3 Negara ASEAN Jadi Tumpuan, Catat Unjuran Positif Ranking FIFA

Tiga negara di Asia Tenggara mula menunjukkan peningkatan ketara dari sudut ranking FIFA apabila berjaya memungut mata penting untuk melonjakkan kedudukan masing-masing. Sebahagian negara ASEAN mengharungi aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2026 sementara beberapa lagi negara mengadakan aksi persahabatan termasuklah Malaysia yang mengajurkan Pestabola Merdeka 2023. Perkembangan cukup baik dapat dilihat pada bola sepak […]
Myanmar Gah Belasah India 5-2

India terus menanti kemenangan pertama kempen kelayakan Piala Asia Futsal 2024 apabila dibelasah Myanmar 5-2 dalam aksi kedua Kumpulan E di Dushanbe hari ini. India amat memerlukan kemenangan bagi menghidupkan peluang layak beraksi di Thailand pada tahun hadapan. Manakala Myanmar memerlukan kemenangan hari ini bagi membantu mereka layak secara merit. Thyne Phwet Aung membuka tirai […]
AFF U23: Penyerang Myanmar Tidak Gembira Dengan Prestasi Pasukan

Myanmar mencatat kemenangan selesa 4-1 ke atas Brunei namun penyerang muda, Swan Htet mengakui tidak gembira dengan prestasi pasukannya secara keseluruhan. “Saya gembira namun saya tidak gembira sepenuhnya. Kami gagal untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam Piala AFF ini” ujar Swan Htet kepada wartawan. Penyerang berusia 18 tahun itu menyumbang 1 gol dalam perlawanan […]
AFF U23: Myanmar Tewaskan Brunei

Kemenangan 3-0 skuad B-23 Myanmar ke atas Brunei dalam aksi terakhir Kumpulan A gagal membantu mereka layak ke separuh akhir Piala AFF B-23. The Chinthe yang dikendali bekas jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner tahu mereka memerlukan kelebihan jaringan besar untuk memintas Kemboja di tempat kedua. Babak pertama menyaksikan Myanmar perlu menunggu sehingga minit ke-28 untuk […]
AFF U23: Kapten Kemboja Puji Usaha Kolektif Pasukan

Kapten skuad B-23 Kemboja, Taing Bunchhai memuji kerjasama yang ditampilkan rakan-rakan sepasukannya sekaligus membantu mereka mengikat Myanmar 1-1 dalam aksi kedua Kumpulan A Piala AFF B-23. Kemboja terlebih dahulu di hadapan menerusi Kong Lyhour pada minit ke-13. Begitupun, kemenangan kedua yang dicari mereka tidak kesampaian apabila Khun Kyaw Zin Hein meledakkan gol penyamaan pada minit […]
AFF U23: Kapten Myanmar Lega Raih Satu Mata

Kapten skuad B-23 Myanmar, Thet Hein Soe merasa lega selepas pasukannya berjaya mengikat Kemboja 1-1 dalam aksi kedua Kumpulan A Piala AFF B-23 hari ini. Angkor Warriors banyak mendominasi perlawanan dan membuka tirai jaringan menerusi Kong Lyhour pada minit ke-13. Begitupun, ketumpulan jentera serangan Kemboja menambah gol mengecewakan jurulatih mereka, Felix Dalmas. Situasi ini membolehkan […]
AFF U23: Myanmar Bangkit Ikat Kemboja

Perlawanan kedua Kumpulan A saingan Piala AFF U23 menyaksikan pertembungan antara pasukan Myanmar yang turun menentang Kemboja. Aksi yang berlangsung di Stadium PTT itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik. Asakan bertali arus yang dilakukan oleh pasukan Kemboja sering memrangkap pertahanan tuan rumah yang akhirnya dibolosi pada minit ke-13 menerusi Kong Lyhour. Cubaan Myanmar untuk […]
AFF U23: Bekas Pengendali Selangor Lega Myanmar Melawan Meskipun Dibedil

Bekas pengendali Selangor, Michael Feichtenbeiner sangat berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak buahnya meskipun tewas dibedil oleh Thailand. Myanmar terpaksa akur dengan kekuatan Thailand apabila tewas dengan keputusan 0-3 dalam aksi pertama bagi kumpulan A semalam. Ketua Jurulatih Myanmar B-23, Michael Feichtenbeiner akui pasukannya telah melawan dengan habis baik, namun nasib tidak menyebelahi […]
AFF U23: Thailand Tewaskan Myanmar

Perlawanan pertama bagi pasukan Thailand dan Myanmar di pentas Piala AFF B-23 telah berlangsung di Stadium Rayong. Myanmar bermula garang pada awal 15 minit pertama permainan apabila penyerang mereka beberapa kali berjaya melepasi kawalan pertahanan pasukan Thailand. Peluang-peluang terhidang yang dimiliki Myanmar bagaimanapun digagalkan ketangkasan penjaga gol Thailand, Thirawooth Sraunson. Pada minit ke-20 permainan, skuad […]
Indonesia vs Myanmar: Myanmar Tewaskan Skuad Muda Indonesia

Skuad muda wanita Indonesia kempunan meraih tempat ketiga Kejohanan AFF B-19 Wanita selepas dikecewakan Myanmar menerusi penentuan sepakan penalti. Babak pertama menyaksikan Chinthe terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Yin Loon Eain pada minit ke-30. Skuad B-19 wanita Indonesia bagaimanapun bangkit pada babak kedua dan meraih gol penyamaan menerusi Marsela Yuliana Awi pada minit ke-49. Keputusan […]
Sukan SEA: Vietnam Gah Kalahkan Myanmar

Selepas tewas kepada Indonesia di pentas separuh akhir, Vietnam memastikan mereka tidak pulang dengan tangan kosong dari Sukan SEA 2023 di Kemboja. Ini selepas anak-anak buah Philippe Troussier meraih pingat gangsa dengan menewaskan Myanmar dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat hari ini. Vietnam yang kecewa gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangi di temasya Sukan […]
Sukan SEA: Thailand Gah Atasi Tentangan Myanmar

Biarpun terpaksa bekerja keras menewaskan Myanmar 3-0 dalam saingan separuh akhir hari ini, itu sudah cukup untuk Thailand layak ke final acara bola sepak lelaki Sukan SEA 2023. Kini, Indonesia satu-satunya halangan untuk meraih pingat emas acara berkenaan buat kali pertama sejak 2017. Sebaik sepak mula, skuad Gajah Perang mendominasi perlawanan. Ini memaksa pembantu Michael […]
Sukan SEA: Skuad Wanita Malaysia Layu Dibelasah Myanmar

Skuad bola sepak wanita Malaysia menamatkan kempen Kumpulan A Sukan SEA 2023 di mana mereka dibelasah Myanmar 5-1 di Stadium RCAF, Phnom Penh hari ini. Biarpun pulang ke Kuala Lumpur tanpa sebarang mata, Intan Sarah Anisah Zulgafli memastikan pasukan negara mencatat satu gol dalam edisi kali ini. Separuh masa pertama menyaksikan The Asian Lionesses mendominasi […]
Michael Feichtenbeiner Anggap Indonesia Jaguh Dalam Kumpulan

Bagi jurulatih Myanmar, Michael Feichtenbeiner, kemenangan 5-0 Indonesia ke atas pasukannya bukan sekadar meletakkan Garuda Muda pada kedudukan selesa mara ke separuh akhir Sukan SEA 2023. Malah, beliau berpandangan pasukan tersebut merupakan pasukan jagoan dalam Kumpulan A temasya berkenaan. Gelaran tersebut diberi kepada anak-anak buah jurulatih interim, Indra Sjafri kerana keupayaan mereka menjaringkan gol dan […]
Sukan SEA: Indonesia Berpesta Gol Tewaskan Myanmar

Indonesia meraih kemenangan kedua dalam Kumpulan A hari ini dengan membelasah Myanmar 5-0 di Stadium Olympic, Phnom Penh. Kemenangan ini meletakkan anak-anak buah Indra Sjafri berada pada kedudukan selesa untuk mengungguli kumpulan dan mara ke separuh akhir. Myanmar dan Indonesia yang masing-masing merekodkan satu kemenangan setakat ini dilihat tidak mahu rekod tanpa kalah mereka tercalar. […]
Michael Feichtenbeiner Kini Dilantik Jurulatih Myanmar

Selepas meninggalkan Selangor pada pertengahan musim lepas, ramai ingin tahu destinasi terbaru jurulatih Jerman, Michael Feichtenbeiner. Kini, Feichtenbeiner telah mendapat tugas baru sebagai jurulatih pasukan kebangsaan Myanmar. Feichtenbeiner mengambil alih secara rasmi sebagai jurulatih pada 1 Mac ini. Beliau menggantikan rakan senegara, Antoine Hey yang meninggalkan pasukan pada Januari tahun ini. Selain berperanan sebagai jurulatih […]