Liga A1: Kedudukan Melaka Lonjak Tinggi Selepas Tewaskan Harini

Pasukan Melaka berjaya melonjak ke kedudukan kedua dalam carta Liga A1 Semi-Pro MBSB Bank Championship 2024. Selepas menundukkan Harini FT dengan keputusan 3-1 pada semalam, skuad kendalian K. Devan terus cemerlang mengekalkan rekod tanpa kalah. Hatrik yang diraih penjaring terbanyak Liga A1 musim lalu, Azim Rahim melengkapkan malam gemilang Melaka di Stadium Hang Jebat. Kelebihan […]
Liga A1: Rekod Bersih Melaka Berterusan, Tewaskan Manjung City

Melaka terus konsisten mencatat keputusan positif dalam aksi Liga A1 Semi-Pro menentang Manjung City di Stadium Perbandaran Manjung, Perak. Turun mempertaruhkan tonggak utama pasukan, Haziq Puad, Nasir Basharudin dan Azim Rahim, Melaka dibawah kendalian K-Devan berjaya mempamerkan aksi memukau dalam perlawanan minggu keempat dalam kempen liga musim ini. Melaka mencetak gol pembukaan perlawanan seawal minit […]
S. Subramaniam Kini Jurulatih Melaka

Bekas pemain kebangsaan, S. Subramaniam kini sah dilantik sebagai penolong jurulatih pasukan Melaka FC bagi saingan bola sepak musim 2024/25. S. Subramaniam membimbing pasukan Melaka Liga M3 bersama dua orang lagi penolong jurulatih, Sapian Wahid dan Mussafar Shah. Perkara itu diumumkan secara rasmi menerusi laman media sosial Facebook Melaka FC tengah hari tadi. “Berasal dari […]
Melaka FC Perkenal Logo Baru

Pasukan Liga M3, Melaka FC memperkenalkan logo baru pasukan menjelang musim baru liga tidak lama lagi. Ini selepas halaman Facebook rasmi Melaka memuatnaik logo baru sebagai gambar profil halaman pasukan berkenaan. Logo baru ini menggunakan imej perisai bulat dengan bola berwarna hitam dan putih diletakkan di tengah-tengah perisai. Ikon bola itu turut diapit dengan perkataan […]
Seorang Jurulatih Berpengalaman Bakal Bimbing Melaka

Pasukan Liga M3, Melaka FC kini dalam rangka untuk merombak barisan pemain dan jurulatih bagi menghadapi saingan liga musim hadapan. Presiden Melaka FC, Datuk Wira Nur Azmi berkata rombakan yang bakal dilakukan itu turut melibatkan ketua jurulatih dan mensasarkan untuk kembali ke Liga Super pada musim 2025. “Jurulatih dari Liga Super memberikan keyakinan kepada saya […]
Melaka Mohon Kembali Ke Liga Super Untuk Musim 2024/25

Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) berhasrat membawa pasukan Melaka kembali mewarnai Liga Super musim depan. Perkara ini didedahkan oleh Presiden MAFA, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kepada Arena Metro selepas Kongres MAFA Ke-67 di Bandar Hilir, Melaka. Sehubungan dengan itu, MAFA telah memfailkan rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia […]
AFL: Imigresen Muncul Juara Benam Cabaran Melaka

Kelab Imigresen FC berjaya menewaskan cabaran Melaka FC dengan jaringan 1-0 di Stadium Hang Jebat. Imigresen turun dengan misi besar dalam mengumpul 3 mata berharga bagi meraih kedudukan terbaik dalam liga MBSM Bank selain berharap dapat memenangi liga jika KL Rovers dan Harini FT keciciran mata. Imigresen FC membuka jaringan menerusi sepakan penalti yang tenang […]
Melaka FC Mohon ‘Bantuan’ Bekas Penjaga Gol Kelantan

Pasukan Liga M3, Melaka FC menagih pertolongan bekas penjaga gol Kelantan FC bagi memastikan mereka terus bersaing secara kompetitif. Melaka yang dibarisi gabungan pemain berpengalaman dan muda musim ini ingin melupakan perjalanan separuh pertama Liga M3 apabila mempamerkan prestasi yang kurang konsisten. Sepanjang 12 perlawanan, Melaka mencatatkan 3 kemenangan, 4 seri dan 5 kekalahan sekaligus […]
Bintang JDT, De Paula Sah Beraksi Di Liga M3 Bersama Melaka

Penyerang Johor Darul Ta’zim, Guilherme De Paula bakal membuat penampilannya bersama Melaka dalam saingan Liga M3 musim ini. Perkara ini dikongsikan oleh Melaka United Media yang membuat hantaran di lama Facebook mengenai senarai 25 pemain Melaka FC. Beliau difahamkan menyertai Melaka secara pinjaman. De Paula antara tiga penyerang Melaka FC yang disenaraikan berserta Mohammad Fakhrul […]
Pimpinan Tertinggi Melaka Tak Tahu Logo Kelab Ditukar

Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengakui tidak tahu logo baru kelab Melaka ditukar. Beliau mengetahui perkara tersebut selepas tular di media sosial. Baru-baru ini Melaka FC telah memperkenalkan logo barunya sebagai tanda ianya tidak ada kaitan dengan kelab lama Melaka United. Perkara itu telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di Twitter […]
Jurulatih Eropah Dijangka Perkuat Melaka FC Musim Hadapan

Selepas memperkenalkan logo baru kelab dua hari lepas, Melaka FC seterusnya telah mengenalpasti jurulatih asing yang bakal mengemudi pasukan untuk saingan Liga Malaysia musim hadapan. Dan nama Pedro Hipolito dicanang sebagai pengemudi baru pasukan berkenaan. Perkhabaran Melaka FC bakal melantik Hipolito sebagai jurulatih didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menerusi ciapan Twitternya. Dia […]
Melaka FC Perkenal Logo Bertaraf Antarabangsa

Selepas Melaka United berkubur, bola sepak negeri Melaka kembali bersinar dengan tertubuhnya Melaka FC. Dan sebagai tanda ia tiada kena-mengena dengan kelab bermasalah itu, Melaka FC telah memperkenalkan logo barunya hari ini seperti dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di Twitter. Dengan pengenalan logo baru kelab berkenaan, ia merupakan permulaan segar buat Melaka […]
Melaka FC Ganti Melaka United Yang Sudah Terkubur

Selepas terkuburnya Melaka United dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan, masih ada sinar buat peminat bola sepak negeri Melaka apabila pasukan baharu yang diberi nama Melaka FC dijangka akan mengambil bahagian dalam Liga M3 musim hadapan. Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) Datuk Wira Nur Azmi Ahmad berkata, pasukan Melaka FC kini sedang dalam proses […]