Mauricio Pochettino Bakal Kendali Amerika Syarikat

Bekas pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino bakal mewarnai arena bola sepak antarabangsa apabila dilaporkan bakal melatih Amerika Syarikat. Sebelum ini, pengurus berdarah Argentina itu dipecat The Blues meskipun membimbing pasukan itu meraih kedudukan keenam dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lepas. Susulan itu, pengurusan Chelsea diketuai pemilik mereka dari Amerika Syarikat, Todd Boehly mengeluarkan pampasan sebanyak […]

Chelsea Mula Era Takluk EPL, Lantik Enzo Maresca

Chelsea memulakan persiapan awal untuk mengharungi musim 2024/2025 kelak dengan melantik Enzo Maresca sebagai ketua jurulatih yang baharu. Seminggu selepas memecat Mauricio Pochettino, Chelsea pantas mendapatkan khidmat ketua jurulatih Leicester City tersebut dengan tawaran kontrak selama 5 tahun. Perkara tersebut telah disahkan oleh Fabrizio Romano, wartawan bola sepak yang merupakan sumber paling dipercayai di Eropah. […]

Chelsea Mahu Ulangi Kesilapan Lama

Kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dilihat seakan mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh mereka musim lalu Menerusi satu ciapan yang dimuatnaik oleh wartawan Itali, Nicolo Schira, Chelsea dilaporkan berminat untuk berurus niaga bersama Brighton and Hove Albion lagi dengan menjadikan jurulatih mereka, Roberto De Zerbi sebagai sasaran. ”Chelsea sedang memantau Roberto De Zerbi untuk musim depan,” […]

FA Cup: Chelsea Lupa Cara Tewaskan Aston Villa

Chelsea FC

Chelsea gagal menewaskan cabaran Aston Villa di Stadium Stamford Bridge dalam pusingan ke-4 Piala FA apabila sekadar meraih seri. Aston Villa turun dengan semangat besar setelah memiliki rekod cemerlang apabila menang dua perlawanan terakhir menentang Chelsea. Skuad kendalian Mauricio Pochettino pula baru sahaja membelasah Middlesbrough untuk mara ke perlawanan akhir Piala Carabao baru-baru ini. Pasukan […]

Mauricio Pochettino Mahu Kekal Di Chelsea 25 Tahun Lagi

Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino berharap dapat kekal sebagai pengurus pasukan itu untuk 25 tahun yang seterusnya. Pengurus berdarah Argentina mengeluarkan komen sedemikian bila ditanya sama ada beliau mahu kembali menjadi pengurus Tottenham Hotspur pada masa akan datang. Bagi Pochettino, beliau tidak menolak jika perkara itu berlaku. Namun begitu, pada masa sama, beliau berharap dapat kekal […]

Mauricio Pochettino: Pemain Bukan Mesin

Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino mengingatkan penyokong dan penganalisis bola sepak di luar sana bahawa pemain bola sepak bukan mesin. Komen ini dibuat susulan permulaan kempen EPL yang kurang konsisten yang dihadapi Chelsea musim ini. Sejak diambil alih oleh Todd Boehly pada musim lepas, The Blues telah membelanjakan £1 bilion (RM58 bilion) dalam tetingkap perpindahan. Begitupun, […]

Mauricio Pochettino Sah Bergelar Pengurus Baru Chelsea

Dengan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2022-2023 sudah berakhir, Chelsea segera memuktamadkan perlantikan pengurus baru mereka. Blues telah menamakan bekas pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino sebagai pengurus baru menggantikan pengurus interim, Frank Lampard. Menurut wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano, Pochettino telah memeterai kontrak dengan Chelsea sehingga tahun 2026. Bekas pengurus Paris Saint-Germain itu bakal memulakan […]