Harimau Malaya Tukar 3 Pemain Hadapi Laos

Harimau Malaya melakukan percaturan baharu apabila menukar tiga pemain berdepan Laos. Skuad kendalian Pau Marti beraksi dengan begitu baik apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024 selepas menundukkan Lubnan dengan keputusan 1-0. Usaha mengekalkan momentum itu tidak berjaya apabila tunduk 4-0 di tangan New Zealand bagi satu aksi persahabatan Tier 1 FIFA. Dua lagi aksi menanti […]

Pau Marti Jawab Punca Utama Sisihkan Natxo Insa

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti memberikan sebab menyisihkan perancang tengah berpengalaman, Natxo Insa. Tonggak berusia 38 tahun itu berada dalam senarai awal 26 pemain yang bakal berdepan Laos dan India bagi aksi persahabatan Tier 1 FIFA, November ini. Hasrat untuk melihat kelibat arkitek JDT itu tidak kesampaian apabila beliau telah ditukar dengan pemain KL City […]

Natxo Insa Cedera Saat Akhir, Zhafri Yahya Pengganti

Perancang tengah berpengalaman negara, Natxo Insa digantikan saat akhir oleh Zhafri Yahya susulan kecederaan. Pemain berusia 38 tahun itu terlepas panggilan skuad Harimau Malaya selepas disahkan mengalami kecederaan. Beliau berjaya memperagakan aksi prestasi cemerlang bersama JDT terutamanya dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE). “Zhafri Yahya, berusia 30 tahun menggantikan Natxo Insa dari Johor Darul […]

Paulo Josue Sambut Baik Pemilihan Natxo Insa

Kapten KL City FC, Paulo Josue mengakui gembira melihat Natxo Insa kembali menyertai kem Harimau Malaya. Sebelum ini, nama pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) mengundang rasa tidak puas hati penyokong negara. Ini selepas Insa mempamerkan aksi hambar ketika beraksi dalam saingan Piala Asia 2023. Keadaan ini menyebabkan bekas pemain tengah Celta Vigo itu tidak […]

Kim Pan-gon Sisih 5 Pemain Skuad Piala Asia

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah membuat keputusan untuk menyisihkan 5 pemain daripada skuad Piala Asia 2023 dalam panggilan 26 pemain kali ini. Malaysia bakal mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Skuad kebangsaan kini dalam misi besar untuk meraih 6 mata lagi bagi menyalakan harapan untuk layak ke […]

“JDT Ada Pemilik Kelab Yang Sentiasa Mahu Kami Semakin Baik” – Natxo Insa

Perancang tengah berpengalaman pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa memuji mentaliti yang dimiliki oleh Pemilik Kelab JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. JDT berjaya merakamkan kemenangan berdepan wakil Singapura, Lion City Sailors dalam satu perlawanan di Stadium Bishan dengan keputusan 2-1. Dua jaringan daripada pemain baharu iaitu Nicolao Dimitru dan juga Romel […]

Memori Natxo Insa Lawan Barcelona Masih Belum Terpadam

Memori pemain tengah Johor Darul Ta’zim, Natxo Insa ketika aksinya di Eropah menentang gergasi Sepanyol, Barcelona masih belum terpadam.  Sebuah media daripada Sepanyol, Grada de Rio membuat hantaran gambar mengenai pasukan Real Club Celta de Vigo (Celta) di laman instagram miliknya baru-baru ini.  Natxo Insa dilihat gambarnya bersama Cesc Fabregas dan Gerard Pique ketika dalam […]

“Saya Hanya Nampak Benci, Di Mana Cintanya?” – Liridon Krasniqi

Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi seperti tertanya-tanya mengenai kecaman yang diterima para pemain negara susulan penyingkiran awal dari kempen Piala Asia 2023 Qatar. Baru-baru ini, Liridon ada memuat naik satu ucapan kepada pemain tengah Malaysia, Natxo Insa yang menjadi mangsa kritikan oleh penyokong bola sepak Malaysia. “Idola dalam setiap aspek. Kita sebagai pemain dan negara […]

AFC Asian Cup: Syamer Kutty Hormat Keputusan Kim Pan-gon

Pemain tengah negara, Syamer Kutty Abba menghormati keputusan Kim Pan-gon yang bertindak mengeluarkan pemain tersebut pada awal babak kedua sewaktu menentang Bahrain. Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon membawa masuk Natxo Insa untuk menggantikan Syamer Kutty yang telah menerima kad kuning pada minit ke-19 akibat mengasari pemain Bahrain. “Sejujurnya dalam perlawanan menentang Bahrain saya mempunyai beberapa […]

AFC Asian Cup: Natxo Insa & Syamer Kutty Dinilai Sama Taraf Di Asia

AFC Asian Cup: Peranan yang ditampilkan oleh dua pemain tengah negara, Natxo Insa dan Syamer Kutty menerima penilaian yang sama di Qatar. Pemain berusia 37 tahun itu dimasukkan pada babak kedua untuk memberi keseimbangan kepada jentera tengah pasukan untuk mengambil peranan yang dibawa oleh Syamer pada babak pertama. Impak yang dibawa oleh pemain tengah berpengalaman […]

AFC Asian Cup: Malaysia Terima Dua Khabar Gembira Berdepan Bahrain

Malaysia menerima dua khabar gembira menjelang pertemuan berdepan pasukan ke-88 dunia, Bahrain pada 20 Januari 2024. Skuad kebangsaan menerima tamparan hebat selepas tunduk kepada Jordan bagi aksi pertama Kumpulan E dengan keputusan 4-0. Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas prestasi yang ditampilkan oleh anak buahnya. Perkembangan terbaru dari Qatar telah […]

AFC Asian Cup: Harimau Malaya Bakal Kehilangan Afiq Fazail?

Skuad senior Malaysia berdepan kemungkinan tidak dapat menggunakan khidmat pemain tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Afiq Fazail. Ini selepas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan kelibat beliau tidak kelihatan dalam sesi latihan Harimau Malaya semalam. Afiq difahamkan tidak dapat turun berlatih selepas mengalami kecederaan. Ketiadaan beliau bakal menjejaskan perancangan jurulatih negara, Kim […]

AFC Asian Cup: Endrick Sah Cedera, Dua Lagi Masih Tergantung

AFC Asian Cup: Khabar kurang gembira melanda kem Harimau Malaya selepas terdapat pemain yang disahkan cedera menjelang sepak mula Piala Asia 2023 berdepan Jordan. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon kini dalam momentum cemerlang termasuklah ketika mengikat pasukan ke-91 dunia, Syria dengan keputusan 2-2. Skuad negara kini dalam persediaan bagi menempuhi ujian sebenar dengan cabaran pertama bakal […]

Ketiadaan Tonggak Tengah Malaysia Cetus Kerisauan Peminat

Biarpun namanya sudah disenaraikan dalam senarai 26 pemain ke Piala Asia 2023 Qatar, kelibat Natxo Insa masih tidak kelihatan dalam perlawanan sebenar. Kerisauan itu ditimbulkan oleh pemerhati bebas bola sepak Malaysia, Piang Shankly dalam satu hantaran di laman X miliknya. “Jadi Jalil Elias tak lepas dgn Dion Cools & kawan-kawan malam tadi? Tapi aku lagi […]

Natxo Insa Pecah Rekod 43 Tahun Pemain Malaysia

Pemain tengah negara, Natxo Insa bakal memecahkan satu lagi rekod buat skuad negara apabila turun beraksi di kempen Piala Asia kali ini. Menerusi satu ciapan yang dimuatnaik oleh HarimauMYstats, Natxo Insa bakal menjadi pemain paling tua untuk pasukan Malaysia di pentas Piala Asia ini. “Natxo Insa akan menjadi pemain paling tua Harimau Malaya di Piala […]

“Pengalaman Luas Natxo Insa Suntik Kualiti Harimau Malaya” – Stuart Wilkin

Natxo Insa-Stuart Wilkin

Pengalaman luas Natxo Insa mampu suntik kualiti Malaysia di Piala Asia kelak menurut perkongsian pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin. Malah Stuart melihat kehadiran pemain berusia 37 tahun itu sebagai tonik tambahan dan bukan ancaman terhadap posisi beliau. “Malaysia memiliki ramai pemain tengah berbakat terutamanya mereka yang telah terpilih kali ini. Pengalaman Natxo Insa dan […]