Piala MFL: Negeri Sembilan Tumbangkan Terengganu Di Tampin

Usaha Terengganu FC II memburu kelompok dua teratas Piala MFL terbantut apabila tewas kepada Negeri Sembilan FC di Stadium Mini Tampin. Skuad Peteh yang dibimbing Haris Safwan Kamal berharap dapat menambah satu lagi kemenangan selepas menewaskan Sabah FC II 3-0. Sementara skuad Sang Rusa yang dibimbing Ishak Kunju Mohamad pula mahu kembali mendapat kemenangan selepas […]
Babak Jorge Obregon ‘Diserang’ Secara Psikologi

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Obregon telah diserang secara psikologi sebelum meledak jaringan ketika bertemu Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Super pada Jumaat. Aksi tersebut telah berjaya dikesan lensa kamera di mana Obregon yang sedang bersedia mengambil sepakan penalti telah menerima kata-kata psikologi daripada penjaga gol Negeri Sembilan, Tauffiq Ar Rashid. Biarpun ditekan […]
Liga Super: JDT ‘Baham’ Negeri Sembilan

Aksi Liga Super minggu ke-14 menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) menumbangkan Negeri Sembilan di Paroi. Setelah mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Selangor, JDT turun sekali lagi ke laman lawan untuk berdepan kelab tercorot liga, Negeri Sembilan yang diikat 1-1 oleh Kuching City. Pemain sayap Jepun, Takumi Sasaki terus menjadi tonggak harapan Negeri Sembilan manakala […]
Live: Siaran Langsung Negeri Sembilan vs JDT, Kesebelasan Utama & Info Siaran Liga Super

Aksi Liga Super ke-15 menyaksikan pertembungan antara Negeri Sembilan menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT). Pasukan bimbingan Nantha Kumar dalam tujuh aksi terakhir dengan hanya meraih 3 mata untuk menghuni kedudukan tercorot liga. Skuad Harimau Selatan pula gah mendahului carta saingan Liga Super sekaligus berpeluang untuk meraih kejuaraan ke-11 kali ini. Pengendali JDT, Hector […]
Negeri Sembilan Bakal Hadapi Cabaran Albirex Niigata

Negeri Sembilan FC menjadi pasukan Liga Super terbaru yang bakal diuji kelab Singapore Premier League (SPL). Ini selepas pengurusan Sang Rusa memaklumkan mereka bakal berdepan bekas juara SPL musim 2023, Albirex Niigata. Perlawanan itu bakal berlangsung pada 12 Oktober di Stadium Mini Kuala Pilah. “Aksi persahabatan buat anak buah K. Nanthakumar. Skuad Jang bakal melayani […]
Piala MFL: Selangor Terkedu Diikat Negeri Sembilan

Selangor FC kembali berada di persada Piala MFL meskipun diikat pasukan Negeri Sembilan 1-1 di Stadium UiTM. Selangor berharap dapat meraih kemenangan untuk merampas tampuk pendahulu Piala MFL daripada Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Sementara skuad muda Sang Rusa pula mahu memintas Terengganu FC II yang menduduki tangga keenam liga. A. Selvan, Hariz Kamarudin […]
Rezal Zambery Lega Kelantan DN Kembali Raih Tiga Mata

Penolong jurulatih Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Rezal Zambery Yahya lega melihat pasukan itu meraih kemenangan kedua dalam Liga Super. Selepas meraih kemenangan ke atas PDRM FC pada 23 Jun lalu, pasukan itu terpaksa menempuh kemarau kemenangan sebanyak enam perlawanan. Penantian tersebut akhirnya berakhir apabila Sang Kijang Emas menundukkan Negeri Sembilan FC di Stadium […]
Ricardo Pires Sandaran Baru Gol Negeri Sembilan

Selepas melepaskan Mika Junco, Negeri Sembilan FC sah membawa masuk penyerang baru dari Brazil, Ricardo Pires. Perpindahan penyerang berusia 37 tahun itu diumumkan pengurusan Sang Rusa menerusi satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka. Sebelum menyertai Negeri Sembilan, Pires pernah beraksi untuk beberapa kelab Asia Tenggara. Antara kelab-kelab berkenaan ialah Persiraja Banda Aceh (Indonesia), […]
Liga Super: Penang & Negeri Sembilan Kongsi Satu Mata

Sepakan jarak jauh Sebastian Avanzini memastikan Penang FC terpaksa berkongsi satu mata dengan Negeri Sembilan FC dalam aksi terbaru Liga Super. Kedua-dua pasukan mahu bangkit selepas tewas dalam aksi liga sebelumnya. Harimau Kumbang dibelasah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) 5-0 dengan Negeri Sembilan pula tumpas kepada Perak FC. Penang turun tanpa kelibat kapten dan […]
Negeri Sembilan & Mika Junco Berpisah, Pengganti Sudah Dalam Perjalanan

Negeri Sembilan dan penyerang import, Mika Junco secara rasmi telah berpisah dan dikhabarkan pengganti beliau sudah pun berada dalam perjalanan. Pada Sabtu, Negeri Sembilan mengumumkan perpisahan dengan Mika Junco dalam satu hantaran di media sosial setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan kontrak. Peledak kelahiran Sepanyol itu hanya menyumbang satu jaringan sepanjang lapan penampilan bersama skuad […]
Liga Super: Perak Jadikan Negeri Sembilan Mangsa Kebangkitan

Perak berjaya menumbangkan Negeri Sembilan untuk meraih tiga mata berharga dalam saingan Liga Super. Kemenangan ini mengubati kekalahan Perak yang lalu di tangan Kuching City sewaktu beraksi di Ipoh. Yusri Che Lah mempertaruhkan Haziq Nadzli selaku penjaga gawang utama pasukan manakala trio serangan dibarisi Wan Zack Haikal, Azfar Fikri dan Clayton da Silva.Hein Htet Aung, […]
Mika Junco Impi Negeri Sembilan Kembali Raih Kemenangan

Penyerang Negeri Sembilan FC, Mika Junco mahu pasukan itu kembali cemerlang dalam Liga Super. Sejak musim 2024/25 bermula, Negeri Sembilan hanya meraih satu kemenangan, satu seri dan enam kekalahan dalam liga. Perubahan positif ditunjukkan skuad Rusa apabila K. Nanthakumar diumumkan sebagai ketua jurulatih yang baru. Bekas pemain kebangsaan itu membimbing Negeri Sembilan mengikat Kedah Darul […]
Negeri Sembilan Cemerlang Kalahkan PDRM

Negeri Sembilan terus memantapkan persiapan aksi Liga Super seterusnya dengan mengalahkan PDRM FC dalam aksi persahabatan di Stadium Mini Tampin. Perlawanan hari ini merupakan sebahagian daripada persiapan kedua-dua pasukan sebelum aksi liga bersambung pada 13 September. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat dengan tuan rumah menurunkan semua pemain import termasuk Mika Junco dan Takumi Sasaki. Manakala […]
Sebastian Avanzini Dalam Radar Negeri Sembilan

Bekas pemain tengah KL City FC, Sebastian Avanzini dilaporkan berada dalam radar pasukan Liga Super, Negeri Sembilan. Pengurusan skuad Rusa dikhabarkan mahu mendapatkan pemain import baru sejajar dengan usaha pasukan itu untuk kembali mendaki kedudukan liga. Negeri Sembilan ketika ini berada di tangga ke-12 dengan empat mata daripada lapan perlawanan. Kedudukan ini tidak dibantu dengan […]
Syihan Hazmi Buktikan Keputusannya 3 Tahun Lalu Tepat

Penjaga gol utama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Harimau Malaya, Syihan Hazmi membuktikan bahawa keputusan yang dibuat pada tiga tahun lalu adalah satu keputusan yang tepat. Pada tahun 2021, Syihan yang pada ketika itu mewakili pasukan Petaling Jaya City FC (PJ City) hanya diturunkan tiga kali sahaja bagi musim 2021. Syihan terpaksa bersaing dengan penjaga […]
Negeri Sembilan Benam Kelab Indonesia, PSMS Medan

Negeri Sembilan FC meraih suntikan semangat apabila menewaskan kelab Liga 2 Indonesia, PSMS Medan dalam aksi persahabatan antarabangsa di Tampin. Aksi persahabatan yang diadakan pada 25 Ogos lalu merupakan sebahagian daripada persiapan Ayam Kinantan menghadapi musim baru liga yang bermula pada September ini. Skuad Rusa yang dibimbing K. Nanthakumar menggunakan aksi ini sebagai persiapan untuk […]