Gol Saat Akhir Pacu Brazil Tewaskan Mexico

Pasukan gergasi Amerika Selatan, Brazil terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan Mexico 3-2 di Kyle Field, Texas hari ini. Perlawanan ini merupakan sebahagian daripada dua aksi pemanas badan Brazil untuk Copa America yang berlangsung pada penghujung bulan ini. Pemain sayap Arsenal, Gabriel Martinelli mengetuai cabaran Selecao. Sementara pasukan Mexico pula diketuai peledak berbisa Feyenoord, Santiago Gimenez. […]

Piala Dunia U17: Mexico Tepati Ramalan Belasah New Zealand

Mexico mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia B-17 selepas mengatasi cabaran New Zealand di Stadium Jalak Harupat, Bandung. New Zealand tahu sekiranya mereka menang hari ini, mereka boleh memintas Indonesia untuk slot terakhir empat pasukan ketiga terbaik. Ini kerana El Tri memiliki kelebihan gol yang jauh lebih baik daripada skuad Garuda Muda. […]

Masa Depan Benjamin Mora Kritikal Di Mexico

Masa depan ketua jurulatih Atlas FC, Benjamin Mora semakin tergugat selepas pasukannya mengalami rentetan kekalahan pada musim ini. Pengendali muda itu pulang ke negeri kelahirannya setelah berkelana selama beberapa musim di Malaysia bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan memperoleh pelbagai kejuaraan di sini. Atlas FC bermula cemerlang pada awal musim termasuklah ketika membenam pasukan gergasi […]

Seekor Anjing Dikesan ‘Mencuri’ Ketika Aksi Berlangsung

Aksi divisyen dua Mexico membabitlan Alebrijes de Oaxaca dan Dorados de Sinaloa beberapa hari lepas kecoh gara-gara kerenah seekor anjing. Akhbar Marca melaporkan tatkala perlawanan memasuki minit-minit akhir, seekor anjing tiba-tiba muncul dan masuk ke padang. Penjaga gol kemudiannya melemparkan bola ke arah anjing tersebut dengan harapan ia akan keluar dari padang. Bagaimanapun, anjing itu kemudiannya […]

Atlas FC Tewas, Terpelosok Di Tangga Pertengahan Liga

Prestasi cemerlang Liga Mexico, Altas FC berakhir selepas mereka tewas dalam aksi liga berdepan pendahulu liga, San Luis. Perlawanan yang berlangsung di tempat lawan itu menyaksikan ketua jurulatih. Benjamin Mora menurunkan kesebelasan terbaik. Percaturan ampuh bagaimanapun kurang menjadi selepas ditewaskan dengan keputusan 2-0. Atlas FC melancarkan 12 percubaan namun hanya satu tepat ke sasaran sekaligus […]

Benjamin Mora Mula Langkah Kanan

Ketua jurulatih Atlas FC, Benjamin Mora mempamerkan belang pada permulaan musim 2023/2024 di Liga Mexico. Pengendali berusia 45 tahun itu memasuki musim keduanya bersama Los Rojinegros kembali mendapat sentuhan pentingnya musim ini. Bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) ini pada memulakan langkah cemerlang pada awal musim lalu namun kembali terumbang-ambing memasuki penghujung musim yang menyebabkan […]

VAR Batalkan Gol Selepas Meraikannya Bagai Nak Rak

Bukan sekali keputusan pembantu pengadil video (VAR) mengubah momentum dan keputusan perlawanan. Dan itulah yang dirasai Panama apabila gol penyamaan yang dijaringkan mereka dalam penentuan tempat ketiga Liga Negara CONCACAF dibatalkan VAR. Panama tahu dengan mendapatkan tempat ketiga Liga Negara CONCACAF, ia bakal menjadi pencapaian terbaik negara itu sejak bergelar juara Copa Centroamericana pada 2009. […]

Formula Benjamin Mora Kembali Bernyawa Di Mexico

Bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora kembali menemui sentuhannya di Mexico apabila pasukannya mempamerkan kebangkitan luar biasa musim ini. Pengendali muda berusia 45 tahun itu diberi tanggungjawab untuk memacu cabaran kelab negara kelahirannya, Atlas FC namun menempuhi perjalanan yang penuh berliku. Sungguhpun memulakan aksi dengan agak baik apabila tidak mencatatkan sebarang kekalahan […]

Benjamin Mora Bakal Dipecat Atlas?

Nasib bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora kini di hujung tanduk selepas beliau dikatakan bakal dipecat oleh kelabnya, Atlas FC. Keraguan kepada pimpinan Mora mula mencanak apabila mereka dimalukan oleh kelab Honduras, Olimpia dalam aksi Liga Juara-Juara CONCACAF dengan keputusan 4-1. Pihak pengurusan kelab dilihat sudah hilang kepercayaan kepada jurulatih berusia 44 tahun […]

Benjamin Mora Berdepan Detik Sukar Di Mexico

Bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora berdepan detik sukar di Mexico apabila pasukan bimbingannya kini bergelut dalam saingan liga sejak kebelakangan ini. Pengendali berusia 45 tahun itu telah pun meninggalkan JDT untuk pulang ke Mexico atas tujuan peribadi dan memilih untuk melanjutkan karier kejurulatihannya bersama Atlas FC. Sungguhpun bermula dengan cukup baik pada […]

Formula Benjamin Mora Di Mexico Menjadi-Jadi

Sentuhan bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora berjaya memberi impak segera kepada pasukannya di Liga Mexico, Atlas FC. Pengendali berusia 45 tahun itu baru sahaja dilantik mengemudi pasukan setelah meninggalkan pasukan Harimau Selatan musim lalu. Prestasi kurang memberangsangkan Atlas FC pada musim lalu menyaksikan mereka mencari pengendali baharu yang mampu memberikan impak yang […]

Kemerduan Azan Tarik Perhatian Penyokong Mexico Di Qatar

Penganjuran Piala Dunia 2022 di Qatar bukan saja membuktikan keupayaannya menganjurkan kejohanan berprestij. Malah, ia juga menjadi medium dakwah bagi negara Teluk itu kepada pengunjung luar termasuk penyokong bola sepak. Ini dapat dilihat dalam satu video TikTok di mana seorang penyokong Mexico tertarik dengan laungan azan di Masjid Lusail, Lusail, Qatar. Video tersebut memperlihatkan si […]

Perlawanan Queretaro-Atlas Bertukar Gelanggang Pembunuhan

Bola sepak yang dimainkan di Amerika Utara semenangnya terkenal dengan para penyokongnya yang begitu fanatik dan ’hidup’ dalam bola sepak itu sendiri. Namun begitu, baru-baru ini tular mengenai satu insiden mengerikan di atas padang ketika pertembungan yang melibatkan pasukan Queretaro menentang Atlas. Perlawanan ini bermula dengan cukup baik apabila kedua-dua pasukan menunjukkan solidariti kepada insiden […]