Impak Segera Brendan Gan & Mukhairi Ajmal Selepas Pulang Dari Kem Kebangsaan

Dua tonggak Selangor FC, Brendan Gan dan Mukhairi Ajmal masing-masing membuktikan kemampuan sebenar apabila berjaya membantu pasukan melakar kemenangan bergaya dalam aksi Liga Super pada kelmarin. Selepas pulang daripada kem kebangsaan, kedua pemain ini dilihat telah memberi impak segera buat pasukan. Pengalaman yang diperolehi dalam kejohanan King’s Cup di Thailand tempoh hari sedikit sebanyak telah […]
Mukhairi Ajmal: Taktikal Baru Kim Pan-gon Cetuskan Revolusi

Pemain tengah Selangor, Mukhairi Ajmal mengakui bahawa taktikal baru yang dibawa oleh Kim Pan-gon telah mencetuskan revolusi dan semangat yang tinggi buat semua pemain. Beliau menjelaskan skuad Harimau Malaya telah membuat persiapan yang awal dan rapi bagi mengharungi saingan Piala Raja Thailand itu kerana mereka sudah selesa dengan sistem baru yang direncanakan oleh Pan-gon. Mukhairi […]
Sentuhan Magis Mukhairi Ajmal Pacu Gergasi Merah Kuning

Sentuhan magis pemain Selangor FC, Mukhairi Ajmal terus menjadi nadi kepada kecemerlangan pasukan Merah Kuning dalam dua aksi terakhir pasukan untuk saingan liga. Pemain berusia 20 tahun ini menjadi sebahagian daripada watak penting dalam kemenangan Selangor keatas pasukan Penang pada aksi Liga Super semalam. Hantaran-hantaran bermutu Mukhairi sedikit sebanyak telah membuka peluang buat rakan sepasukannya […]
Mukhairi Enggan Pandang Remeh Kemampuan Thailand

Kapten pasukan Malaysia B-23, Mukhairi Ajmal mahu rakan sepasukan tidak memandang remeh terhadap kekuatan pasukan Thailand meskipun pernah menewaskan pasukan tersebut pada aksi Sukan Sea 2021 sebelum ini. Pemain berusia 20 tahun ini mengakui ini peluang terbaik untuk mendapatkan tiga mata berharga sekaligus meningkatkan semula moral pasukan untuk kembali bersaing kempen Piala Asia B-23 kali ini. […]
Mukhairi Ajmal Dan Nik Akif Tiada Tiket Khas Masuk Kesebelasan Utama Skuad B-23

Pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Brad Maloney menegaskan tiada tempat khas buat dua tonggak tengah Mukhairi Ajmal dan Nik Akif Syahiran untuk sentiasa berada dalam kesebelasan utama. Jelasnya, tiada pemain yang akan mendapat merit dan perlu bersaing dengan rakan sepasukan yang lain untuk menembusi kesebelasan utama menjelang Piala Asia B-23 di Uzbekistan. “Setiap […]
Tangisan Mukhairi Ajmal Ceritakan Segalanya

Sedih, hampa dan juga kecewa menyelubungu setiap jiwa para pemain pasukan bawah 23 tahun negara apabila usaha gigih mereka untuk mara ke pentas akhir tidak kesampaian. Pasukan kendalian Brad Maloney jelas beraksi dengan cukup baik sungguhpun berada di bawah tekanan apabila berdepan dengan pasukan Vietnam. Semangat juang yabng ditunjukkan oleh para pemain untuk tidak mengalah […]
Mukhairi Ajmal Memang Tak Boleh Bawa Bincang

Perancang tengah pasukan bawah 23 tahun negara, Mukhairi Ajmal terus membuktikan kemampuan beliau di atas padang apabila menjadi watak penting pasukan dalam kejohanan Sukan SEA kali ini. Pemain berusia 20 tahun ini mengetuai kempen Malaysia apabila diberi tanggungjawab untuk menjadi kapten sekaligus menggalas peranan yang amat besar. Gandingan beliau bersama pemain tengah Terengganu FC, Nik […]
Mukhairi Ajmal Memang Luar Biasa

Kapten pasukan bawah 23 tahun negara, Mukhairi Ajmal terus mempamerkan kualiti dalam persembahannya apabila berjaya membantu pasukan untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Thailand semalam. Beliau turun dalam kesebelasan utama pasukan bergandingan bersama Nik Akif Syahiran mengemudi jentera tengah nyata memberi impak yang cukup baik. Mukhairi jelas berada dalam kelas tersendiri apabila kelibat beliau berada […]
Ledakan Mukhairi Ajmal Pancarkan Kematangan

Aksi keempat saingan Liga Super yang membabitkan pasukan Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC menyaksikan Selangor berpesta jaringan menewaskan skuad Sang kenari dengan keputusan 4-1. Ayam tambatan The Reg Giant, Mukhairi Ajmal menjadi watak penting buat pasukan setelah memainkan peranan dengan cukup baik sebagai general tengah buat Selangor FC. Pemain yang berusia 20 tahun […]
3 Calon Pengganti Safiq Rahim Yang Sedang Hangat ‘Diburu’

Kepulangan Safiq Rahim ke pangkuan Harimau Malaya nyata memberi suntikan terbaik di bawah kendalian Kim Pan-gon apabila menjadi watak penting dalam perlawanan persahabatan Tri Nations baru-baru ini. Namun begitu, khidmat bekas kapten pasukan kebangsaan ini juga sudah pastinya sebagai pelan jangka pendek memandangkan usianya yang sudah pun mencecah 35 tahun membataskan peluangnya untuk beraksi dengan […]
Kisah Inspirasi Mukhairi Ajmal Idolakan Hafiz Kamal

Pemain tengah pasukan Selangor FC, Mukhairi Ajmal dalam satu temubual bersama MFL mengakui telah mengidolakan Hafiz Kamal sejak dahulu kala. Ketika Ajmal ditanya mengenai idolanya dalam karier sebagai seorang pemain profesional, Ajmal menyatakan bahawa Hafiz Kamal merupakan individu yang telah memberi inspirasi dalam kancah bola sepak di Malaysia. Hafiz Kamal merupakan seorang pemain berpengalaman yang […]
Mukhairi Ajmal Miliki Kekuatan Mental Pemain Bertaraf Dunia

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Muhammad Shahrom bin Abdul Kalam dalam satu rancangan di Facebook Cakap Sukan semalam mengakui bakat muda negara, Mukhairi Ajmal beraksi dengan sangat baik ketika mewakili negara di pentas Piala AFF. Shahrom menjelaskan bahawa Mukhairi adalah pemain yang sentiasa bersedia dari sudut mental dan fizikal. Beliau turut berkongsi pengalaman dirinya sewaktu berdepan […]
Mukhairi Ajmal Mahu Balas Kepercayaan Jika Diberi Peluang

Pemain tengah Selangor FC, Mukhairi Ajmal menjadi taruhan untuk mengemudi barisan tengah skuad keramat Harimau Malaya. Beliau juga akui telah membuat persiapan awal jika dipanggil oleh Cheng Hoe dalam senarai kesebelasan utama. Pemain muda yang berusia 20 tahun ini mahu mencipta rekod pertama apabila dapat bergandingan dengan pemain- pemain berpengalaman seperti Baddrol Bakhtiar di bahagian […]
Tidak Lupa Diri, Skuad Muda Negara Raikan Kejayaan Dengan Cara Tersendiri

Kejayaan skuad muda negara mengungguli carta Kumpulan J sekaligus menjadikan Malaysia layak secara automatik ke kejohanan Piala Asia B-23 2022. Malaysia sah dinobatkan sebagai juara kumpulan setelah berjaya mengikat Thailand 0-0 dalam perlawanan pagi tadi. Meskipun kedua-dua pasukan tidak dapat menjaringkan gol, namun skuad muda negara telah berjaya menampilkan aksi bertenaga dengan kekebalan benteng pertahanan […]
[Video] Aksi Mukhairi Ajmal Humban Airfan Doloh Curi Perhatian

Aksi pemain tengah skuad Malaysia bawah 23 tahun, Mukhairi Ajmal pada minit ke-48 berjaya mencuri perhatian penonton. Beliau yang terkenal dengan karakter kerasnya walaupun masih muda kelihatan sudah hilang sabar dengan karenah pemain tengah Thailand, Airfan Doloh yang menggangu pegerakannya. Aksi ‘lempar’ Mukhairi Ajmal pada minit ke-48 berkenaan walaubagaimanapun berjaya dikesan pengadil perlawanan. Walaupun humbanan […]
Mukhairi Ajmal Dilantik Sebagai Kapten Pasukan, Bakal Ketuai Cabaran Malaysia

Pemain tengah Selangor FC, Mukhairi Ajmal diberikan mandat selaku kapten pasukan skuad bawah 23 kebangsaan yang akan bersaing dalam pusingan kelayakan Piala Asia Bawah 23 pada tahun hadapan di Mongolia. Perkara ini diumumkan menerusi laman Instagram rasmi FAM sebelum para pemain berlepas ke Mongolia. Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin telah […]