VAR Belum Matang, MFL Jangka Masalah Teknikal Akan Berlaku

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengakui memerlukan masa untuk memastikan perlaksanaan sistem bantuan video pengadil (VAR) berada pada tahap memuaskan. Aksi pembukaan Liga Super 2024/25 menyaksikan sistem VAR tidak dapat digunakan untuk dua aksi liga. Pertama, aksi di Stadium Temerloh membabitkan Sri Pahang FC dan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada Sabtu lepas. Kedua, […]
MFL Umum Jadual Liga Malaysia Kekal Berserta Jaminan Keselamatan Polis

Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan bahawa jadual Liga Malaysia akan kekal mengikut perancangan asal bersama-sama dengan jaminan keselamatan daripada pihak polis. Tiga kes besar yang melibatkan tiga pemain bola sepak Malaysia baru-baru ini telah menggemparkan arena bola sepak tempatan sekaligus menambah kerisauan dalam kalangan penyokong bola sepak. MFL pada hari ini telah mengumumkan bahawa […]
Selangor Mohon Tunda Aksi Piala Sumbangsih

Aksi Piala Sumbangsih musim 2024/25 antara Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) yang akan berlangsung pada Jumaat ini berpotensi ditunda. Selangor diuji dengan pelbagai cabaran termasuk kehilangan beberapa tonggak utama yang mengalami kecederaan semasa kempen pra-musim 2024/25. Situasi ini tidak dibantu dengan insiden menyedihkan yang menimpa bintang Harimau Malaya, Faisal Halim yang […]
Suspek Utama Dilepaskan Tapi Akan Ditahan Semula Kerana Positif Dadah

Suspek pertama yang melibatkan insiden simbahan asid terhadap pemain sayap negara, Faisal Halim telah dilepaskan namun akan ditahan semula susulan positif dadah. Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, beliau menjelaskan bahawa siasatan polis telah mendapati suspek sebenar kes itu menggunakan motosikal semasa kejadian menggunakan nombor pendaftaran palsu. Beliau turut memaklumkan […]
Safee Sali: Saya Harap Ini Tidak Mengganggu Perjalanan Liga

Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali berharap insiden malang yang menimpa Akhyar Rashid dan Faisal Halim tidak mengganggu perjalanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Arena bola sepak Malaysia dikejutkan dengan insiden malang yang menimpa dua tonggak utama Harimau Malaya itu. Insiden pertama menyaksikan Akhyar menjadi mangsa jenayah samun berhampiran kediamannya di Tanjung, Terengganu baru-baru […]
“Insiden Faisal Halim & Akhyar Rashid Tak Jejas Imej Liga Malaysia” – Stuart Ramalingam

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam memaklumkan insiden membabitkan Faisal Halim dan Akhyar Rashid tidak menjejaskan imej Liga Malaysia (Liga M). Selepas insiden Akhyar disamun dan dicederakan dengan cota baru-baru ini, arena bola sepak negara dikejutkan pula dengan insiden Faisal disimbah asid oleh individu yang tak dikenali semalam. Susulan itu, […]
Stuart Ramalingam: Ketepatan Keputusan Pengadil Lebih Penting

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam berpandangan ketepatan keputusan pengadil lebih penting apabila sistem bantuan video pengadil (VAR) dilaksanakan. Pandangan ini dibuat selepas wujud rungutan daripada penyokong tentang tempoh masa yang diambil pengadil semasa melakukan semakan VAR dalam beberapa perlawanan pra-musim 2024/25. Tempoh semakan yang lama mengakibatkan tempoh masa tambahan […]
Liga Malaysia Bakal Laksanakan FFP Bagi Musim 2024

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan bahawa Peraturan Fair Play Kewangan (Financial Fair Play/FFP) akan dilaksanakan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) 2024/25. FFP diperkenalkan bagi membantu kelab-kelab Liga M untuk lebih berhemah dalam berbelanja dan mengelakkan kelab-kelab daripada ditimpa masalah kewangan. Kisah beberapa kelab Liga M dibelenggu masalah kewangan termasuk isu tunggakan gaji bukan satu […]
Sabah Terima Dana Tambahan RM5 Juta

Pasukan Liga Super 2024, Sabah FC difahamkan menerima suntikan tambahan sebanyak RM5 Juta bagi musim baharu. Perkara ini diumumkan menerusi laman rasmi The Rhinos tentang tajaan yang diberikan oleh Jetama Sdn Bhd. Syarikat itu difahamkan telah menyalurkan tajaan bernilai RM5 juta sekaligus menjadi penaja rasmi kepada Sabah FC bagi mengharungi kempen Liga Malaysia 2024/2025. Presiden Persatuan […]
Penggunaan VAR Cecah RM6 Juta, MFL Fokus Tingkatkan Kualiti Liga Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam mendedahkan kos penggunaan sistem bantuan video pengadil (VAR) mencecah RM6 juta. Perkara ini dinyatakan beliau kepada media selepas sesi simulasi VAR kepada pemegang taruh berkepentingan iaitu media, pegawai pasukan, jurulatih dan pakar bola sepak di Stadium UiTM semalam. Ini sebagai persediaan kepada perlaksanaan sistem […]
Zamsaham: RM1000 Pun Besar Bagi Yang Memerlukan

Pemilik Kelab Bola Sepak Kelantan FC, Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham menganggap bahawa nilai RM1000 amat besar kepada yang memerlukan. Baru-baru ini, tular satu kenyataan yang dikeluarkan olehnya tentang tunggakan gaji selama tiga bulan terhadap para pemain TRW Kelantan FC. Beliau optimis untuk menyelesaikan baki tunggakan gaji tersebut dengan membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM1000 […]
Pasukan Liga Super Musim 2024/25 Bakal Berkurang Lagi?

Pasukan dalam saingan Liga Super musim 2024/25 berpotensi untuk berkurang lagi tatkala saingan bakal bermula kurang sebulan dari sekarang. Perkara ini disahkan oleh Malaysian Football League (MFL) menerusi Kalendar Liga Malaysia yang telah dikeluarkan baru-baru ini. Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Stuart Ramalingam memberitahu bahawa 13 pasukan bakal bersaing di Liga Super […]
Razman Roslan: VAR Di Malaysia? Mungkin Lebih Baik Atau Sebaliknya

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan memilih pendekatan tunggu dan lihat berkenaan perlaksanaan sistem video bantuan pengadil (VAR) dalam Liga Super musim 2024/25. Sebelum ini, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan perlaksanaan VAR dalam Liga Super bakal dibuat pada musim 2024/25. Pengenalan sistem tersebut dilihat dapat membantu meningkatkan mutu pengadilan liga ke tahap yang lebih […]
MFL Umum Kalendar Liga Malaysia, 12 Faktor Besar Jadi Penentu

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akhirnya mengumumkan kalendar bagi saingan Liga Malaysia musim 2024/25 dengan mengambil kira 12 faktor. Menerusi satu kenyataan oleh MFL, jadual pertandingan Liga Super 2024-2025 melibatkan perlawanan minggu 1 sehingga minggu 13 (LS1 – LS13) bagi membolehkan kelab Liga Malaysia membuat persiapan awal untuk menghadapi musim baharu. Jadual perlawanan itu melibatkan […]
13 Pasukan Liga Super Tak Jejaskan Saingan Musim 2024/25

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan menyifatkan ketiadaan pasukan ke-14 dalam Liga Super musim 2024/25 tidak akan merencatkan kemeriahan liga. Ini bukan satu isu kerana itu langsung tidak menjejaskan tahap persaingan antara 13 pasukan dalam saingan Liga Super. Selain itu, ini dilihat tanda keseriusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam menangani isu pasukan bermasalah dari […]
Kedah Dipotong 3 Mata & Denda RM50,000, Kedudukan Di Liga Super Belum Selamat

Pasukan Liga Super 2023, Kedah Darul Aman telah disahkan akan dipotong tiga mata dan menerima denda selepas gagal membuat pembayaran penuh tunggakan gaji tahun 2023. Perkara ini telah dijelaskan dalam satu kenyataan oleh Badan bebas, First Instance Body (FIB) yang mengumumkan bahawa kelab Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dikenakan hukuman pemotongan tiga mata bagi […]