Mohamadou Sumareh Buktikan Dirinya Masih Berbisa

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohamadou Sumareh membuktikan dirinya masih berbisa apabila kembali meledak buat JDT dalam aksi persahabatan menentang skuad kebangsaan Singapura pada Sabtu. Pada aksi tersebut, Sumareh telah meledak satu gol pada minit ke-90 perlawanan sekali gus menghadiahkan kemenangan mutlak 3-0 buat JDT di Kallang Football Hub. Dua lagi jaringan JDT telah […]
3 Tonggak JDT Beraksi Dua Pertandingan Dalam Tempoh Singkat

3 tonggak penting pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) beraksi dalam dua pertandingan dalam tempoh singkat. Skuad Harimau Selatan turun dengan misi besar apabila berjaya menundukkan Malaysian University dengan keputusan 5-0. Ketua Jurulatih, Hector Bidoglio menurunkan kesebelasan berbeza menentang wakil Liga A1 tersebur dengan 11 pemain tempatan di atas padang. Pengendali kelahiran Argentina itu memberi ruang […]
“Setiap Pemain Berjuang Untuk Malaysia” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mempunyai sebab tersendiri tentang pemilihan 25 pemain bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyztan dan Chinese Taipei. Ketika ditanya tentang pemilihan Mohamadou Sumareh ke kem kebangsaan kali ini, Kim Pan-gon tidak mahu menjelaskan pemilihan individu namun mengakui pemain itu penting dalam perancangan beliau. “Saya tidak akan menjelaskan tentang […]
Pemain Kegemaran Petar Šegrt Tidak Lagi Perkuat Malaysia

Ketua jurulatih Tajikistan, Petar Šegrt tidak akan melihat pemain Malaysia kegemarannya iaitu Muhamadou Sumareh untuk beraksi menentang pasukannya. Malaysia dijadualkan berdepan Tajikistan pada esok di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi aksi final kejohanan Pesta Bola Merdeka 2023. Pada kejohanan Kings Cup edisi tahun lalu di Thailand, Malaysia tewas kepada Tajikistan menerusi penentuan sepakan penalti. Ketika […]
Sumareh ‘Berguru’ Dengan Corbin-Ong

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohamadou Sumareh kini sedang menuntut ilmu daripada rakan sepasukannya, La’vere Corbin Ong. Bintang berusia 28 tahun itu mencuri tumpuan ramai apabila satu klip tular memperlihatkan dirinya sedang belajar cara-cara memandu motosikal. Tumpuan terarah kepada usaha gigih Corbin Ong bagi membantu Sumareh memandu motor tersebut sekaligus memberi gambaran bahawa […]
Kelibat Mohamadou Sumareh Semakin Kabur

Pemain naturalisasi pertama Malaysia, Mohamadou Sumareh semakin jarang kelihatan beraksi bersama skuad utama Johor Darul Ta’zim (JDT) di bawah kendalian jurulatih dari Argentina, Esteban Solari untuk saingan musim ini. Walaupun pemain berasal dari Gambia itu masih menjalani latihan bersama skuad utama JDT, namun sehingga kini beliau masih belum diturunkan dalam saingan Liga Super bersama JDT. […]
Ramalan Sumareh Menjadi

Ramalan pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Muhamadou Sumareh yang menjangkakan JDT meraih kemenangan dalam aksi ke lima saingan Liga Super 2023 benar-benar menjadi kenyataan. Dalam satu video yang dimuat naik Matt Davies di Tiktok, para pemain JDT dilihat sedang melakukan sesi regangan dan ketika itu Matt Davies, Forestieri dan Sumareh sempat berbual bersama. “Hari ini […]
Lee Tuck Ikut Jejak Sumareh

Pemain naturalisasi baharu Malaysia, Lee Tuck tidak perlu menunggu lama untuk memperkenalkan dirinya kepada para penyokong Harimau Malaya apabila berjaya meledak satu gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Kemboja di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat lalu. Dalam perlawanan tersebut, Lee Tuck berjaya mengemudi bahagian tengah dengan dua pemain lagi iaitu Stuart Wilkins dan David Rowley. […]
Sadek Mustaffa Nasihatkan Sumareh Keluar Dari JDT

Penurunan prestasi pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh semakin mendapat perhatian banyak pihak yang acap kali mempersoalkan sumbangan beliau ketika beraksi untuk skuad kebangsaan. Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustaffa merasakan masih ada masa buat Sumareh mengembalikan semula sentuhan berbisa beliau seperti sebelum ini dengan syarat beliau berhijrah ke pasukan lain demi minit permainan. […]
Mohamadou Sumareh Telah Buktikan Naturalisasi Bukan Satu Pembaziran

Pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh pastinya akan dikenang sebagai salah seorang pemain naturalisasi yang berjaya ketika menyarung jersi Harimau Malaya. Membuat penampilan sulung pada perlawanan Malaysia menentang Sri Lanka pada Oktober 2018, Sumareh berjaya meledak satu gol untuk membantu Malaysia menang 4-1 dan meneruskan rentak jaringannya apabila menjaringkan satu gol ketika Malaysia menewaskan Maldives […]