MHL: Liaoning Women’s HT Garang Tundukkan Mutiara Impian MSSPP-HSPA

Liaoning Women’s HT menamatkan saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 dengan kemenangan setelah membenam cabaran Mutiara Impian MSSPP-HSPA pada Khamis. Liaoning turun pada perlawanan terakhir ini dengan misi meraih kemenangan bagi memastikan kejuaraan menjadi milik pasukan dari China ini setelah tumbang 0-1 kepada pencabar, Malaysian University sebelum ini. Di separuh masa pertama, jelas penguasaan bola […]
MHL: THT Tamatkan Tentangan Sengit Maybank

Terengganu Hockey Team (THT) terpaksa menelan kepahitan setelah gagal mempertahankan kejuaraan Liga Hoki Malaysia (MHL) meskipun berjaya menewaskan Maybank dalam aksi terakhir liga. Aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil 2 itu menyaksikan tiada sebarang jaringan dapat dihasilkan kedua-dua pasukan di suku pertama. Bersambung suku kedua, THT terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi […]
MHL: TNB Muncul Juara Liga, Kenduri Gol Tewaskan JM Antsbees

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggondol trofi kedua mereka untuk musim 2024 apabila bergelar juara Liga Hoki Malaysia (MHL). Kejayaan itu dicapai selepas mereka meraih kemenangan terbesar dalam liga untuk musim 2024 dengan membelasah Jiwa Mohan (JM) Antsbees 22-1. Firhan Ashari, Jang Jong-hyun dan Najib Abu Hassan memastikan TNB mendahului dalam tempoh tiga minit suku pertama […]
MHL: Maybank Gah Di Persada Liga, Tundukkan UiTM HA-KPT

Maybank kini memimpin carta liga Hoki Malaysia (MHL) setelah mengatasi UiTM HA-KPT pada petang Jumaat. Permulaan aksi memperlihatkan penguasaan bola jelas memihak Maybank dan tidak menunggu lama untuk terus meledak menerusi Muhajir Abdul Rauf seawal minit keenam. Selang empat minit kemudian, Muhajir Abdul Rauf terus menambah duka UiTM dengan gol kedua Maybank yang juga gol […]
MHL: TNB Thunderbolts Berpesta Gol Ke Atas JM Antsbees

Skuad Tenaga Nasional Berhad (TNB) Thunderbolts mencatat kemenangan keempat dalam Liga Hoki Malaysia (MHL) musim 2024. Ini selepas pasukan itu membelasah Jiwa Mohan (JM) Antsbees dalam aksi terbaru MHL yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional 1 hari ini. TNB Thunderbolts yang dibimbing M. Kaliswaran berharap dapat memperkukuh cengkaman di tangga keenam liga. Dan mereka tidak […]
MHL: Malaysian University Mudah Atasi Mutiara Impian-MSSPP-PSHA

Malaysian University tidak berdepan masalah untuk membenam cabaran Mutiara Impian-MSSPP-PSHA dalam saingan Women Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024. Aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil itu terpaksa bermula lewat disebabkan oleh hujan lebat yang melanda venue perlawanan. Aksi bermula menyaksikan Malaysian University menguasai perlawanan sejak awal permainan dan berjaya memecah kebuntuan pada minit […]
MHL: Kebangkitan UiTM HA-KPT Buat TNB Thunderbolts Terkedu

TNB Thunderbolts kempunan meraih mata setelah tumpas kepada UiTM HA-KPT dalam saingan Premier Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024. UiTM yang masih segar dengan kemenangan besar 4-0 ke atas Kuala Lumpur City pada Ahad bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan awal pasukan lawan menerusi Mohammad Syazwan Shah. Rahuul Fazrien terus meletakkan TNB Thunderbolts selesa di depan dengan 2-0 […]
MHL: THT Unggul Tewaskan Young Elephants-Pahang

Juara bertahan Liga Hoki Malaysia (MHL) musim 2023, Terengganu Hockey Team (THT) mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dengan menewaskan Young Elephants-Pahang 5-1 hari ini. THT memerlukan kemenangan hari ini bagi memberi tekanan ke atas dua pasukan yang menduduki kelompok teratas liga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Maybank. Sementara Young Elephants-Pahang pula berharap dapat meraih kemenangan […]
MHL: THT Berpesta Gol Ke Atas Jiwa Mohan Antbees

Terengganu Hockey Team (THT) terus membuktikan status sebagai pasukan handalan Liga Hoki Malaysia (MHL) musim 2024. Ini selepas pasukan dari Pantai Timur itu meraih kemenangan besar ke atas Jiwa Mohan Antbees 7-1 dalam aksi terbaru MHL di Stadium Hoki Bukit Jalil 1 hari ini. THT perlu menang hari ini bagi merapatkan jurang dengan tiga pasukan […]
MHL: TNB Kenduri Gol Tumbangkan Liaoning Men’s HT

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengekalkan rekod tanpa kalah mereka setelah membelasah Liaoning Men’s HT dalam saingan Malaysia Hockey League (MHL) 2024. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil menyaksikan Azrai Aizad Abu Kamal muncul wira TNB dengan lima jaringan beliau pada minit pertama, ke-26, ke-44, ke-51 dan ke-56. Selain Azrai, dua jaringan Azril […]
MHL: TNB Tepati Ramalan, Atasi Young Elephants-Pahang

Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan momentum kemenangan setelah menumbangkan Young Elephants-Pahang dalam aksi Malaysia Hockey League (MHL). TNB yang baru sahaja menjuarai Piala Sumbangsih MHL pada Rabu dilihat tiada masalah untuk menguasai perlawanan sejak minit pertama permainan. Hasilnya, pemain kebangsaan, Azrai Aizad berjaya membuka tirai jaringan menerusi pukulan kilas yang gagal diselamatkan penjaga gol lawan. […]