Piala Dunia: Perancis Buat Rombakan Saat Akhir, Panggil Disasi dan Thuram

Juara bertahan, Perancis membuat rombakan saat akhir pada senarai pemain yang akan membawa cabaran di Piala Dunia Qatar 2022, apabila menyenaraikan pertahanan AS Monaco, Axel Disasi menggantikan Presnel Kimpembe. Kimpembe yang membantu skuad bimbingan Didier Deschamps menjuarai Piala Dunia di Russia empat tahun lalu, terpaksa digugurkan kerana kecederaan harmstring. Dia sebenarnya baru sahaja kembali beraksi […]