Dion Cools Dilepaskan FC Mitdjylland

Kelab Liga Utama Denmark, FC Mitdjylland telah pun mengumumkan penamatan kontrak pemain tersebut menerusi persetujuan bersama. Pertahanan kental Harimau Malaya ini sudah pun berkelana di kelab tersebut hampir 2 musim dan menjadi tunjang pasukan. Walau bagaimanapun, beliau telah pun dilepaskan secara pinjaman pada musim lalu untuk menyertai kelab Belgium, Zulte Waregem bagi mendapatkan minit permainan […]

Lazio & Feyenoord Bakal Jadi Lawan Dion Cools Di Liga Europa

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools bakal berpeluang untuk membuktikan kehebatannya apabila bakal beraksi dalam saingan Europa League pada musim ini. Pemain berusia 26 tahun itu kini sudah menamatkan tempoh pinjamannya bersama kelab Belgium, SV Zulte Waregem dan kini sudah kembali bersama FC Midtjylland. Malah, beliau juga sudah pun menjalani latihan bersama pasukan bagi mempersiapkan […]

Dion Cools Sertai JDT Lebih Awal?

Pemain bintang skuad Harimau Malaya, Dion Cools dilaporkan tidak tersenarai dalam skuad FC Midtjylland yang akan ke Belanda untuk kem latihan pra-musim. Perkara ini disahkan sendiri oleh pihak kelab Denmark itu dimana seramai 30 pemain dibawa oleh pengendali pasukan, Bo Henriksen. Namun begitu beliau membuat keputusan untuk tidak membawa pemain yang kembali ke kelab setelah […]

Dion Cools Dijangka Pulang Ke Pangkuan Midtjylland

Pemain pertahanan kanan Harimau Malaya, Dion Cools dilaporkan bakal pulang ke pangkuan kelab asalnya setelah tempoh pinjaman tamat. Beliau yang kini berusia 26 tahun sedang menikmati musim yang baik bersama kelab baharunya, Zulte Weregem yang beraksi di Liga 1 Belgium ketika ini. Cools memilih untuk melanjutkan perjalanan kariernya disebabkan mahu mendapatkan minit permainan yang lebih […]

Midtjylland Jelaskan Mengapa ‘Hantar Pulang’ Dion Cools Ke Belgium

Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools sebelum ini diumumkan dipinjamkan ke kelab Belgium, SV Zulte Waregem dari FC Midtjylland sehingga akhir musim ini. Menurut penjelasan yang dibuat oleh laman web rasmi FC Midtjylland, perpindahan pinjaman ini berlaku disebabkan atas permintaan Dion Cools sendiri. Menurut mereka, Dion Cools meminta dipinjamkan ke SV Zulte Waregem kerana Dion Cools […]

Dion Cools Cemerlang Beraksi Sebagai “RM”, Sedia Bantu Harimau Malaya

Dion Cools menetapi ramalan awal dan beliau kembali beraksi secara kompetitif setelah bergelut untuk pulih dari kecederaan dalam perlawanan lewat pagi tadi menentang pasukan tercorot Liga Super Denmark, Vejle di tempat lawan. Dion Cools berada dalam kesebelasan utama dan bermain di posisi midfield kanan dengan pengurus pasukan B. Henriksen mengguna pakai formasi 3-4-3. Dalam perlawanan […]

Penampilan Ke-2 Dion Cools di Liga Europa Catat Keputusan Positif

Pertahanan kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools membuat penampilan ke-2 di pentas Liga Europa UEFA bersama pasukan diwakilinya, FC Midtjylland. Dalam perlawanan terbabit, FC Midtjylland bertandang ke Stadium Red Star bertemu Crvena Zvezda dan berjaya memperoleh 3 mata penuh di tempat lawan. Dion Cools diturunkan sebagai pemain gantian menggantikan Joel Andersson pada minit ke-75 untuk memperkukuh kelebihan […]

[Video] Aksi Terbang Macam ‘Bruce Lee’ Dion Cools Selamatkan Gawang Terima Pujian Penyokong Midtjylland

Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools menerima pujian atas usaha keras beliau menyelamatkan gawang pasukan Midtjylland ketika bertahan dalam perlawanan menentang AaB. Dalam perlawanan terbabit, Midtjylland menang 3-1 menerusi jaringan Andersson dan dua jaringan masa tambahan dari Evander dan Isaksen. Dion Cools yang dimasukkan pada minit ke-94 berjaya membantu barisan pertahanan mengawal serangan balas AaB dan […]

[Video] Jaringan Dramatik Saat Akhir Midtjylland Pastikan 3 Mata Penuh Tewaskan SoenderjyskE

Jaringan pada masa kecederaan separuh masa kedua Mads Hansen memastikan pasukan tuan rumah, FC Midtjylland mengutip 3 mata penuh menentang SoenderjyskE. Pasukan yang diwakili pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools dikejutkan dengan jaringan awal Emil Holm pada minit ke-6 sebelum berjaya menyamakan kedudukan 3 minit sebelum tamat separuh masa pertama menerusi jaringan Evander. Erik Sviatchenko berjaya […]

Superliga: Midtjylland Kukuhkan Penguasaan Liga Benam AGF 4-0

FC Midtjylland mengukuhkan penguasaan Superliga Denmark selepas membenam pasukan dari wilayah Jutland, Aarhus Gymnastikforening (AGF) 4-0 menerusi jaringan hatrik Junior Brumado dan 1 gol Paulinho. Pasukan yang diwakili pemain berdarah Malaysia, Dion Cools ini bermula baik dengan jaringan awal Brumado pada minit ke-4 sebelum menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-19. Paulinho menambah derita […]

Kemasukan Dion Cools Bantu Pasukan Lonjak Ke Tangga Teratas Liga

Pemain pertahanan FC Midtjylland, Dion Johan Cools sekali lagi mencuri tumpuan apabila menampilkan aksi yang cukup mempersonakan ketika membantu pasukan mencatat kemenangan selesa awal pagi tadi. Beliau tidak beraksi dalam kesebelasan utama pasukan ketika posisi di bahagian pertahanan kanan telah diisi oleh Joel Andersson dalam sistem 5 pertahanan yang digunakan oleh jurulatihnya, Bo Henriksen. Namun […]

Midtjylland Kukuhkan Cengkaman Liga Belasah Vejle BK

FC Midtjylland mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Danish Superliga selepas berjaya membenam Vejle BK 4-1 di halaman sendiri. Midtjylland beraksi buat kali pertama dengan kehadiran penyokong di MCH Arena tampil bertenaga menerusi jaringan Gustav Isaksen, Erik Sviatchenko, Anders Dreyer dan Awer Mabil. Midtjylland yang menguasai perlawanan sejak minit pertama perlawanan berjaya menemui peluang keemasan seawal […]

(Video) Midtjylland vs Viborg: Aksi Dion Cools Menyerang dan Bertahan Buktikan Kualitinya

Dion Cools akhirnya diberikan peranan lebih penting dalam pertembungan Derbi Danish SuperLiga melibatkan FC Midtjylland dan Viborg. Berada dalam kesebelasan utama menentang pasukan derbi yang pernah mewarnai SuperLiga untuk musim 2015/16 bukan halangan untuk pemain kelahiran Kuching, Sarawak ini membukti kemampuannya bermain dalam perlawanan dengan intensiti tinggi. Pertembungan Midtjylland-Viborg turut diwarnai terjahan keras dan beberapa […]

Derby Denmark: Dion Cools Bantu ‘Serangan’ Midtjylland Tewaskan Viborg

FC Midtjylland menang bergaya menentang musuh utamanya di Danish SuperLiga, Viborg FC menerusi jaringan Evander dan Anders Dreyer di Stadium Viborg. Kedua-dua pasukan pernah mewarnai Derby Danish SuperLiga pada tahun 2015 – 2016 sebelum Viborg jatuh ke divisyen ke-2 SuperLiga. Perlawanan dengan jumlah kehadiran penonton hampir 10,000 orang bukan halangan buat FC Midtjylland menyerap segala […]

UCL: Midtjylland Tunjuk Celtic Jalan Keluar, Mara Ke Pusingan Seterusnya

FC Midtjylland mara ke pusingan ke-3 Kelayakan Liga Juara-Juara UEFA selepas berjaya membenam pasukan gergasi Scotland, Celtic di MCH Arena awal pagi tadi. Celtic yang dipimpim pemain lagenda Australia, Ange Postecoglou menyaksikan pasukannya tewas di pusingan kelayakan buat kali ke-4 berturut-turut. Callum McGregor memberikan kelebihan awal kepada Celtic dengan serangan yang menakjubkan pada minit ke-48 […]

UCL 2021/22: 2 Kad Merah Hiasi Pertembungan Celtic dan Midtjylland

Pertembungan gergasi Scotland Celtic dan Midtjylland dalam perlawanan Kelayakan Liga Juara-Juara UEFA berakhir dengan keputusan seri 1-1 menerusi jaringan Liel Abada dan Evander. Celtic bermula baik menerusi jaringan Liel Abada pada minit ke-39 menerusi sepakan derasnya setelah bola muntah pada percubaan pertama Ryan Christie berjaya ditepis penjaga gawang Midtjylland, Jonas Lössl. Kenaifan Nir Bitton yang […]