Tawaran Kontrak Nafuzi Zain Dihantar Oleh Kitman

Jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain mengakui terkejut selepas menerima kontrak baru bersama TFC yang dihantar oleh kitman pasukan. Bila diminta mengulas perkara berkenaan, Nafuzi berkata, “Saya menerima surat tawaran lanjutan kontrak yang bertarikh 27 Otober itu pada 29 Oktober lalu dan hanya diserahkan di padang latihan oleh kitman pasukan. “Sebagai pasukan profesional, itu tidak sepatutnya berlaku […]
Nafuzi Zain Kunci Mulut

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain masih tidak mahu memberi jawapan balas mengenai masa depannya bersama pasukan musim hadapan. Pengendali kelahiran Kelantan itu cemerlang mengemudi skuad Pantai Timur ini termasuklah berjaya melangkah ke pentas Piala Asia musim hadapan. Prestasi memberangsangkan Terengganu juga melayakkan mereka ke final Piala FA sebelum tewas kepada JDT. Walau bagaimanapun, masa […]
Habib Haroon Terima Tawaran Kelab Luar Negara

Perancang tengah Terengganu FC, Habib Haroon dilaporkan menerima tawaran daripaaa kelab luar negara menjelang saingan musim baharu. Pemain kelahiran Bahrain ini memainkan peranan yang cukup penting untuk mengemudi jentera tengah pasukan Pantai Timur ini untuk melayakkan diri ke pentas Asia musim hadapan. Habib membentuk gandingan yang cukup baik bersama rakan import, Manuel Ott dan juga […]
Penyokong JDT Pilih Nafuzi Menang

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) dijangka akan diadakan secara maya pada hujung tahun ini dengan 16 kategori dipertandingkan. 16 kategori itu merangkumi Penjaring Terbanyak Liga Super, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super, Penjaring Terbanyak Liga Premier, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier, Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik dan Penyerang Terbaik. Selain itu, turut dipertandingkan […]
Nafuzi Tabik Pemain Terengganu

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain jelas berpuas hati dengan aksi anak buahnya yang mempamerkan aksi bertenaga ketika membelasah Sri Pahang 4-2 dalam aksi Piala Malaysia malam tadi. Nafuzi dalam masa yang sama turut memuji kesungguhan para pemain dan bersyukur pasukan kendaliannya berjaya mara ke suku akhir Piala Malaysia bertemu Kuala Lumpur City FC (KL […]
Gelagat ‘Ejen Kimia 442’ Papé Diakité Yang Tak Henti Diusik Rakan Sepasukan

Gelagat pemain import pasukan Terengganu FC, Papé Diakité mencuri tumpuan apabila beliau kelihatan sedang bergurau senda bersama rakan sepasukan. Pertahanan kelahiran Senegal ini merupakan tunjang utama pada bahagian pertahanan pasukan sehingga berjaya melangkah ke pentas Asia musim hadapan. Papé menunjukkan kemesraan dan keakraban yang cukup baik apabila mudah ‘diusik’ oleh rakan-rakan terutamanya Faisal Halim dan […]
“Saya Kekal Atau Tidak, Ia Adalah Untuk Kebaikan Semua Pihak” – Nafuzi Zain

Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain belum memutuskan mengenai masa depannya sama ada akan kekal membimbing kelab gergasi pantai timur itu pada musim depan atau tidak. Malah, menurut Nafuzi, dia cuma tahu secara lisan kontraknya akan disambung namun belum ada sebarang tawaran rasmi dikemukakan kepadanya. “Buat masa ini saya cuma nak habiskan musim ini dahulu, saya […]
Faisal Halim: Takkan Sebulan Sebelum Tamat Kontrak Baru Nak Buat Keputusan

Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Faisal Halim meluahkan rasa kecewa sekiranya terpaksa berpisah dengan ketua jurulatih, Nafuzi Zain. Hubungan akrab pemain sayap lincah ini sudah pun diketahui umum setelah menyatakan secara terbuka untuk kekal bersama pasukan sekiranya pengendali tersebut kekal. Walau bagaimanapun, bintang berusia 24 tahun itu jelas kurang berpuas hati dengan tindakan pihak pengurusan […]
“This Is For You Coach” – Nafuzi Terharu Kpah Sherman Tujukan Hatrik Buatnya

Pastinya tiada hadiah hari jadi yang lebih istimewa dan lebih manis buat Nafuzi Zain! Pengendali Terengganu itu, genap berusia 44 tahun pada Khamis, hari sama yang menyaksikan skuad bimbingannya berpesta membelasah Sri Pahang 5-1 di laman lawan dalam aksi pertama pusingan kedua Piala Malaysia. “Ini hadiah dan kemenangan yang cukup berharga, pada hari jadi saya. […]
Kalau Nafuzi Tak Nak, Terengganu Akan Lihat Calon Lain

Selepas beberapa bulan berteka-teki, akhirnya hari ini pihak pengurusan Terengganu FC (TFC) telah sah menawarkan lanjutan kontrak setahun buat Nafuzi Zain untuk kekal membimbing skuad Sang Penyu bagi saingan musim hadapan. Exco Sukan Terengganu merangkap Ahli Lembaga Pengarah TFC, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata pihak pengurusan berpuas hati dengan sumbangan Nafuzi dalam membimbing TFC musim […]
Kedah Hormati Nafuzi

Khabar angin yang mengaitkan Jurulatih Terengganu FC, Nafuzi ke Kedah Darul Aman FC (KDA FC) masih menjadi tanda tanya. Apatah lagi Nafuzi baru saja ditawarkan kontrak lanjutan setahun untuk kekal membimbing skuad Sang Penyu itu. Bagi CEO KDA FC, Khamal Idris Ali berharap supaya semua pihak bertenang dan segala persoalan mengenai posisi jurulatih skuad Hijau Kuning […]
Terengganu Setuju Tawarkan Kontrak Baru Kepada Nafuzi Zain

Terengganu FC (TFC) akhirnya bersedia untuk menawarkan kontrak baru kepada ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain. Perkara ini telah dikongsikan wartawan Utusan Malaysia, Tengku Danish Bahri dalam ciapannya di Twitter yang menjelaskan bahawa pihak TFC telah bersetuju untuk menawarkan kontrak setahun kepada Nafuzi Zain. Ahli Lembaga Pengarah TFC turut berpuas hati dengan pencapaian pengendali berusia […]
Nafuzi Anggap Tekanan Sedikit Berkurang

Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain beranggapan tekanan sedikit berkurang menjelang sepak mula saingan Piala Malaysia 2022 minggu depan, dengan pemansuhan peraturan away goal sepertimana diumumkan Malaysian Football League (MFL) pada Rabu. Jurulatih berusia 45 tahun itu mengakui MFL telah membuat keputusan tepat dengan menyelaraskan peraturan itu yang menurutnya sekadar memberikan kelebihan yang tidak sepatutnya kepada […]
Shahrom Kalam Sifatkan Nafuzi Zain Jurulatih Terbaik Liga Super

Bekas pemain kebangsaan, Shahrom Kalam menyifatkan ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain sebagai jurulatih yang terbaik Liga Super. Di bahagian serangan Shahrom melihat Bergson antara pemain yang boleh dikatakan pemain import terbaik Liga Malaysia kerana jumlah jaringan yang banyak diciptanya telah menunjukkan beliau ada pakej sempurna sebagai penyudah yang berbisa. Arif Aiman (JDT) dan Faisal Halim […]
Nafuzi Zain Tunggu Jawapan Pengurusan Terengganu

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain masih menanti jawapan daripada pihak pengurusan Terengganu mengenai masa depannya bersama kelab. Pencapaian jurulatih muda berusia 44 tahun ini cukup luar biasa pada musim ini apabila berjaya mara ke pentas akhir Piala FA dan juga mengakhiri saingan Liga Super di tempat kedua. Hal ini sekaligus menyaksikan pasukan yang berpangkalan […]
“Kedudukan Nafuzi, Bagi Kita Mesyuarat Dulu” – Presiden PBSNT

Terengganu FC mengakui sehingga ke waktu ini, kedudukan Nafuzi Zain sama ada akan kekal mengemudi kelab itu musim depan, masih belum diputuskan. Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan keputusan mengenai masa depan Nafuzi akan dibuat paling awal pada 25 Oktober ini di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TFC Sdn […]