Matyo & Mahali Pilih Arif Aiman

Dua bekas pemain kebangsaan sepakat memilih pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi sebagai pemain terbaik negara ketika ini. Perkara ini dinyatakan dua bekas pemenang ASEAN Championship 2010, Norshahrul Idlan Talaha dan Mahali Jasuli bila ditanya ASEAN United FC tentang siapa pemain terbaik Malaysia. Sejak membuat penampilan pertama bersama Harimau Malaya pada 23 […]

“Selangor Harus Bersedia Dengan Kebijaksanaan Muangthong” – Matyo

Bekas penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha berharap Selangor FC sudah bersedia menghadapi cabaran Muangthong United pada 19 September ini. Selangor kembali beraksi di Asia apabila layak ke saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim 2024/25. Ini kali pertama pasukan itu beraksi di pentas benua berkenaan sejak saingan Piala AFC 2016. Muangthong merupakan antara pencabar […]

Semangat Tinggi Faisal Halim Buat Norshahrul Idlan Talaha Kagum

Bekas penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha mengagumi semangat juang hebat yang dipamerkan Faisal Halim untuk kembali bermain bola sepak. Faisal Halim berharap mampu kembali bermain dalam tempoh sebulan lebih walaupun doktor mengesahkan beliau memerlukan rehat selama tiga hingga enam bulan. Hasrat besar itu diluahkan oleh Faisal Halim ketika dalam sesi sidang media khas baru-baru […]

Ramalan Pantas Matyo Hampir Selamatkan Malaysia

Bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha atau mesra dikenali sebagai Matyo memberi ramalan pantas ketik aksi Malaysia menentang Vietnam dalam kejohanan Piala Asia B-23. Beliau yang menjadi panel jemputan bersama Kenny Pallraj di Astro Arena sempat berkongsikan pandangannya ketika aksi separuh masa pertama tamat. Sungguhpun skuad muda negara tewas dengan keputusan 2-0 di tangan Uzbekistan, […]

Matyo Dilantik Penolong Jurulatih KL City

Bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha atau Matyo sah menyertai KL City FC sebagai penolong jurulatih. Beliau bakal memainkan peranan sebagai penolong jurulatih pasukan KL City Extension (Bawah 23 Tahun (B-23)) untuk musim 2024/25. Perlantikan ini diumumkan pengurusan The City Boys hari ini. “Kuala Lumpur City Football Club amat gembira untuk mengumumkan kehadiran legenda bola […]

Matyo Utus Surat Terbuka Buat TMJ

Bekas pemain kebangsaan yang pernah beraksi bersama Melaka United, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan panggilan Matyo baru-baru ini telah mengutuskan surat terbuka kepada Penaung Persatuan Pemain Bola Sepak Malaysia (PFAM), Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim (TMJ). Surat terbuka itu telah dicoretkan di dalam satu hantaran di laman Instagram peribadi Matyo dengan mengharapkan […]

“Mereka Perlukan Semangat Bukan Kecaman” – Matyo

Bekas penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Matyo memberikan sokongan penuh kepada pasukan Malaysia menjelang pertemuan menentang Korea Selatan bagi aksi terakhir peringkat kumpulan saingan Piala Asia.  Skuad negara terpaksa melupakan hasrat untuk layak ke pusingan seterusnya selepas tewas dalam 2 perlawanan awal ketika menentang Jordan dan Bahrain tempoh hari.  “Ayuh […]

“Motivasi Pemain Terengganu Kini Final Piala Malaysia” -Matyo

Selepas mengharungi saingan Liga Super musim ini dengan penuh turun dan naik, Terengganu FC kini mungkin sudah mengalihkan fokus bagi menghadapi aksi final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dijadualkan 8 Disember depan. Bagi bekas pemain Terengganu, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan gelaran Matyo, beliau berpendapat aksi final Piala Malaysia akan […]

“Kelantan Perlu Terima Hakikat” -Matyo

Bekas bintang pasukan Kelantan FC, Norshahrul Idlan Talaha berharap agar pasukan tersebut terutamanya pihak pengurusan dan penyokong dalam menerima realiti pasukan ketika ini. Pemain berusia 37 tahun itu mempunyai pandangan tersendiri selepas melihat pasukan yang pernah diwakilinya dengan The Red Warriors kini terpelosok di tangga tercorot Liga Super. Prestasi longlai pasukan itu menyebabkan pasukan hanya […]

Matyo: VAR Harus Diperkenalkan Di Malaysia

Bekas penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha percaya sudah tiba masanya pembantu pengadil video (VAR) diperkenalkan dalam Liga Malaysia (Liga M). Norshahrul atau mesra dipanggil Matyo berpandangan sedemikian bila mengulas gol ketiga Perak FC yang dijaringkan Seo Seon-ung dalam perlawanan Perak FC-Penang FC semalam. Biarpun Seon-ung jelas berada pada kedudukan ofsaid, pengadil Mohd Hasrol Mohd […]

“Tewaskan Sri Pahang Bukan Misi Mustahil” – Matyo

Bekas penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha atau Matyo melihat pasukannya, Harini FT berpeluang mengatasi Sri Pahang FC dalam aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia. Ini kerana semangat juang yang dimiliki anak-anak buah P. Maniam itu berjaya mengikat Tok Gajah 2-2 sebelum akhirnya tumbang 3-2 dalam aksi pertama pada Jumaat lepas. Justeru, Matyo […]

Piala Malaysia: Sri Pahang Nyaris Dimalukan Harini

Pasukan gergasi Pantai Timur, Sri Pahang FC nyaris dimalukan pasukan Liga M3, Harini FT sebelum meraih kemenangan tipis 3-2 dalam aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia hari ini. Turun sebagai pasukan pilihan, skuad Tok Gajah melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Harini FT sebaik sepak mula. Bagaimanapun, mereka perlu menunggu sehingga minit ke-20 untuk […]

Matyo Beri Amaran Awal Kepada Sri Pahang

Penyerang berbisa negara, Norshahrul Idlan Talaha atau dikenali sebagai Matyo memberi amaran awal terhadap pasukan Liga Super, Sri Pahang menjelang pertemuan aksi Piala Malaysia. Pemain berusia 37 tahun itu kini beraksi buat pasukan Liga M3, Harini FT dan memainkan peranan yang cukup penting buat pasukan. Bekas bintang Kelantan itu menjaringkan satu gol yang cukup cantik […]

Matyo Percaya Faktor Fizikal Punca Utama Syihan Dahului Farizal

Musim 2023 Liga Super menyaksikan beberapa pasukan membawa masuk beberapa pemain baharu ke dalam pasukan masing-masing. Tidak ketinggalan ialah juara bertahan sembilan kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT). JDT telah membuat kejutan dengan membawa masuk penjaga gol baharu iaitu Syihan Hazmi dari Negeri Sembilan FC bagi memberikan saingan sihat kepada penjaga gol berpengalaman JDT, […]

“Safee Tak Pernah Bagitahu Saya” – Matyo

Penyerang berbisa negara, Norshahrul Idlan Talaha mengakui terkejut dengan pengakuan rakannya, Safee Sali yang menganggap bwliau sebagai rakan gandingan terbaik dalam kariernya. Beliau yang kini bersama Harini FT dalam saingan Liga M3 mengakui sedikit terkejut apabila mendengar perkhabaran bahawa Safeee memutuskan untuk bersara. Walau bagaimanapun, beliau menghormati keputusan rakannya itu seandainya keputusan ini adalah yang […]

‘DNA’ Syamer Kutty & Matyo Meresap Ke Penang

Pasukan Penang FC hari ini memperkenalkan senarai penuh pemain skuad bawah 23 tahun untuk musim 2023 yang bakal dibimbing bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli. Seramai 23 orang pemain telah diumumkan Penang dalam satu hantaran di Facebook hari ini. Mereka ini terdiri daripada 3 orang penjaga gol, 9 orang pertahanan, 14 orang pemain tengah […]