak pasukan itu. Selepas menyertai skuad Rusa dari PDRM FC pada awal musim ini, Faye sudah merekodkan empat penampilan dalam Liga Malaysia (Liga M). Ini termasuk perlawanan pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA 2024. Khidmat beliau terpaksa disisihkan untuk […]
Negeri Sembilan Cerita Kejadian Sebenar Insiden Melibatkan Mika Junco

Pihak Negeri Sembilan membuat satu kenyataan kelab mengenai insiden yang melibatkan pemain import, Mika Junco yang baru sahaja diragut semalam. Kejadian tersebut terjadi di Kuala Lumpur dan pada ketika itu pemain berusia 31 tahun ini sedang bersiar-siar berseorangan diri. Beliau kini dilaporkan berada dalam keadaan baik dan selamat. Laporan polis telahpun dibuat bagi memastikan tindakan […]
Tonggak Negeri Sembilan Diragut Di Kuala Lumpur

Penyerang import Negeri Sembilan FC, Mika Junco ditimpa malang apabila menjadi mangsa jenayah ragut di Kuala Lumpur hari ini. Perkara ini dikongsikan sendiri penyerang berusia 31 tahun itu menerusi satu hantaran di akaun Instagram Story miliknya. Mika memaklumkan beliau kehilangan seutas rantai emas yang diragut semasa berada di tengah-tengah ibu negara. Bekas penyerang FC KTP […]
Pasukan Muda Negeri Sembilan Bakal Peroleh Venue Baru

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus membawa berita gembira buat skuad muda Rusa. Beliau memaklumkan skuad Negeri Sembilan Bawah 18 Tahun (B-18) bakal menggunakan Stadium Mini Kuala Pilah sebagai gelanggang tuan rumah mereka. Ini merupakan sebahagian daripada jalinan kerjasama antara pengurusan skuad Rusa dengan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP). Ini selepas gawang […]
Azzmi Aziz: Tugas Sukar Tapi Negeri Sembilan Perlu Bangkit

Jurulatih Negeri Sembilan FC, Azzmi Aziz mengakui pasukannya perlu segera bangkit jika tidak mahu tercicir dalam saingan Liga Super musim 2024/25. Aksi terbaru Liga Super yang berlangsung pada 21 Jun lalu menyaksikan skuad Rusa tumbang 3-0 kepada pasukan dari Lembah Klang, KL City FC. Jaringan Brendan Gan, Paulo Josue dan S. Sharvin memastikan anak buah […]
Liga Super: Negeri Sembilan Terus Kempunan Raih Sebarang Mata, Tewas Kepada KL City

Aksi Liga Super hari ini diteruskan membabitkan pertembungan antara pasukan Negeri Sembilan dan KL City. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Paroi menyaksikan pasukan tuan rumah gagal mencatat sebarang mata. Negeri Sembilan turun dengan mempertaruhkan gandingan Jacque Faye, Takumi Sasaki, Htet Aung dan Hadin Azman di bahagian serangan sementara KL City menurunkan Paulo Josue dan […]
Siaran Langsung Liga Super: Negeri Sembilan vs KL City (Live Streaming)

Aksi Liga Super minggu keempat melibatkan perlawanan di antara Negeri Sembilan dan juga KL City akan berlangsung pada Jumaat di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi. Kedua-dua pasukan turun dengan misi mahu pamer kebangkitan setelah dikecewakan lawan masing-masing minggu lalu sekaligus kempunan untuk mara lebih jauh dalam kempen Piala FA. Negeri Sembilan tumpas di tangan Selangor […]
KL City Lakukan Rombakan Akhir Bertemu Negeri Sembilan

Pengendali KL City FC, Miroslav Kuljanac bakal melakukan rombakan terakhir sebelum bertemu dengan Negeri Sembilan FC dalam aksi keempat Liga Super. Selepas tiga perlawanan Liga Malaysia (Liga M) termasuk Piala FA 2024, KL City hanya merekodkan satu keputusan seri dan dua kekalahan. Lebih pahit, The City Boys kempunan mengulangi pencapaian layak ke final Piala FA […]
Azzmi Aziz Kenal Pasti Kelemahan Utama Negeri Sembilan

Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC, Azzmi Aziz sudah mengenal pasti kelemahan utama skuad kendaliannya selepas melalui tiga perlawanan setakat ini. Dalam tiga aksi yang telah diharungi iaitu dua perlawanan Liga Super dan satu aksi Piala FA, Negeri Sembilan telah dibolosi 11 gol dan hanya merekodkan satu jaringan sahaja. Azzmi berpendapat, masalah utama Negeri Sembilan adalah […]
Latihan Syahmi Adib Sebelum Lawan Selangor Tuai Hasil

Persediaan latihan sepakan penalti berjaya membantu penjaga gol Negeri Sembilan, Syahmi Adib tampil cemerlang ketika berdepan Selangor dalam aksi Piala FA tempoh hari. Syahmi Adib yang diberi peranan sebagai penjaga gawang oleh ketua jurulatih Negeri Sembilan, Azzmi Aziz, membalas kepercayaan tersebut dengan aksi positif meskipun skuad Rusa tumpas 0-4 di tangan Selangor. Momen Syahmi menyelamatkan […]
“Saya Tak Tahu Reziq Bani Hani Makan Apa” – Nidzam Jamil

Ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil akui terkejut dengan perkembangan positif pemain import, Reziq Bani Hani yang dibelenggu kecederaan sebelum ini. Reziq yang mengalami kecederaan buku lali ketika beraksi di kejohanan jemputan RCTI Premium Sports pada awal Jun dikhabarkan terpaksa disisihkan oleh Selangor selama beberapa minggu sebelum ini. Ini memaksa The Red Giants turun tanpa khidmat […]