Piala Malaysia: Melaka Pertaruh Import Perancis Hadapi Terengganu

Wakil Liga A1 Semi Pro, Melaka FC mengumumkan ketibaan dua pemain import baharu dari Perancis dan Guinea untuk menghadapi saingan Piala Malaysia berdepan Terengganu. Menerusi satu hantaran di media sosial Melaka FC, kedua-dua pemain tersebut iaitu Rodrigue Nanitelamio dan Oumar Bangoura diperkenalkan secara rasmi selaku tonggak baharu pasukan. “Melaka FC mengumumkan pemain baharu, Rodrigue Nanitelamio. […]

Melaka Janji Cabar Terengganu Habis-Habisan

Pendahulu Liga A1 Semi-Pro, Melaka FC berazam untuk memberi cabaran kepada naib juara Piala Malaysia 2023, Terengganu FC. Hasrat ini dinyatakan presiden kelab itu, Datuk Wira Nur Azmi Ahmad selepas undian pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia 2024/25. Melaka membawa cabaran Liga A1 Semi-Pro bersama KL Rovers FC dan PT Athletic FC (kini PT Antlers […]

Liga A1: Melaka ‘Rantai’ KL Rovers, Kembali Ke Puncak Liga

Melaka FC kembali merampas takhta pendahulu Liga A1 Semi-Pro meskipun sekadar seri 1-1 dengan KL Rovers FC dalam aksi tertunda liga. Perlawanan ini sudah berlangsung pada 25 Ogos lalu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. Walau bagaimanapun, aksi terpaksa ditangguhkan pada minit ke-24 oleh pengadil, Mohd Ridhwan Abd Rahman. Ini disebabkan cuaca hujan lebat […]

Liga A1: Aksi KL Rovers & Melaka ‘Tergantung’

Aksi terbaru Liga A1 Semi-Pro antara KL Rovers FC dan Melaka FC pada Ahad terpaksa ditangguhkan. Melaka berharap dapat merampas kembali takhta liga daripada PT Athletic FC sekiranya meraih kemenangan. Manakala KL Rovers pula mahu merapatkan jurang dengan Melaka dan Imigresen FC kepada satu mata. Pemenang Kasut Emas musim 2023, Abdul Azim Rahim mengetuai jentera […]

SUKMA: Pemain Wilayah Persekutuan & Melaka ‘Berperang’

Aksi final bola sepak SUKMA 2024 panas gara-gara pertelagahan yang tercetus antara pemain Wilayah Persekutuan dan Melaka. Aksi ini menentukan siapa juara baru SUKMA untuk acara bola sepak selepas juara bertahan, Terengganu disingkirkan di peringkat separuh akhir. Wilayah Persekutuan terlebih dahulu mendahului di Stadium Mukah menerusi Harith Imran Hairee pada separuh masa pertama. Melaka kemudiannya […]

SUKMA: Kilauan Emas Milik Wilayah Persekutuan, Tundukkan Melaka

Wilayah Persekutuan muncul juara baru SUKMA 2024 untuk acara bola sepak apabila menewaskan Melaka di pentas final. Kedua-dua pasukan masing-masing mengidam kilauan pingat emas selepas menewaskan Kelantan dan Terengganu di peringkat separuh akhir. Separuh masa pertama menyaksikan Wilayah Persekutuan berusaha mendapatkan gol pendahuluan menerusi Abdul Afiq Hilman Abd Halim. Hasilnya, pasukan itu mendapat kelebihan gol […]

SUKMA: Melaka Lebur Impian Final Terengganu

Melaka melangkah ke pentas final SUKMA 2024 apabila menyingkirkan juara bertahan, Terengganu dalam aksi separuh akhir. Melaka semakin berkeyakinan selepas menyingkirkan Perak di peringkat suku akhir. Manakala Terengganu pula semakin bersemangat untuk memburu slot ke final selepas menewaskan Selangor. Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha mencari kelebihan gol awal di Stadium Mukah. Walau bagaimanapun, […]

SUKMA: Melaka Kejutkan Perak

Hasrat Perak mara ke separuh akhir acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 tidak kesampaian apabila tewas mengejut kepada Melaka di peringkat suku akhir. Kedua-dua pasukan masing-masing mengidam tiket ke separuh akhir. Ini selepas Perak dan Melaka mara selaku juara Kumpulan D dan naib juara Kumpulan C. Separuh masa pertama menyaksikan Perak berusaha menggugat gawang […]

Liga A1: Melaka Berhempas Pulas Tumpaskan Malaysian University

Minggu ke-10 saingan Liga A1 Semi Pro menyaksikan Melaka menumbangkan Malaysian University (MUFT) di laman sendiri pada Jumaat. Kedua-dua pasukan kini berada di prestasi terbaik setelah masing-masing mencatatkan kemenangan dalam aksi terdahulu menentang YPM dan Armed Forces. Melaka mengharapkan pengalaman yang dimiliki oleh Nasir Basharudin bagi memimpin pasukan manakala MUFT diketuai oleh Saiful Iskandar untuk […]

Liga A1: Melaka Semakin Mengganas, Atasi YPM

Perlawanan minggu ke-9 saingan Liga A1 Semi-Pro telah membabitkan pertembungan antara pasukan Melaka dan YPM. Melaka berjaya mencatat kemenangan bergaya atasi YPM dalam aksi yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka. Aksi di separuh masa pertama menyaksikan Melaka berjaya mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0. Jaringan penjaring terbanyak pasukan, Azim Rahim memastikan skuad kendalian K. Devan […]

Melaka Gilap Potensi Penjaga Gol Masa Depan Malaysia

Penjaga gol Melaka, Shaheeswaran Thavakumar kini dilabel penjaga gol masa depan Malaysia dan beraksi seperti Andre Onana. Beliau menampilkan prestasi memberangsangkan dalam saingan Liga A1 Semi Pro apabila menyertai Melaka FC musim ini. Pemain berusia 25 tahun itu melengkapkan perpindahan ke Melaka dari Perak FC susulan persaingan sengit untuk mendapatkan tempat. Aksinya dilabel sebagai watak […]

Melaka Sasar Kejar Tangga Teratas Liga A1

Kelab Liga A1 Semi-Pro, Melaka FC masih yakin dapat mengejar kedudukan pendahulu liga yang dihuni Imigresen FC ketika ini. Keyakinan ini dilaungkan pengendali pasukan itu, K. Devan selepas perlawanan terbaru liga dengan PT Athletic FC pada 2 Ogos lalu. Melaka berharap dapat menghambat Imigresen dengan meraih satu lagi kemenangan ke atas anak buah Nazrulerwan Makmor. […]

Nazrulerwan Makmor: Nurshamil Guna Peluang Depan Mata

Pengendali PT Athletic FC, Nazrulerwan Makmor melihat kebijaksanaan bahagian serangan membolehkan pasukan itu meraih tiga mata penuh. Aksi terbaru Liga A1 Semi Pro menemukan PT Athletic dengan pasukan yang menduduki tangga kedua liga, Melaka FC. Meskipun beraksi sebagai tuan rumah, Melaka disifatkan pasukan pilihan bukan saja kerana masih belum kalah dalam liga. Malah, pasukan itu […]

Liga A1: Melaka Kempunan, PT Athletic Cipta Kejutan

Aksi Liga A1 Semi Pro menyaksikan PT Athletic berjaya melakar kejutan untuk menundukkan Melaka FC. Aksi yang berlangsung di Stadium Mini Majlis Perbandaran Sepang itu menyaksikan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan pada 15 minit pertama. Percaturan Ketua Jurulatih, Nazrulerwan Makmor untuk meletakkan trio serangan Amri Yahyah, Adam Azeez dan Nurshamil Ghani memberi sinar awal. Detik […]

Sabah Tewas Mengejut Kepada Skuad Muda Melaka

Hasrat skuad Piala Belia Sabah untuk mencipta kemenangan kedua musim ini gagal menjadi kenyataan apabila terpaksa akur dengan kekalahan kepada pasukan Melaka. Beraksi sebagai tuan rumah, Melaka menampilkan aksi berkualiti dan memaksa Sabah berputih mata tewas buat kali ketujuh dalam saingan Piala Belia. Melaka berjaya di hadapan pada minit ke-27 hasil penyudah penyerang muda berbakat […]

Liga A1: Melaka Dicabar Hebat 4 Pasukan Kejar Kelompok Teratas

Selepas bergelar pendahulu Liga A1 Semi Pro, Melaka FC kini dicabar hebat empat pasukan lain selepas enam perlawanan liga. Empat pasukan yang dimaksudkan ialah Imigresen FC, KL Rovers FC, Bunga Raya Damansara FC (BR Damansara) dan PIB Shah Alam FC. Imigresen giat menghambat Melaka bersesuaian dengan status mereka sebagai bekas juara liga musim 2023. Selepas […]