Hoki Piala Razak: KL Muncul Juara, Benam Cabaran Melaka

Pasukan hoki Kuala Lumpur (KL) muncul juara Piala Razak 2023 selepas mengatasi cabaran Melaka dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil 2 hari ini. Kedua-dua pasukan turun dengan misi mengakhiri kemarau kejuaraan masing-masing. Kali terakhir Melaka dan KL bergelar juara Piala Razak masing-masing pada 2019 dan 2011. Babak pertama menyaksikan kedua-dua […]

Rauf Yusoh Kini Presiden MAFA Yang Baru

Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) mendapat nafas baru menerusi perlantikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai presiden. Keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif MAFA yang diadakan pada hari ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden MAFA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi itu memutuskan kedudukan presiden MAFA terkini disandang oleh Rauf. Ini berdasarkan […]

Piala FA: Terengganu Ratah Melaka

Aksi pusingan 16 saingan Piala FA hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Terengganu menentang Melaka FC. Beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu tidak berdepan laluan sukar untuk menundukkan cabaran pasukan yang beraksi di Liga M3, Melaka FC. Seawal minit ke-5 permainan, Terengganu berjaya memecah kebuntuan menerusi Ivan Mamut. Penyerang import berusia 25 tahun […]

“Terengganu Lawan Terkuat Melaka Musim Ini” – Pedro Hipolito

Perlawanan pusingan kedua Piala FA Terengganu-Melaka dianggap tugas sukar buat anak-anak buah Pedro Hipolito. Malah, jurulatih Portugal itu turut mengakui skuad Peteh sebagai antara lawan terkuat pasukan Liga M3 itu musim ini. Terengganu sudah mula menemui rentak di bawah bimbingan jurulatih Tomislav Steinbruckner. Dengan tiga kemenangan dari tiga perlawanan liga terbaru mereka, anak-anak buah Steinbruckner […]

Aksi Melaka & PDRM Ditangguhkan Kerana Padang Rosak Teruk

Semua maklum sejak beberapa hari lepas, cuaca buruk mengakibatkan sesetengah perlawanan ditangguhkan. Hari ini, giliran skuad Piala Presiden Melaka pula terpaksa menangguhkan perlawanan mereka dengan PDRM atas sebab sama. Penangguhan aksi Piala Presiden kedua-dua pasukan ini diumumkan PDRM menerusi laman media sosial mereka hari ini. Dengan pengumuman tersebut, ia turut mengundang persoalan sama ada Melaka […]

De Paula Berazam Bawa Melaka Kembali Ke Liga Super

Bekas penyerang kebangsaan, Guilherme De Paula berazam untuk bawa Melaka kembali ke Liga Super musim hadapan. Beliau menganggap beraksi di Liga M3 adalah cabaran baharu dalam karier bola sepaknya. Penyerang Brazil itu mahu membuktikan sentuhannya masih berbisa dan akan memberikan segalanya buat Melaka. “Saya akan bantu Melaka FC menjuarai Liga M3 dan layak ke Liga […]

De Paula Sertai Melaka?

Walaupun diselubungi pelbagai kontroversi berkenaan penyertaan mereka dalam Liga M3, Melaka terus fokus membuat persiapan menghadapi liga berkenaan. Dan khabarnya, mereka bakal merekrut penyerang naturalisasi negara, Guilherme de Paula. Khabar angin perpindahan bekas penyerang Selangor itu ke Melaka dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Yeoh Pek Xian dalam satu ciapannya hari ini. Ini ditambah dengan kenyataan […]

Bekas Pemain KL City Di AFC Sertai Melaka

Isu di luar padang langsung tidak mengganggu fokus Melaka FC menjelang saingan Liga M3. Dan difahamkan, bekas pemain tengah KL City, Fakrul Aiman Sidid bakal menyertai pasukan itu musim ini. Khabar angin perpindahan Fakrul Aiman itu dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di Twitter semalam. Fakrul Aiman dijangka menambah pengalaman dalam pasukan yang […]

MFL Potong Bayaran Hak Penyiaran Melaka & Sarawak United

Semua sedia maklum dengan masalah kewangan yang membelenggu Melaka United dan Sarawak United. Atas sebab itu juga, MFL telah memotong bayaran hak penyiaran Liga Malaysia yang diterima kedua-dua pasukan untuk dijadikan sebagai bayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai. Difahamkan, kedua-dua pasukan berhutang tunggakan gaji sebanyak RM2.7 juta dari tahun lepas. Disebabkan isu ini juga, MFL […]

Melaka Minta Dibenarkan Guna Jurulatih Import

Kemasukan Melaka FC dan Sarawak United dalam Liga M3 sudah memeningkan kepala pengurusan Liga Bola Sepak Amatur (AFL) untuk musim 2023. Terbaru, Melaka meminta kebenaran agar dapat menggunakan jurulatih import untuk saingan liga musim ini. Semasa ia diperkenalkan pada 2019, Liga M3 sebelum itu membenarkan penggunaan pemain dan jurulatih asing. Tetapi sejak dua musim lepas, […]