Michael Feichtenbeiner & Myanmar Berpisah

Myanmar bakal menghadapi kempen ASEAN Championship 2024 dengan jurulatih baru selepas memilih berpisah dengan pengendali Jerman, Michael Feichtenbeiner. ASEAN Football melaporkan Persekutuan Bola Sepak Myanmar (MFF) bersetuju menamatkan kontrak secara bersama dengan jurulatih berusia 64 tahun itu. Keputusan ini dibuat meskipun Feichtenbeiner masih memiliki baki kontrak sehingga Februari 2025. Ini sekaligus menamatkan tempoh 17 bulan […]
AFF U23: Bekas Pengendali Selangor Lega Myanmar Melawan Meskipun Dibedil

Bekas pengendali Selangor, Michael Feichtenbeiner sangat berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak buahnya meskipun tewas dibedil oleh Thailand. Myanmar terpaksa akur dengan kekuatan Thailand apabila tewas dengan keputusan 0-3 dalam aksi pertama bagi kumpulan A semalam. Ketua Jurulatih Myanmar B-23, Michael Feichtenbeiner akui pasukannya telah melawan dengan habis baik, namun nasib tidak menyebelahi […]
Bekas Jurulatih Selangor Gerun Dengan Barisan Pemain Berbakat Malaysia

Dengan Thailand dan Vietnam berada dalam Kumpulan B, ramai tidak meletakkan harapan tinggi kepada skuad Malaysia B-22 untuk layak ke separuh akhir Sukan SEA 2023. Tetapi bagi bekas jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner, anak-anak buah E. Elavarasan itu patut dihormati oleh lawan-lawan dalam Kumpulan B. Ini kerana Harimau Muda dianggotai oleh ramai pemain berbakat – sesetengah […]
Michael Feichtenbeiner Anggap Indonesia Jaguh Dalam Kumpulan

Bagi jurulatih Myanmar, Michael Feichtenbeiner, kemenangan 5-0 Indonesia ke atas pasukannya bukan sekadar meletakkan Garuda Muda pada kedudukan selesa mara ke separuh akhir Sukan SEA 2023. Malah, beliau berpandangan pasukan tersebut merupakan pasukan jagoan dalam Kumpulan A temasya berkenaan. Gelaran tersebut diberi kepada anak-anak buah jurulatih interim, Indra Sjafri kerana keupayaan mereka menjaringkan gol dan […]
Michael Feichtenbeiner Kini Dilantik Jurulatih Myanmar

Selepas meninggalkan Selangor pada pertengahan musim lepas, ramai ingin tahu destinasi terbaru jurulatih Jerman, Michael Feichtenbeiner. Kini, Feichtenbeiner telah mendapat tugas baru sebagai jurulatih pasukan kebangsaan Myanmar. Feichtenbeiner mengambil alih secara rasmi sebagai jurulatih pada 1 Mac ini. Beliau menggantikan rakan senegara, Antoine Hey yang meninggalkan pasukan pada Januari tahun ini. Selain berperanan sebagai jurulatih […]
Michael Feichtenbeiner Lepaskan Jawatan Di Selangor FC

Selepas pencapaian yang kurang memberansangkan Selangor FC musim ini, pengendalinya, Michael Feichtenbeiner telah bersetuju untuk melepaskan jawatannya sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Selangor FC. Pengumuman itu dimuat naik sendiri oleh pasukan Selangor di laman sesawang rasmi milik mereka. Walau bagaimanapun, Michael Feichtenbeiner masih berada di Selangor FC sebagai Pengarah Sukan yang disandangnya sejak 2020. “Selangor FC […]
Micheal Feichtenbeiner Akui Tiada Pasukan Yang Mampu Menang Semua Perlawanan

Ketua jurulatih pasukan Selangor FC, Micheal Feinctenbeiner mengakui bahawa tiada pasukan yang mampu untuk mencatat kemenangan pada setiap perlawanan yang ditempuhi. Baru-baru ini, pengendali kelahiran Jerman itu telah mengemudi pasukan dengan baik apabila berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas pasukan KL City dalam pusingan kedua Piala FA. Beliau turut mengakui pasukannya kurang bernasib baik sebelum ini […]
Feichtenbeiner Merasakan Selangor Melepaskan Gol Yang Aneh

Pengendali Selangor FC, Michael Feichtenbeiner merasakan beberapa gol yang dilepaskan Selangor dalam perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam adalah sesuatu yang aneh. Dalam perlawanan tersebut, Selangor tewas 1-5 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi. Penegndali berasal dari Jerman itu juga berpendapat bahawa beberapa gol awal yang dilepaskan menyebabkan para pemain […]