King’s Cup: Chanathip Songkrasin Pimpin Thailand Ke Final, Tumpaskan Filipina

Aksi saingan King’s Cup malam ini menyaksikan Tuan Rumah, Thailand tepati ramalan layak ke pentas final selepas menewaskan Filipina.  Skuad kendalian Masatada Ishii menurunkan kesebelasan terbaik seperti Chanatip Songkrasin dan Elias Dolah sementara Filipina dibarisi arkitek tengah Terengganu, Manuel Ott dan bekas penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza.  Perlawanan bermula kurang baik kerana kedaan […]

Masatada Ishii Panggil Pemain Bersara Bantu Thailand

Jurulatih Thailand, Masatada Ishii membuat kejutan dengan memanggil bek tengah Ratchaburi, Jonathan Khemdee untuk aksi persahabatan menentang Vietnam dan Russia. Ini dianggap satu kejutan kerana Khemdee sebelum ini mengumumkan persaraan dari arena bola sepak antarabangsa pada pertengahan tahun 2023. Bek tengah berusia 22 tahun itu berbuat demikian kerana mahu berehat dan fokus kepada kelabnya, Ratchaburi. […]

Thailand Rekrut Jurulatih Bertaraf Dunia

Staf kejurulatihan Thailand diketuai Masatada Ishii mendapat sokongan tambahan menerusi perlantikan jurulatih kecergasan bertaraf dunia dari Jepun, Masaya Sakihana. Perlantikan ini diumumkan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) menerusi platform media sosial pasukan kebangsaan Thailand, Changsuek semalam. Sakihana memiliki pengalaman sebagai jurulatih kecergasan untuk beberapa pasukan seperti Jerman, Amerika Syarikat, Vissel Kobe dan Kashima Antlers. “Selamat […]

Thailand Hampir Malukan China

Aksi kelayakan Piala Dunia pusingan kedua menyaksikan pertembungan diantara China dan Thailand yang berkesudahan seri di Stadium Shenyang Sport Centre.  Skuad kendalian Masatada Ishii turun dengan formasi 4-4-3 dan China dengan formasi 4-3-1-2. Thailand terlebih dahulu membuka jaringan pertama pada minit ke-20 permainan menerusi Supachok Sarachart yang menanduk deras ke arah gawang gol selepas menerima […]

Masatada Ishii Sasar Thailand Raih 6 Mata Bertemu China & Singapura

Ketua jurulatih Thailand, Masatada Ishii mahu anak buahnya meraih 6 mata dalam baki dua perlawanan menentang China dan juga Singapura. Dua kemenangan tersebut penting untuk pasukan Thailand mengesahkan diri ke peringkat seterusnya dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026. Thailand ketika ini menghuni tangga ke-3 kumpulan C dengan mengumpul mata 4 setelah meraih 1 kemenangan, 1 […]

Thailand Terima Tonik Tambahan Ke Piala Asia B-23

Persiapan skuad Thailand Bawah 23 Tahun (B-23) ke Piala Asia B-23 2024 di Qatar mendapat suntikan tambahan hari ini. Ini selepas jurulatih skuad senior Thailand, Masatada Ishii hadir meninjau sesi latihan skuad muda Gajah Perang di pusat latihan BG Pathum United beberapa hari lepas. Perkara ini turut disahkan jurulatih Jepun itu bila dihubungi portal sukan […]

Tindakan Sempoi Masatada Ishii Nyanyi Lagu Kebangsaan Thailand Jadi Perhatian

Tular aksi ketua jurulatih Thailand, Masatada Ishii sedang nyanyi lagu kebangsaan Thailand jadi perhatian peminat. Perkara itu dikongsikan oleh wartawan daripada Thailand, Ta Lao ketika aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia pusingan kedua menentang Korea Selatan semalam. Beberapa komentar daripada penyokong Thailand turut dilhat sangat teruja dan berbangga dengan jurulatih kelahiran Jepun ini kerana berusaha untuk […]

Thailand Pamer Kebangkitan Sekat Hajat Korea Selatan

Thailand berjaya mengikat pasukan gergasi Asia, Korea Selatan bagi meraih 1 mata berharga dalam kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026. Masatada Ishii menurunkan kesebelasan terbaik yang dimiliki Thailand dengan menggandingkan Chanathip Songkrasin dan Supachai Chaided sebagai penggempur utama pasukan. Korea Selatan yang pertama kali beraksi dibawah jurulatih sementara, Hwang Sun-Hong turut menampilkan pemain-pemain terbaik seperti […]

Madame Pang Mahu Thailand Kejutkan Korea Selatan Kali Kedua

Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Madame Pang menggesa para pemainnya untuk berjuang sehabis baik dalam usaha menyekat Korea Selatan dalam pertemuan pada Khamis. Beliau percaya pasukannya itu berpeluang untuk melakar kejutan ke atas Korea Selatan meskipun kedudukan ranking di antara kedua-dua pasukan jelas menunjukkan jurang yang besar. Korea Selatan yang kini dibimbing oleh jurulatih […]

Madame Pang Buka Hati Masatada Ishii Kekal Lebih Lama Di Thailand

Ketua jurulatih Bola Sepak Thailand, Masatada Ishii akan terus kekal kemudi Thailand selepas pengumuman rasmi yang dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand, Madame Pang hari ini.  Memetik laporan rasmi Changsuek, Madame Pang atau Nualphan Lamsam menyatakan telah mencapai persetujuan lanjutan kontrak selama 2 tahun setengah Masatada Ishii. Bekas jurulatih Buriram United itu dilaporkan juga […]

AFC Asian Cup: Uzbekistan Tunjukkan Thailand Jalan Pulang

Uzbekistan FA

Uzbekistan gah menewaskan cabaran Thailand di Stadium Al Janoub sekali gus menunjukkan jalan pulang buat skuad Gajah Perang. Pasukan yang digelar Serigala Putih turun tanpa khidmat penyerang utama, Igor Sergeev yang mengalami kecederaan manakala Thailand menurunkan skuad terbaik mereka ditambah dengan kepulangan kapten pasukan, Theerathon Bunmathan daripada penggantungan. Uzbekistan bermula garang apabila cuba melancarkan serangan […]

Masatada Ishii Risau Jentera Serangan Thailand Tumpul

changsuek-masatada ishii

Jurulatih Thailand, Masatada Ishii meluahkan kerisauan berkenaan ketumpulan jentera serangan Thailand ketika ini. Walaupun Thailand mara ke pusingan 16 dengan keputusan 1 kemenangan dan 2 seri, skuad Masatada Ishii hanya berjaya menjaringkan dua gol sewaktu berdepan Kyrgyzstan. Kemudian Thailand meraih keputusan seri tanpa jaringan menentang Oman dan Arab Saudi. “Kita perlu mengkaji pendekatan ofensif pasukan. […]

Pertahanan Thailand Kekal Kebal Setanding Qatar

FA Thailand

Jentera pertahanan Thailand wajar dipuji apabila mencatat rekod kebal sepanjang beraksi dalam kumpulan F menentang Oman, Kyrgyzstan dan Arab Saudi. Malah Thailand masih belum kalah apabila meraih 1 kemenangan berdepan Kyrgyzstan serta dua kali seri berdepan Oman dan Arab Saudi. Penjaga gol Gajah Perang, Saranon Anuin berjaya menyekat serangan Kyrgyzstan yang melakukan 3 percubaan tepat, […]

AFC Asian Cup: Thailand Buat Oman Buntu Gol

Oman-Thailand

Thailand sekali lagi pamer aksi mengagumkan untuk mengikat Oman di Stadium Abdullah bin Khalifa. Masatada Ishii mempertaruhkan Supachai Chaided selaku penyerang utama pasukan manakala Theerathon Bunmathan memakai lilitan kapten pasukan Thailand. Oman pula menagih bisa gandingan dua penyerang, Issam Al-Subhi dan Muhsen Al Ghassani dalam mencari kemenangan pertama Oman di Piala Asia. Oman menguasai pegangan […]

AFC Asian Cup: Thailand Optimis Dengan Kedudukan Ranking Tercorot Kumpulan

Pengendali Thailand, Masatada Ishii mengakui kedudukan ranking pasukan itu dengan tiga pasukan lain dalam Kumpulan F menjadikan mereka sebagai pasukan bukan pilihan. Mengikut kedudukan terkini ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), skuad Gajah Perang berada pada kedudukan ke-113 dunia. Ini sama sekali berbeza dengan Arab Saudi yang menduduki ranking ke-56, Oman (ke-74) dan lawan mereka […]

Masatada Ishii: Jurang Jepun & Thailand Terlalu Besar

Ketua jurulatih Thailand, Masatada Ishii sedar bahawa perbezaan kualiti pemain Jepun dan pemainnya amat ketara. Menurut laporan daripada Ta Lao, jurulatih berusia 56 tahun itu sedar akan tahap kualiti pemainnya yang jauh ketinggalan berbanding pemain negara Matahari Terbit itu. “Saya sedar betapa jauhnya jarak Thailand dengan Jepun”, komen beliau selepas perlawanan. Tambah beliau lagi, pengalaman […]